Sibuk.. sibuk... sibuk...
>> Wednesday, March 10, 2010
Dah lama sangat tak update blog ni... awal2 tahun ni memang masa yg sangat genting dan sibuk kat office.. Insya Allah bulan April nanti kembali aktif menulis...
Read more...Dah lama sangat tak update blog ni... awal2 tahun ni memang masa yg sangat genting dan sibuk kat office.. Insya Allah bulan April nanti kembali aktif menulis...
Read more...Dengan perasaan dukacita dan hampa dimaklumkan bahawa beberapa program Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pra-perkhidmatan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) bagi tahun 2010 akan ditangguhkan.
Makluman ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling KPM (KP(BB)700-1/9 Jilid4(16) yang bertarikh 10 Disember 2009. (rujuk: http://www.moe.gov.my)
Dengan keluarnya pekeliling ini, ia bermakna hajat dan hasrat saya untuk memohon biasiswa KPM bagi pengajian sarjana sepenuh masa tahun depan tidak kesampaian... sedih... sedih... apa tidaknya umur dah semakin hampir mencecah 40 tahun iaitu had umur maksima untuk mendapatkan tajaan kerajaan.
Hajat untuk menyambung pengajian di peringkat Phd juga mungkin perlu difikirkan semula...
Sama-samalah kita berdoa agar kegawatan ekonomi ini cepat pulih, seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Harapan kepada pihak yang menentukan dasar pemberian biasiswa ini agar mempertimbangkan semula had umur maksima tersebut... naikkan lah lagi hingga ke 45 tahun (untuk kedoktoran) dan 43 tahun (untuk sarjana). Semoga lebih ramai lagi yang akan memperolehi manfaat.
Konstruktif :
murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Kaedah ini dapat dilakukan dengan:

Saya amat2 bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang comel dan sihat. Puteri ketiga dan anak keempat ini telah dilahirkan pada 23 November 2009 jam 8.27 pagi di Klinik Pakar Wanita Sheela, Klang. Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah apabila dewasa nanti, Insya Allah.
© Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP