Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

HATI-HATI DENGAN 'SMS" INI!!!

>> Saturday, March 7, 2009

Tiga hari lepas saya dapat satu 'sms' kononnya dari Ambank. SMS tersebut tertulis "Ambank:Pelanggan yang dihormati, pada 2/10/08 anda telah berbelanja credit card anda di IOI Mall sbyk RM4862, kod belanja: CR653A, sila urus byrn dengan cepat. tel: 03-86590243".

Saya sebagai 'bekas' pemegang kad kredit Ambank pasti berasa 'cuak' kerana kad kredit yang telah saya tutup tahun lepas masih mengenakan 'caj', lebih2 lagi pembelian tersebut tidak pernah saya lakukan. Ditakuti Ambank masih gagal menutup akaun saya memandangkan servis mereka sebelum ini pun tidak memuaskan hati saya. Lantas saya pun membuat panggilan ke nombor yang terdapat dalam sms tersebut.

Mungkin Allah ingin menyelamatkan saya kali ini, nombor yang saya dail itu mengalami gangguan menyebabkan saya tidak dapat mendengar jawapan. Saya mencuba beberapa kali tetapi masih gagal menyebabkan saya membuat panggilan pula ke hotline Ambank. Saya hanya dapat meninggalkan no telefon saya supaya mereka dapat follow up kerana semua operator masih sibuk melayan panggilan.

Dipendekkan cerita, saya membuat panggilan semula ke no dalam sms tersebut. Kali ini talian berada dalam keadaan baik dan saya dapat bercakap. Setelah disemak mereka mengatakan bahawa rekod memang menunjukkan saya telah membuat pembelian tersebut. Saya cuba menafikannya tetapi mereka hanya saya menyuruh saya supaya membuat panggilan ke no 03-86590126 (kononnya Pusat Pengurusan Kad Palsu Ambank).

Maka segala-galanya akan 'dikorek' sebaik sahaja saya membuat panggilan ke nombor ini. Dengan alasan untuk tujuan siasatan saya dikehendaki bekerjasama dengan memberi segala maklumat kewangan saya kepada mereka termasuklah no kad ATM, Credit Card, Pinjaman, Akaun, jumlah simpanan, baki kredit dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya jika terdapat akaun tambahan atau pinjaman yang tidak dinyatakan tadi maka ia akan dianggap sebagai kegiatan mengklon atau penipuan. Mereka juga akan melarang kita dari bercerita kepada sesiapa pun dengan alasan supaya siasatan tersebut akan terganggu. Tempoh siasatan yang dijanjikan adalah selama 3 hari.

Mujurlah selepas beberapa jam kemudian pihak Ambank yang sebenar telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa sms tersebut adalah sindiket penipuan dan menasihatkan saya supaya membuat laporan polis. Cuba bayangkan sekiranya pihak Ambank yang sebenar tidak menghubungi saya, pasti sampai sekarang saya masih berada dalam keadaan tertipu dan hanya berdiam diri sehinggalah berlaku 'malapetaka' terhadap akaun-akaun bank saya.

Jadi berhatilah-hatilah semua! SMS ini telah menyusahkan saya kerana terpaksa buat laporan polis dan terpaksa menukar kad2 bank yang saya ada. Yaa Ampuuuunn!!

Read more...

Kursus Grafik Adobe Photoshop CS2

>> Wednesday, February 25, 2009

Kursus Photoshop ni telah diadakan pada hari Sabtu 21/2/09. Syabas dan Tahniah kepada guru-guru yang dapat menyertai kursus ini dengan jayanya. Jika di luar, kursus yang seumpama ini berharga lebih kurang RM250 tetapi di Sepintar ia diadakan dengan PERCUMA.. bagi makan lagi.

Saya sebagai tenaga pengajar berasa amat bangga dan kagum melihat kesungguhan cikgu-cikgu ni menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer terutamanya dalam perisian Photoshop. Bukan senang nak menguasai kemahiran ni jika tidak diiringi dengan keazaman yang kuat... SYABAASS!!

Kita jumpa lagi dalam siri-siri kursus yang akan datang.





Read more...

Lagi lagi PPSMI

>> Sunday, February 22, 2009


Kebelakangan ini hangat lagi tentang isu PPSMI di media, TV3 terutamanya nampak begitu menonjol sekali dalam isu ini.... (seperti biasala.. nak jadi hero)
Dalam temuramah di radio-radio juga banyak menampilkan pendapat orang ramai tentang isu ini. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Bagi yang menyokong kebanyakannya menggunakan hujah bahawa PPSMI telah banyak membantu penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak mereka.
Bagi saya, pokok persoalannya bukanlah tentang penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris tetapi tentang hidup matinya bahasa Melayu itu sendiri. Kalau setakat nak menguasai Bahasa Inggeris sebenarnya bukanlah susah sangat. Kita boleh adakan satu tahun kelas pengajian bahasa Inggeris intensif kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Wujudkan sebuah kawasan khas yang 100% menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar yang berada di kawasan ini dilarang sama sekali menggunakan bahasa lain selain bahasa Inggeris. sehinggakan makcik yang jual pisang goreng pun kena 'speaking' juga. Saya yakin selepas tempoh tersebut semua pelajar-pelajar ini akan 'begitu fasih' berbahasa Inggeris termasuklah fasih dengan 'slang' dan idiomatiknya sekali.
Jika pelajar melayu yang tidak ada asas bahasa Jepun boleh menguasai bahasa Jepun (selepas tempoh kursus intensif) untuk belajar di Jepun, kenapa tidak dengan bahasa Inggeris yang sememangnya telah dipelajari sejak di sekolah rendah lagi?
Kesimpulannya, tidak perlulah kita mengenepikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita. Gunakanlah bahasa kita sendiri. Kalau nak belajar bahasa Inggeris belajarlah di negara yang penduduknya memang berbahasa Inggeris. Bila balik nanti terjemahkanlah banyak buku bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.
Kepada bekas murid-murid saya yang sekarang sedang menuntut ilmu di luar negara belajarlah bersungguh-sungguh dan bila balik nanti perturunkanlah segala ilmu yang ada ke dalam gedung khazanah ilmu kita, rajin-rajinlah menterjemahkan buku asing ke dalam bahasa kita sendiri agar saudara-saudara kita yang tidak berpeluang belajar di luar negara turut mendapat faedahnya.

Read more...

Latihan Portal EduwebTV.Com

>> Saturday, February 21, 2009

Selama 4 hari berturut-turut saya telah menyelaraskan kursus Latihan Portal EduwebTV.Com anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus ini bermula dari 16 hingga19 Februari 2009 dan telah melibatkan seramai 41 orang guru dari 41 buah sekolah di daerah Gombak. Al-Hamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Talian internet Schoolnet juga berada dalam keadaan baik.

Latihan ini telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang penggunaan portal TV Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.eduwebtv.com . Portal ini secara umumnya memberi bahan-bahan P&P dan berita semasa yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Para guru boleh mendapatkan bahan-bahan video yang berkaitan dengan subjek masing-masing di dalam portal ini.

Insya Allah, pada bulan Mac nanti kursus ini akan disambung lagi...

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP