Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

PENCARIAN USAHAWAN AFFILIATE

>> Friday, December 27, 2013

PENCARIAN USAHAWAN BERMULA!!

Adakah anda yang bertuah?
Kami mencari usahawan yg komited utk mengembangkan satu industri baru di Malaysia iaitu INDUSTRI AFFILIATE MARKETING.
Affiliate Junction merupakan sebuah affiliate marketing network PERTAMA di Malaysia serta mendapat mandat dpd MDeC sbg FUNGSI RASMI MYKAD YG KE 50.
Kami di Affiliate Junction komited membantu usahawan kami utk mendapat pendapatan pasif yang berterusan.

SIAPA YG KAMI CARI?
>> Usahawan / pemilik perniagaan
>> freelance insurance / takaful / unit trust / MLM
>> fresh graduate
>> pelajar universiti / kolej
>> juga terbuka kpd sesiapa yang ingin mencari pendapatan tambahan

KEISTIMEWAAN AFFILIATE JUNCTION
# Pelopor industri baru di Malaysia iaitu AFFILIATE MARKETING
# Merupakan salah satu dpd 50 fungsi rasmi MyKad
# Meraih pelbagai PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA dlm masa 3 tahun shj
# Pendapatan pasif yang berterusan
# Boleh diwariskan
# Risiko yg paling minimum

KEISTIMEWAAN USAHAWAN AFFILIATE JUNCTION
1. Insentif :
  • Regional Affiliate Agency Award
  • Global Affiliate Agency Award
  • Trip percutian & Umrah PERCUMA
  • Pelbagai bonus
  • Latihan keusahawanan
  • Panduan bermula dlm Affiliate Junction
  • Achiever retreate
  • Leadership Training
  • Speaker Training
  • Affiliate Summit Kuala Lumpur
  • Personal coaching
  • Pelbagai sistem sokongan bersepadu

============================
BERTINDAKLAH SEKARANG!!

1) PM SY NAK
CONTOH: (SY NAK ahmad 0132345678 shah alam)

2) CALL/WHATSAPP/SMS : SY NAK
CONTOH: (SY NAK ahmad shah alam) ke

Authorised Agency (Nazri) 0107949175

Read more...

Taman Botani Negara Shah Alam

>> Saturday, December 21, 2013

Cuti sekolah akhir tahun 2013 adalah masa yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti. Salah satu tempat menarik di lembah Klang yang boleh dikunjungi ialah Taman Botani Negara Shah Alam. Taman ini dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar Shah Alam.


Tiket yang dikenakan untuk masuk ke taman ini ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Taman ni berkonsepkan taman pertanian dan rekreasi dengan menyediakan banyak tempat-tempat menarik seperti taman pokok-pokok hiasan, taman haiwan, rumah iklim dan sebagainya.



Datang ke taman ni pada musim cuti sekolah kali ni menyaksikan agak banyak kekurangan berbanding 15 tahun yang lalu (kali terakhir berkunjung). Mungkin masih dalam proses pembinaan dan naik taraf. Tak tahu pula bila taman ini akan siap sepenuhnya.


Lokasi yang masih kekal seperti dulu ialah rumah iklim. Kami dapat masuk percuma tetapi kami tak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sebenar, kami hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan laluan tengah sahaja. Iklim ketika itu ialah musim salji dan ia disamakan dengan cuaca semasa di Jepun.



  


Lokasi lain yang terdapat di taman ini ialah taman haiwan, tetapi bilangan haiwan yang terdapat di sini amatlah sedikit. Taman haiwan ini hanya memiliki beberapa ekor kuda, burung merpati, burung kakak tua, burung merak dan rusa. Agak mengecewakan juga... tetapi oleh kerana niat kehadiran kami bukanlah semata-mata untuk melihat haiwan maka tak lah terasa sangat kekecewaan tersebut.



Aktiviti yang agak menyeronokkan di sini ialah aktiviti berbasikal. Basikal boleh disewa dengan kadar yang sederhana. Sewa untuk sebuah basikal yang agak baru ialah RM10 sejam dan untuk basikal yang agak lama kadar sewanya ialah RM5. Caj RM1 akan dikenakan untuk setiap sejam tambahan. Ok la tuu.. tapi kalau saya sekeluarga kos untuk sejam untuk 5 buah basikal lebih RM30... berbaloi tak?



Kesimpulannya, taman ini memang sangat sesuai untuk para pencinta alam dan pencinta aktiviti lasak kerana turut disediakan SkyWalker. Aktiviti ini perlu ditempah terlebih dahulu. Kunjungan ketika ini agak kurang memuaskan berbanding ketika 15 tahun yang lalu. Kami harap pihak pengurusan TBNSA dapat menyiapkan segera kerja-kerja penambaikan ini dalam kadar seberapa segera yang mungkin agar kegemilangan taman ini dahulu dapat dikembalikan. 


Read more...

Gunakan Mykad Semasa Berbelanja Untuk Mendapatkan Diskaun

>> Monday, November 18, 2013

Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik e-Government - Kad Pintar (MyKad)

Seiring dengan kepesatan kemajuan ICT, pada tahun 2009 Kerajaan Malaysia telah mewujudkan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana merangkumi 7 teras aplikasi perdana antaranya adalah mempelbagaikan penggunaan Kad Pintar ataupun Mykad.

Multimedia Development Corporation (MDeC) telah diberi mandat untuk membangunkan aplikasi pelbagai guna di dalam Mykad. Sedar ataupun tidak terdapat 50 Aplikasi dalam Mykad selain pengenalan diri. Mykad juga berfungsi sebagai memperbaharui lesen memandu, Touch n Go, KWSP dsb.

Sehubungan dengan itu, pada November 2010 satu lagi aplikasi telah dibangunkan iaitu MyKad Smart Shopper Program melalui Affiliate Junction (ruj. http://mykad.aj.my/). Program ini dengan usahasama I Synergy Universal Holding Sdn. Bhd, MDeC dan MSC. Kerjasama kuat juga dengan Asean Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF) & Malaysia Retailer-Chains Association (MRCA) telah dilancarkan dengan jayanya.

Melalui program ini,

Kami memerlukan ramai individu/syarikat yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Dealer/Agent bagi mengembangkan lagi Mykad Smart Shopper Program (MSSP) ini dalam fasa ke-2 yang dilancarkan baru- baru ini.  Antara tugas dealer/agent adalah mengaktifkan mykad  rakyat Malaysia secara sepenuh masa atau sambilan.

Selain dari itu, dealer/agent juga diberi hak untuk mengaktifkan kedai-kedai yang ada di sekitar  mereka bagi memberi faedah kepada penguna-penguna MSSP, dan apa yang lebih menarik, pendaftaran pelanggan mahupun kedai/merchant adalah percuma, dan potensi keuntungan yang anda akan perolehi melalui komisyen adalah seperti berikut:

-Orang pergi makan FastFood/mamak/café dll anda dapat komisyen
-Orang pergi berbelanja (shopping) anda dapat komisyen
-Orang pergi tengok wayang, anda dapat komisyen
-Orang pergi klinik pun anda dapat komisyen
-Orang pergi dobi pun anda dapat komisyen
-Orang basuh kereta pun anda dapat komisyen
-Orang pergi servis kereta pun ada peroleh komisyen
-Kedai makan untung pun anda dapat komisyen

AKAN DATANG...

- Orang isi minyak pun anda dapat komisyen
- Orang buka perniagaan francais pun anda akan dapat komisen (dibawah Francais Affilate Program (FAP)
- Orang berbelanja dengan Kad Kredit pun anda dapat komisyen
- Orang beli kereta pun anda dapat komisyen
- Pasaraya-pasaraya Besar untung pun anda akan dibayar komisyen dan banyak
  lagi……KOMISYEN DIBAYAR SECARA BERTERUSAN….

DI BAWAH ADALAH CONTOH KOMISYEN YANG DIPEROLEHI DARIPADA TRANSAKSI RETAIL KEDAI &  PERBELANJAAN PEMEGANG MYKAD.

 ANDA BAKAL PEROLEH KOMISYEN DI BAWAH INI SECARA BERTERUSAN !!!

Bagi yang mempunyai perniagaan, Program ini sangat-sangat membantu dari segi mengurangkan kos pengiklanan & promosi, disamping meningkatkan jualan & potensi pelanggan di luar skop perniagaan sedia ada.

Mempunyai 29 Juta Pelanggan yg berpotensi (Pemegang Mykad), PERCUMA Promosi dan Pengiklanan. PERCUMA kepada 500 kedai PERTAMA berdaftar di Malaysia. Antara yang telah terlibat:

1. My Hotel, Langkawi
2. Cathay Cineplax e@curve Damansara
3. Bizzy Body
4. Clara International
5. Thomas & Guys
6. Jakel Alor Setar
7. Berpuluh jenis klinik dan farmasi di seluruh negara.

dan lebih 500 jenama kedai/francais lagi... (juga boleh dilihat melalui aplikasi smartphone apple (iphone) atau android (Samsung,Sony DLL) taip “Mykad” – muat turun adalah PERCUMA)

Namun sasaran Dealer/Agent yang diperlukan di MALAYSIA bagi FASA KEDUA adalah 10,000 syarikat!!!

Anda dipelawa untuk menjadi salah seorang Dealer/Agent Mykad Smart Shopper kami atau ingin mengetahui lanjut mengenai program ini sila sertakan butiran untuk temujanji. ASAP.

Nama:
Umur :
Lokasi:
Pekerjaan:
No. Tel:
Cara dihubungi:   sms@call
Email:

En. Mohd Nazri Takuan
AUTHORIZED AGENCY
RED KINGDOM SOLUTIONS
No. Tel: 0107949175
Email: nazritakuan@yahoo.com.my









Read more...

Tips Perjalanan Ke Sabah

>> Tuesday, July 17, 2012

Pada kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman perjalanan ke bumi Borneo iaitu Sabah.

Tanggungjawab saya di Kementerian Pelajaran Malaysia telah membolehkan saya mengembara ke banyak tempat termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi rasanya bagus juga kalau saya kongsikan serba sedikit info dan catatan pengalaman perjalanan tersebut. Mudah-mudahan ia dapat memberi panduan kepada sesiapa yang ingin memulakan perjalanan tetapi tak tahu bagaimana caranya. Dalam post kali ini InsyaAllah saya akan beri tips perjalanan yang paling rendah kosnya khususnya bagi sesiapa yang tak berapa nak cukup bajet tapi ingin nak berjalan ke tempat orang.

Jika dari KL kita mesti menggunakan perkhidmatan udara untuk ke Sabah, kalau dulu mungkin kita juga boleh menggunakan perkhidmatan feri Malaysia tetapi perkhidmatan ini telah lama dihentikan dan suka atau tidak kita terpaksa menggunakan perkhidmatan udara. So, kalau nak cari tambang murah kapal terbang pastilah Air Asia akan menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, kalau tak kena gaya tambang Air Asia juga akan melambung tinggi hampir sama harga dengan MAS terutamanya jika booking tarikh yang terlalu hampir dengan tarikh penerbangan. Sebaik-baiknya buatlah booking 6 bulan hingga 10 bulan sebelum tarikh penerbangan dan jangan lupa mendaftar sebagai ahli di AirAsia.com untuk sentiasa mendapat update promosi.





Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu anda boleh cari teksi airport untuk menuju ke KK.. mahal sikitla tambangnya lebih kurang RM30.. tapi mana-mana teksi airport pun memang mahal kan? kalau nak murah lagi boleh guna teksi sapu tapi ada risikola.. bila eksiden sia-sia! cara yang terbaik dan selamat ialah beli kupon di kaunter dan ambil teksi di luar terminal.. tambang yang diberi di kaunter adalah tambang sebenar dan bukan tambang tipu. Tapi ingat, kalau flight sampai lewat selepas 12 malam tambang teksi akan melambung naik sekali ganda, jadi kalau boleh jangan cari flight malam sebab ditakuti akan delay hingga lewat malam.

Selesai di airport, sekarang kita cari tempat menginap. Ada banyak pilihan penginapan di KK.. dari yang mahal bertaraf 5 bintang hingga yang bertaraf bajet. Saya akan tunjukkan yang bertaraf sederhana yang pernah saya bermalam di dalamnya.. yang paling mudah ialah Hotel Imperial International Kota Kinabalu (3 bintang).


Standard Superior

Lokasinya lebih kurang 10 minit dari airport dan lokasinya juga amat strategik. Berada di tengah bandaraya KK bersebelahan Centre Point Kota Kinabalu dan 3 minit berjalan kaki ke pasar filipin yang amat popular dalam kalangan pelancong dari semenanjung terutamanya yang gemarkan barang-barang perhiasan berasaskan mutiara dan juga hasil laut yang dikeringkan seperti ikan, sotong dan udang kering. Harganya memang berpatutan! sediakan saja duitnya bah!. Kalau nak makan jalan kaki saja ke Centre Point, sebuah pusat beli belah yang moden dan lengkap.. ada food court di aras paling bawah. Anggaran harga untuk bilik standard superior ialah antara RM130 hingga RM160 (boleh semak harga di www.agoda.com). Tapi harus diingat bahawa hotel ini adalah antara hotel yang sering penuh jika kita lewat membuat tempahan, buatlah tempahan awal selewat-lewatnya sebelum 6 bulan. Sekiranya masih penuh, anda bolehla meninjau hotel-hotel yang berhampiran seperti Imperial Boutec Hotel Waterfront, Myne Hotel dan The Klagan Hotel (semua berharga di bawah RM160 tapi saya belum pernah mencuba).

Dari segi kepuasan bolehla tahan.. sesuai dengan harganya.

Satu lagi alternatif ialah di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman. Ada banyak hotel di kompleks ini antaranya ialah Tune Hotel (3 bintang), Courtyard Hotel (3 bintang), Novotel Hotel (4 bintang), Grand Borneo Hotel (4 bintang), Borneo Holiday Homes @ 1Borneo Tower B Condominium (3 bintang), 1 Borneo Tower B Service Condominiums (3 bintang) dan lain-lain. Semua saya belum cuba.. yang saya dah cuba ialah Sabah Apartment Tower B iaitu sebuah apartment 2 bilik yang sesuai untuk 2 keluarga dengan jumlah ahli seramai 6 orang. Harga untuk satu malam ialah lebih kurang RM285.00 tetapi jika booking dengan Agoda.com (on-line) hanya RM245. Antara kemudahan yang disediakan ialah peralatan dapur untuk memasak, airconditioner, kolam renang dan gym. Astro tak ada.. kalau nak juga kena caj RM10 sehari. Wifi juga tidak disediakan.







Kelebihan menginap di 1Borneo ialah kerana ia lengkap dengan semua kemudahan seperti shopping mall, bank, restoran dan lain-lain. Pendek kata semuanya ada dan tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan semua kemudahan. Lokasinya juga bersebelahan Universiti Malaysia Sabah. Perkhidmatan Shuttle Bus ke pusat bandar juga disediakan secara percuma.

Selamat mencuba!

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP