Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Tips Tanam Rumput Hiasan

>> Monday, November 15, 2010

Memilih jenis rumput untuk ditanam di halaman rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat banyak jenis rumput di pasaran. Antara yang popular ialah rumput mutiara, rumput karpet dan rumput lembu (cow grass). Saya bukanlah pandai sangat tentang ilmu landskap ni tetapi hasil dari sedikit pengalaman didapati rumput karpet dari jenis Philipine adalah yang paling mudah ditanam, tahan lasak dan mudah penjagaannya berbanding dengan jenis-jenis rumput yang lain.


pemilihan rumput yang sesuai amat penting agar laman
yang sempit akan kelihatan lebih luas.

Rumput mutiara
Rumput mutiara memang cantik dan tidak perlu dipotong kerana ia sentiasa pendek tetapi penjagaannya agak cerewet. Air dan baja mesti mencukupi agar ia terus subur dan hijau.

Cow grass
Cow grass (rumput yang biasa ditanam di padang-padang sekolah) pula seakan-akan rumput mutiara tetapi ia mudah panjang dan perlu dipotong sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak.. akan jadi padang ragutla nampaknya sesuai dengan namanya rumput lembu.

Rumput karpet
Rumput karpet pula ada banyak jenis, antaranya ialah jenis Jepun, Taiwan dan Philipine. Jenis Jepun mahal sikit berbanding Philipine tetapi bentuknya lebih halus dan cantik.. dari segi penjagaan pun lebih cerewet berbanding Philipine. Jenis Taiwan saya tak tahu banyak tetapi kalau jenis Philipine memang senang nak tanam dan senang penjagaannya.

Philipine grass boleh dibeli dengan harga yang murah di Sg Buloh. Ia berharga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekeping (2 X 1 kaki). Kalau bernasib baik boleh dapat RM1.00 sekeping.



Cara tanam: sebaik-baiknya tutup rapat semua kawasan dengan kepingan rumput yang dibeli. Jadi, tak perlulah nak tunggu lama untuk rumput tu membiak dan menjalar untuk memenuhi seluruh kawasan. Pada peringkat awal kenalah siram dengan jumlah air yang secukupnya agar ia tidak layu dan mati.





Tetapi kalau bajet cipot boleh ikut cara saya ni.. potong kepingan rumput kecik2.. lebih kurang 1/4 kaki dan susun dengan jarak 1/2 kaki antara satu kepingan dengan kepingan yang lain (lihat gambar sebelah). Ia mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk tumbuh dan memenuhi seluruh kawasan.





Saya hanya membelanjakan RM100 untuk menanam rumput di halaman ni yang luasnya lebih kurang 35 X 75 kaki persegi. Kalau diupahkan kepada kontraktor saya rasa kosnya tidak kurang RM3000 - RM4000.
Saya tanam separuh laman dulu sebab tu bahagian depan dah penuh tetapi bahagian belakang masih ada lompong. Lepas dua bulan penuhlah nanti dengan rumput.



Persediaan sebelum menanam rumput: ratakan dahulu tanah, buang benda-benda yang merbahaya seperti sisa-sisa binaan yang lazimnya dibuang oleh kontraktor binaan. Cara yang terbaik ialah korek dahulu kira-kira setengah kaki dalam dan masukkan tanah baru. Lepas tu tutup dengan pasir halus dan sembur dengan racun rumpai yang dicampur dengan serbuk racun benih cambah. Tujuannya ialah untuk membunuh benih-benih rumput liar yang kita tidak kehendaki. Kalau tak, rumput liar akan tumbuh lebih cepat dari rumput hiasan kita. Kemudian letak kepingan rumput. Pastikan air sentiasa mencukupi terutama sebelah petang kerana ketika itu cuaca lebih panas dan kering. Setelah rumput hidup iaitu setelah daunnya mula menghijau jangan lupa tabur baja.. tanyalah kedai baja tentang jenis baja yang sesuai digunakan.

Pengalaman saya dengan Philipine Grass ni memang mudah. Kalau rumput ni dah hidup kadang-kadang sampai 3 hari tak siram pun ok lagi. Saiznya pula tak akan menjadi terlalu panjang.. setakat 5 bulan saya mula menanam rumput ni sekali pun tak pernah saya potong. Apa yang perlu diambil perhatian ialah rumput-rumput liar yang tumbuh dicelah-celahnya, kita kena cabut sendiri rumput-rumput liar ni agar ia sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Selamat Mencuba!!




Nak tunggu rumput penuh
baru nak susun buat landskap.

Read more...

Tahniah Kak Long & Tahniah Untuk Pelajar-pelajar UPSR

>> Thursday, November 11, 2010

Hari ni adalah hari yang amat menggembirakan Kak Long setelah berjaya memperolehi 3 anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Serendah iaitu anugerah pelajar terbaik Tahun 5, anugerah tempat pertama kelas 5 Brilliant dan anugerah Tokoh Nilam.

Semoga kejayaan ini akan membakar lagi semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang, lebih-lebih lagi tahun depan adalah tahun peperiksaan UPSR.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. UPSR adalah langkah pertama untuk mencipta kejayaan yang seterusnya..

SeMoGA BerjaYa!!
 

Read more...

2 Bulan Bersama ZX-150 - The History Of Kawasaki

>> Tuesday, November 9, 2010

Kawasaki motorcycles were introduced in 1954, and have made quite a name for themselves when it comes to high performing motorcycles. Many Kawasaki models have been designed over the years for dirt bike racing. They are powerful yet lightweight, giving the rider an edge over the competition. The bikes are also known for offering a sturdy frame, great suspension, and being affordable. Many people aren’t aware that Kawasaki manufactured motorcycle engines for years before they decided to make complete bikes. This allowed them to enter the competition knowing exactly what to build and how to build it.

In 1960, Kawasaki bought out Megero Motorcycles, who had been in the business since 1937. They took a brave move by offering every type of motorcycle at the same type across the board. It was a strategy that would make or break them. It was a wise investment as they were able to steadily sell everything from a 50 model to the powerful twin 650CC as well as everything in between.

This was the beginning of Kawasaki making out of the box decisions that influenced their competitors. Rather than being a follower, Kawasaki choose to always be a leader in the developments taking place in the motorcycle industry. While this was risky, it definitely gave them an edge over the competition.

In 1965 Kawasaki decided it was time to start exporting their motorcycles to the United States. The models sold better and faster than anyone had anticipated. The Z1 model was introduced in 1972. It was initially only marketed to the United States to meet consumer requests and demands.

The most well known Kawasaki motorcycle is the ZZR-R1100. This model was introduced in 1990 and lead the industry in sales for five years. Kawasaki made history in 2000 when it introduced the ZX-12R, a super bike featuring a unique frame that could out run any dirt bike on the track.

Most everyone is familiar with the lime green color, representing Kawasaki racing bikes. These models some in a variety of sizes and with various power behind them. Kawasaki racing bikes are known in the industry for being extremely fast as well as light weight. The Ninja series is one of the top selling models in motorcycle history.

When it comes to cruiser bikes, the Kawasaki Vulcan model offers everything you could ever want and more. The are versatile, long lasting, and easy to maneuver. They also come in a variety of sizes with many different power ranges behind each one. What makes the Vulcan so original is that it can be considered a comfortable tour bike, yet it has the power of a racing bike behind many of the models. This is a classy looking motorcycle with two comfortable seats and saddle bags to hold your necessities. The 2007 models are very stylish and are anticipated to sell very well.

Today, Kawasaki continues to be a leader in the motorcycle industry, offering consumers a variety of products to choose from. Each one offering distinct features but all of them offer great quality, lots of power, and a very reasonable price. They are also known in the motorcycle industry as being the leader in providing the necessary parts to repair any of their models. You will find Kawasaki dealerships all around the world, ready to assist you with the perfect motorcycle for you.

Read more...

Hospital Selayang Perlu Penambahbaikan

>> Tuesday, October 19, 2010

Salah satu mercu tanda dan kebanggaan warga Gombak ialah Hospital Selayang.. (selain kasut buatan Gombak).. sebab apa? sebabnya ialah, inilah satu-satunya hospital yang hanya memberi perkhidmatan rawatan pakar di negara ini. Itulah sebabnya ia dipanggil Hospital Pakar Selayang..

Nak bercerita tentang hospital ni...  (bukan sengaja nak mencari kelemahan tapi berharap agar dapat diatasi demi keselesaan pelawat@pesakit) kebetulan hari ni saya membawa ayahanda saya yang berusia 81 tahun pergi ke hospital ni untuk mendapatkan rawatan susulan masalah batu karang yang dihidapinya. Suasana seawal 7.30 pagi menampakkan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke hospital ni menyebabkan kawasan parking menjadi terlalu sesak. Saya terpaksa berpusing 4 ke 5 kali barulah mendapat parking. Bayangkan kalau saya sampai lebih lewat dari waktu tu..

Dari tempat parking nak ke aras 3 (menempatkan klinik-klinik pakar) kami (termasuk ibu saya) terpaksa berjalan menaiki tangga. Bagi saya ok la tak ada masalah, orang muda la katakan tapi bagi ibu saya dan ayah saya yang dah uzur ia merupakan satu pengalaman yang amat memeritkan.. sepatutnya disediakan lif sebagai kemudahan kepada pesakit dan warga emas.

Sampai di kaunter pendaftaran, manusia dah semakin ramai. Mula-mula kena ambil no, ingatkan no. tu untuk jumpa doktor rupanya no. giliran untuk ke satu lagi kaunter, di situ barulah pesakit didaftarkan dan ditentukan ke unit mana sepatutnya kami pergi. Kemudian kami diarah untuk ke satu lagi kaunter (di Unit Urologi) untuk didaftarkan lagi dan diberi no giliran lagi. Kami dimaklumkan agar pergi bersarapan dahulu sbb tempoh untuk sampai ke giliran kami masih terlalu lama lagi.  (Berapa banyak kaunter dan no. giliran daaaa!?)

Setelah bersarapan lebih kurang 30 minit kami naik semula untuk menunggu giliran. Apa yang menghairankan saya ialah apa yang diberi kepada kami ialah no giliran tetapi yang dipanggil ialah nama. Keadaan ini menyebabkan para pesakit tak tahu no berapa yang sedang menerima rawatan. Maka ramailah yang menunggu di hadapan bilik rawatan sehingga kerusi pun tak mencukupi, nak ditinggal takut nama dipanggil, bila ditunggu tak dipanggil-panggil pula.

Sepatutnya pihak hospital menggunakan no untuk membuat panggilan. Jadi kita tahu dan boleh mengagak tempoh untuk sampai kepada giliran kita. Dalam tempoh tu bolehlah pesakit membuat urusan lain.. tak de la membazir waktu tercongok begitu sahaja tanpa sebarang produktiviti. Nak baca surat khabar dah 4, 5 kali khatam.


* Dengan adanya sistem perkomputeran masa kini proses pendaftaran sepatutnya lebih memudahkan tetapi saya dapati ia lebih rumit berbanding hospital biasa yang menggunakan cara manual.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya mengalami pengalaman yang tak berapa menyenangkan di hospital ini. Sebelum ni saya pernah menghantar jiran saya pukul 3 pagi ke hospital ni sebab masalah batu karang juga. Keadaannya pada masa tersebut memang agak mencemaskan.. dia mengerang kesakitan sepanjang perjalanan ke hospital (mereka yang pernah mengalami penyakit ni pasti tahu betapa sakitnya ia.. nak duduk sakit, nak baring pun sakit, pendek kata serba tak kena)

Sesampai di hospital tak sesiapa pun di kalangan staff  hospital yang datang membantu, bahkan kami dibiar begitu sahaja mengambil no giliran dan menunggu giliran lebih sejam setengah untuk bertemu doktor. Semasa menunggu tersebut sahabat saya ni terpaksa berpusing-pusing a.k.a berguling-guling atas kerusi menahan kesakitan dan tiada siapa pun yang ambil peduli. Pukul 6 pagi barulah dia diberi ubat tahan sakit dan disuruh pulang atas alasan wad dah penuh dan beliau terpaksa menunggu 3 bulan lagi untuk temujanji rawatan pakar. Akhirnya dia tak pergi untuk temujanji tersebut dan balik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan di sana.. masalahnya selesai di Kota Bharu.

Satu lagi pengalaman yang tak berapa menyenangkan di hospital ini ialah ketika isteri saya ingin melahirkan anak kami yang ke 3. Sebagai hospital yang paling hampir dengan rumah kami di Rawang maka kami mengambil keputusan untuk melahirkan di hospital ini. Tetapi malangnya hajat kami tak kesampaian.

Seawal pukul 10 pagi saya menghantar isteri saya ke hospital ini kerana telah 'turun darah' menandakan beliau akan bersalin tak lama lagi. Kemudian saya terus ke kampung untuk menghantar 2 orang lagi anak saya di sana. Lebih kurang 4 jam kemudian saya sampai semula di hospital. Alangkah terkejutnya saya bila didapati isteri saya masih lagi duduk menunggu di kaunter pendaftaran tanpa dibuat sebarang tindakan. Kemudian saya bertanya kepada staf di kaunter dan mereka menyatakan wad telah penuh dan meminta saya membawa pulang dahulu isteri saya ke rumah. Terkejut saya... gila ke? desus hati saya.. apa akan jadi kalau jalan jem dan tak sempat untuk datang semula ke hospital?

Saya pun terus menghubungi kakak saya (arwah) Dr Norrihah yang ketika itu sedang bertugas di Sarawak. Dia pun jadi marah dan suruh saya maklum kepada pihak hospital, tapi saya enggan sebab saya bukanlah seorang doktor yang boleh mempengaruhi pihak hospital. Saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah tetapi terus ke HKL. Di HKL isteri saya didaftarkan dan terus dimasukkan ke dalam wad. Al-Hamdulillah semuanya selamat di situ.

Itulah serba sedikit pengalaman saya bersama Hospital Selayang. Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh semua pihak. Bukanlah niat saya untuk memburukkan hospital ini tetapi adalah untuk mencari kebaikan dengan melakukan penambahbaikan yang perlu.

Satu perkara yang boleh dibanggakan oleh hospital ini terutamanya di unit urologi sebagaimana yang dimaklumkan oleh ayahanda saya pagi tadi ialah kesopanan dan kesantunan doktor yang merawat beliau. Tahniah! semoga staf-staf lain dapat mencontohi kesantunan doktor ini.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP