Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Musim Berkhatan

>> Saturday, December 22, 2007

Cuti Semesta Akhir Tahun
Tempoh Cuti Semesta Akhir Tahun selama lebih sebulan adalah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan misi berkhatan. Tempoh masa tersebut dianggap sesuai kerana proses berkhatan kebiasaannya memakan masa antara seminggu hingga dua minggu untuk sembuh. Ia banyak bergantung kepada jenis kulit serta cara penjagaannya. Tahun ini adalah tahun yang amat bermakna bagi anak lelaki saya Iskandar Zulqarnain kerana telah berjaya mengharungi detik-detik yang mendebarkan tersebut. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi semangatnya untuk berkhatan bersama sepupunya (11 tahun) tidak pernah pudar. Bahkan sehari sebelum tarikh berkhatan, beliau langsung tidak menunjukkan perasaan risau dan gementar.

Mengikut pengalaman saya, terdapat dua jenis kemaluan lelaki sebelum disunatkan iaitu celik dan buta (istilah jawa ialah 'bungkus' ). Jenis yang kedua adalah jenis yang agak sukar untuk sembuh dan memerlukan penjagaan yang rapi. Kebiasaannya ia akan bernanah. Walau bagaimanapun, terdapat cara yang mudah bagi memastikan ia mudah sembuh dan mudah penjagaannya (berdasarkan pengalaman):

1. Gunakan kaedah berkhatan smartklamp. Kaedah ini boleh memastikan kemaluan tidak tersentuh dan melekat pada kain. Walau bagaimanapun, ia akan kelihatan bengkak pada batang zakar kerana bahagian yang dipotong telah disepit dengan alat tersebut. Jangan risau, ia adalah keadaan biasa dan akan hilang apabila smartklamp tersebut ditanggalkan.

2. Setelah smartklamp ditanggalkan, cuci bahagian luka dengan air dettol (sekali sehari sudah memadai) dan sapu dengan minyak gamat. Kalau ada Gamat Healin (diminum) lagi bagus. Insya Allah cepat sembuh walaupun kemaluan tersebut dari jenis 'buta'.

Peringatan!
Elakkan dari mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut dan khurafat berkaitan dengan berkhatan, antaranya ialah tidak boleh mengkhatankan dua orang adik beradik atau sesama saudara secara serentak kerana dipercayai akan menyebabkan salah seorang daripadanya lambat sembuh atau mengalami kesukaran. Kepercayaan ini adalah karut kerana saya telah menyunatkan anak saya bersama sepupunya serentak dan kedua-duanya telah sembuh serentak serta mudah penjagaannya.

Oboy (Iskandar Zulqarnain) Steady jee sebelum disunatkan.


Ceria walaupun kesakitan, dah jadi anak bujang dah....


Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP