Hospital Selayang Perlu Penambahbaikan
>> Tuesday, October 19, 2010
Salah satu mercu tanda dan kebanggaan warga Gombak ialah Hospital Selayang.. (selain kasut buatan Gombak).. sebab apa? sebabnya ialah, inilah satu-satunya hospital yang hanya memberi perkhidmatan rawatan pakar di negara ini. Itulah sebabnya ia dipanggil Hospital Pakar Selayang..
Nak bercerita tentang hospital ni... (bukan sengaja nak mencari kelemahan tapi berharap agar dapat diatasi demi keselesaan pelawat@pesakit) kebetulan hari ni saya membawa ayahanda saya yang berusia 81 tahun pergi ke hospital ni untuk mendapatkan rawatan susulan masalah batu karang yang dihidapinya. Suasana seawal 7.30 pagi menampakkan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke hospital ni menyebabkan kawasan parking menjadi terlalu sesak. Saya terpaksa berpusing 4 ke 5 kali barulah mendapat parking. Bayangkan kalau saya sampai lebih lewat dari waktu tu..
Dari tempat parking nak ke aras 3 (menempatkan klinik-klinik pakar) kami (termasuk ibu saya) terpaksa berjalan menaiki tangga. Bagi saya ok la tak ada masalah, orang muda la katakan tapi bagi ibu saya dan ayah saya yang dah uzur ia merupakan satu pengalaman yang amat memeritkan.. sepatutnya disediakan lif sebagai kemudahan kepada pesakit dan warga emas.
Sampai di kaunter pendaftaran, manusia dah semakin ramai. Mula-mula kena ambil no, ingatkan no. tu untuk jumpa doktor rupanya no. giliran untuk ke satu lagi kaunter, di situ barulah pesakit didaftarkan dan ditentukan ke unit mana sepatutnya kami pergi. Kemudian kami diarah untuk ke satu lagi kaunter (di Unit Urologi) untuk didaftarkan lagi dan diberi no giliran lagi. Kami dimaklumkan agar pergi bersarapan dahulu sbb tempoh untuk sampai ke giliran kami masih terlalu lama lagi. (Berapa banyak kaunter dan no. giliran daaaa!?)
Setelah bersarapan lebih kurang 30 minit kami naik semula untuk menunggu giliran. Apa yang menghairankan saya ialah apa yang diberi kepada kami ialah no giliran tetapi yang dipanggil ialah nama. Keadaan ini menyebabkan para pesakit tak tahu no berapa yang sedang menerima rawatan. Maka ramailah yang menunggu di hadapan bilik rawatan sehingga kerusi pun tak mencukupi, nak ditinggal takut nama dipanggil, bila ditunggu tak dipanggil-panggil pula.
Sepatutnya pihak hospital menggunakan no untuk membuat panggilan. Jadi kita tahu dan boleh mengagak tempoh untuk sampai kepada giliran kita. Dalam tempoh tu bolehlah pesakit membuat urusan lain.. tak de la membazir waktu tercongok begitu sahaja tanpa sebarang produktiviti. Nak baca surat khabar dah 4, 5 kali khatam.
* Dengan adanya sistem perkomputeran masa kini proses pendaftaran sepatutnya lebih memudahkan tetapi saya dapati ia lebih rumit berbanding hospital biasa yang menggunakan cara manual.
Sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya mengalami pengalaman yang tak berapa menyenangkan di hospital ini. Sebelum ni saya pernah menghantar jiran saya pukul 3 pagi ke hospital ni sebab masalah batu karang juga. Keadaannya pada masa tersebut memang agak mencemaskan.. dia mengerang kesakitan sepanjang perjalanan ke hospital (mereka yang pernah mengalami penyakit ni pasti tahu betapa sakitnya ia.. nak duduk sakit, nak baring pun sakit, pendek kata serba tak kena)
Sesampai di hospital tak sesiapa pun di kalangan staff hospital yang datang membantu, bahkan kami dibiar begitu sahaja mengambil no giliran dan menunggu giliran lebih sejam setengah untuk bertemu doktor. Semasa menunggu tersebut sahabat saya ni terpaksa berpusing-pusing a.k.a berguling-guling atas kerusi menahan kesakitan dan tiada siapa pun yang ambil peduli. Pukul 6 pagi barulah dia diberi ubat tahan sakit dan disuruh pulang atas alasan wad dah penuh dan beliau terpaksa menunggu 3 bulan lagi untuk temujanji rawatan pakar. Akhirnya dia tak pergi untuk temujanji tersebut dan balik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan di sana.. masalahnya selesai di Kota Bharu.
Satu lagi pengalaman yang tak berapa menyenangkan di hospital ini ialah ketika isteri saya ingin melahirkan anak kami yang ke 3. Sebagai hospital yang paling hampir dengan rumah kami di Rawang maka kami mengambil keputusan untuk melahirkan di hospital ini. Tetapi malangnya hajat kami tak kesampaian.
Seawal pukul 10 pagi saya menghantar isteri saya ke hospital ini kerana telah 'turun darah' menandakan beliau akan bersalin tak lama lagi. Kemudian saya terus ke kampung untuk menghantar 2 orang lagi anak saya di sana. Lebih kurang 4 jam kemudian saya sampai semula di hospital. Alangkah terkejutnya saya bila didapati isteri saya masih lagi duduk menunggu di kaunter pendaftaran tanpa dibuat sebarang tindakan. Kemudian saya bertanya kepada staf di kaunter dan mereka menyatakan wad telah penuh dan meminta saya membawa pulang dahulu isteri saya ke rumah. Terkejut saya... gila ke? desus hati saya.. apa akan jadi kalau jalan jem dan tak sempat untuk datang semula ke hospital?
Saya pun terus menghubungi kakak saya (arwah) Dr Norrihah yang ketika itu sedang bertugas di Sarawak. Dia pun jadi marah dan suruh saya maklum kepada pihak hospital, tapi saya enggan sebab saya bukanlah seorang doktor yang boleh mempengaruhi pihak hospital. Saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah tetapi terus ke HKL. Di HKL isteri saya didaftarkan dan terus dimasukkan ke dalam wad. Al-Hamdulillah semuanya selamat di situ.
Itulah serba sedikit pengalaman saya bersama Hospital Selayang. Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh semua pihak. Bukanlah niat saya untuk memburukkan hospital ini tetapi adalah untuk mencari kebaikan dengan melakukan penambahbaikan yang perlu.
Satu perkara yang boleh dibanggakan oleh hospital ini terutamanya di unit urologi sebagaimana yang dimaklumkan oleh ayahanda saya pagi tadi ialah kesopanan dan kesantunan doktor yang merawat beliau. Tahniah! semoga staf-staf lain dapat mencontohi kesantunan doktor ini.
Sekian untuk kali ini, wassalam. Read more...