Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Tips Untuk Mengelakkan Rasa Mengantuk Ketika Dalam Kelas

>> Saturday, May 8, 2010

Sudah hampir setahun saya meninggalkan dunia P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Walaupun begitu saya masih lagi mendalami dunia pendidikan melalui pembacaan dan pengamatan dari lawatan-lawatan saya ke sekolah-sekolah. Mudah-mudahan satu hari nanti saya dapat mencurah bakti melatih bakal-bakal guru sama ada di IPG atau universiti.

Kali ini saya akan berikan beberapa tips untuk mengelakkan / mengurangkan rasa mengantuk semasa di dalam kelas.

 Gambar hiasan

Masalah mengantuk di dalam kelas bukanlah perkara asing terutama bagi pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pengalaman saya selama 6 tahun di SBPI Rawang menunjukkan kebanyakan pelajar akan rasa mengantuk seawal jam 8 pagi justeru mereka mengabaikan beberapa perkara sebelum memasuki kelas.

Antara tips yang akan saya berikan di sini ialah:

1. Tidur awal pada malam hari. Lazim bagi seseorang pelajar asrama adalah tidur lewat kononnya untuk mengulangkaji pelajaran. Tindakan ini adalah kurang bijak kerana ia boleh mengakibatkan rasa mengantuk pada keesokan paginya. Seseorang pelajar sekolah menengah tidak perlu waktu yang begitu panjang setiap hari semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Memadai hanya 2 jam setiap hari tetapi ia hendaklah dirancang dan diatur dengan teliti dan rapi agar seimbang bagi semua mata pelajaran. Pepatah arab menyatakan "قليل قر خير من كثير فر" yang bermaksud sedikit yang konsisten lebih baik dari banyak tapi kadang-kadang.

2. Lakukan 'preview' untuk setiap mata pelajaran yang akan dipelajari keesokan harinya. Baca sepintas lalu dan catatkan persoalan-persoalan yang timbul. Pastikan keesokan hari kita akan memperolehi jawapan bagi setiap persoalan tersebut melalui penjelasan dari guru. Sekiranya tidak, pastikan kita bertanya kepada guru. Melalui cara ini minda kita akan sentiasa peka dengan apa yang disampaikan oleh guru demi untuk memastikan kita dapat menjawab persoalan yang kita timbulkan pada malam harinya. Antara punca kita mengantuk ialah kerana minda kita tidak aktif semasa guru mengajar, mudah mengelamun, berfikir tentang perkara-perkara remeh yang tiada kaitan dengan pelajaran dan akhirnya kita akan rasa mengantuk.

3. Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar. Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan poin yang disampaikan oleh guru. Mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Bekas guru ilmu mantiq saya dahulu pernah memberitahu bahawa dia tahu sama ada seseorang pelajar itu sedang mengikuti pelajaran atau sedang mengelamun, iaitu melalui matanya. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang ke satu arah sahaja ia bermakna pelajar tersebut sedang mengelamun dan pelajar yang mengelamun pasti akan mengantuk tidak lama selepas itu.

4. Bawa bekal air kosong. Para pakar mengakui bahawa otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangnya berfikir. Kekurangan oksigen akan menyebabkan sel-sel otak menjadi lemah lantas akan menumpulkan kebolehan berfikir. Satu cara mudah untuk memberikan bekalan oksigen yang mencukupi kepada otak ialah dengan minum air kosong. Kalau boleh air tersebut hendaklah air yang telah ditapis dari sebarang kekotoran. Pelajar-pelajar cina telah lama mengamalkan minum air kosong yang banyak dan ternyata prestasi pelajar-pelajar cina lebih membanggakan.

5. Persekitaran yang kondusif. Sesebuah kelas hendaklah disusun dengan teratur dan dijaga kebersihannya agar selesa menghadapi sesi P&P. Kelas yang kotor dan tidak teratur akan menimbulkan perasaan tertekan dan bosan. Hiasan dan susun atur kelas juga hendaklah ditukar secara berkala, contohnya 3 bulan sekali. Carta-carta atau gambar-gambar hiasan hendaklah ditukar dengan gambar lain atau diubah kedudukannya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mengelakkan rasa bosan yang mana pada akhirnya akan menyebabkan masalah mengantuk di dalam kelas.

6. Sentiasa melakukan senaman pada petang hari. Waktu selepas Asar bukanlah waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu ini sesuai untuk beriadah. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk beriadah agar jasmani kita sentiasa cergas dan tidak lesu. Malas beriadah boleh menyebabkan peningkatan berat badan, berat badan yang semakin bertambah pula akan menyebabkan kelesuan.

7. Amalkan pemakanan yang sihat. Diet bagi seseorang pelajar adalah amat penting terutamanya diet yang boleh merangsang aktiviti otak. Antara makanan yang bagus untuk otak ialah madu asli, kekacang, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan makanan-makanan segera (junk food) seperti mee segera yang lazimnya amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah. Menurut amalan alim ulama terdahulu mereka akan cuba mengelakkan diri dari memakan kepala ikan dan asam kerana ia boleh melemahkan otak.

Setakat ini dahulu tips yang sempat saya berikan. Mudah-mudahan ia memberi banyak manfaat terutamanya kepada bekas pelajar-pelajar saya tidak kira di mana anda berada sekarang. Wallahu A'lam.

Read more...

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat

>> Thursday, April 8, 2010

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

لا تقوم الساعة حتى يقبض العلم، وتكثر الزلازل، ويتقارب الزمان، وتظهر الفتن، ويكثر الهرج وهو القتل القتل، وحتى يكثر فيكم المال فيفيض

Maksudnya:
"Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah ilmu dihilangkan, banyak berlaku gempa bumi, masa terasa amat singkat, muncul pelbagai fitnah, pembunuhan terjadi di merata tempat, sehinggalah harta melimpah ruah di kalangan kamu." - riwayat al-Bukhari: 1036


Ternyata apa yang dinyatakan dalam hadis di atas telah berlaku pada zaman ini. Sama-samalah kita muhasabah diri agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi di ahirat nanti.

Read more...

Salah Siapa?

Lihat, renung dan fikirkan... salah siapa sebenarnya sehingga perkara ini boleh berlaku..






Read more...

Fikir Dulu Sebelum Merokok

>> Thursday, April 1, 2010

Jika anda belum merokok dan berhasrat untuk merokok atau bagi sesiapa yang telah ketagih merokok fikirkanlah semula hasrat anda tersebut... kerana apa? Sila baca laporan di bawah:

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

** Walaupun ini hanyalah satu kajian yang masih belum pasti kebenarannya tetapi tabiat ini telah masuk dlm kategori syak atau ragu2. Menurut hukum fekah, perkara yang jatuh dalam keraguan sama ada halal atau haram maka ia lebih hampir kepada haram sebagaimana yg dinyatakan dalam sebuah hadis:

"Telah diriwayatkan daripada Abu Ubaid al-Nukman bin Basyir katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Adalah yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata. Di antara keduanya ada beberapa perkara yang kesamaran pada hukumnya dan tiada diketahui oleh kebanyakan manusia akan keyakinannya. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada jatuh pada perkara yang samar-samar maka terpeliharalah agama dan perangainya dari segala kecacatan. Dan sesiapa yang melakukan beberapa perkara yang kesamaran itu seolah-olah dia telah jatuh pada perkara yang haram. Sebagaimana seorang pengembala kambing yang mengembala di sekitar kawasan larangan tentulah hampir-hampir ia masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawasanya bagi tiap-tiap raja itu ada larangannya dan bagi Allah SWT itu ada larangan yang diharamkan olehnya... أو كما قال"
- Hadis riwayat Bukhari & Muslim - dipetik dari Hadis 40


** Nasib baik aku dulu tak terpengaruh tabiat menghisap rokok oleh kawan2, kalau tak jenuh juga nak berhenti dari tabiat ni..

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP