Dengan perasaan dukacita dan hampa dimaklumkan bahawa beberapa program Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pra-perkhidmatan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) bagi tahun 2010 akan ditangguhkan.
Makluman ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling KPM (KP(BB)700-1/9 Jilid4(16) yang bertarikh 10 Disember 2009. (rujuk: http://www.moe.gov.my)
Dengan keluarnya pekeliling ini, ia bermakna hajat dan hasrat saya untuk memohon biasiswa KPM bagi pengajian sarjana sepenuh masa tahun depan tidak kesampaian... sedih... sedih... apa tidaknya umur dah semakin hampir mencecah 40 tahun iaitu had umur maksima untuk mendapatkan tajaan kerajaan.
Hajat untuk menyambung pengajian di peringkat Phd juga mungkin perlu difikirkan semula...
Sama-samalah kita berdoa agar kegawatan ekonomi ini cepat pulih, seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Harapan kepada pihak yang menentukan dasar pemberian biasiswa ini agar mempertimbangkan semula had umur maksima tersebut... naikkan lah lagi hingga ke 45 tahun (untuk kedoktoran) dan 43 tahun (untuk sarjana). Semoga lebih ramai lagi yang akan memperolehi manfaat.
Konstruktif : murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Kaedah ini dapat dilakukan dengan:
Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian.
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog.
Menggalakkan soalan / idea oleh murid-murid.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Teori Kecerdasan Pelbagai : Pembelajaran secara teori kecerdasan pelbagai adalah mengaplikasikan kecenderungan murid sebagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melihat perkaitan tajuk yang ditetapkan.
Contoh :
Mengajar tajuk adab dengan cara bernasyid.
Bersyair atau sajak untuk tajuk tokoh-tokoh dalam pendidikan Islam.
Koperatif : Pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan yang memerlukan kerjasama murid sama ada melalui perbincangan, sumbang saran, soal jawab dan sebagainya. Ia dapat dijalankan dengan:
Guru memberi panduan.
Murid berbincang dalam kumpulan di bawah pengawasan guru.
Murid merumuskan hasil perbincangan.
Kontekstual : Pengajaran secara kontekstual dengan menghubungkaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman murid yang dilalui atau kaitan tajuk dengan alam atau mata pelajaran lain.
Contohnya: 1. Adab dengan guru (tingkatan 1) dengan pengalaman murid belajar dalam kelas. 2. Kebesaran Allah dengan kejadian siang dan malam (sains/geografi).
Guru disarankan membawa situasi sebenar di dalam diri murid supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Kolaboratif : Guru memberi panduan menjalankan tugasan kerja yang akan dihasilkan. Murid-murid bersoal jawab terhadap tugasan. Ini dapat dijalankan melalui:
Murid menghasilkan tugasan / kerja tanpa dipantau oleh guru.
Hasil kerja dinilai oleh guru serta diberikan markah atau gred tertentu.
Guru mencatat dan memberi komentar atau teguran dalam hasil kerja.
Kajian Masa Depan : Pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kreativiti guru yang mengaplikasikan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan. Contohnya, sebagai rangsangan kepada murid untuk berfikir seperti berwudhuk dengan menggunakan segelas air.
Kaedah / teknik :
Menulis sepucuk surat kepada rakan.
Bersoal jawab.
Membuat andaian / hipotesis.
Jibril Kaedah ini mengambil contoh peristiwa yang berlaku di dalam gua Hirak ketika wahyu pertama diturunkan iaitu mengaplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah, iaitu:
Guru membuat bacaan contoh dan murid mendengar.
Murid membaca, guru mendengar dan membetulkan bacaan yang salah.
Mengulang-ulang bacaan.
Penekanan terhadap pendekatan secara lemah lembut, sentuhan untuk menghilangkan rasa takut / gementar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Masteri Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran, sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Ia berfokus kepada penguasaan murid dan keberkesanan yang ditentukan oleh masa bagi murid menguasai dan pembelajaran berkualiti.
Ciri-ciri pembelajaran tersebut ialah:
Saya amat2 bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang comel dan sihat. Puteri ketiga dan anak keempat ini telah dilahirkan pada 23 November 2009 jam 8.27 pagi di Klinik Pakar Wanita Sheela, Klang. Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah apabila dewasa nanti, Insya Allah.
Mendengar dengan baik (good listening) adalah suatu aspek yang amat penting dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian besar dari apa yang harus dipelajari terkandung di dalam ucapan dan pengajaran lisan; bukan dari nota-nota atau pun buku rujukan.
Terdapat perbezaan yang sangat besar dan jelas di antara mendengar melalui deria telinga (hearing) dan mendengar melalui hati (listening)
Berikut adalah sedikit tips dan panduan buat pelajar tentang cara-cara untuk menjadi pendengar yang baik:
1. Bersedia Untuk Mendengar. Setiap kali hadir ke kelas, siap sediakan diri anda untuk mendengar. Pastikan anda menyempurnakan setiap latihan dan bacaan yang diberi. Semak nota-nota yang anda buat pada kelas-kelas sebelumnya; ini adalah untuk memudahkan anda memahami topik yang sedang diajar pada kelas semasa.
2. Attitud Untuk Mendengar. Atitud anda merupakan sesuatu yang amat penting. Pengaruhi diri anda sendiri; yakin bahawa topik yang sedang anda pelajari itu adalah amat menarik dan bermanfaat untuk diri anda. Bayangkan tentang bagaimana anda boleh mempraktikkan ilmu yang sedang anda pelajari itu. Dengan ini, anda akan menjadi lebih berminat dan teruja untuk mendalami ilmu yang sedang diajar oleh guru/tutor. Di samping itu, hormati diri anda sendiri dengan menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pelajar untuk cuba mempelajari dan mendalami sehabis baik tentang ilmu yang sedang diajar. Perasaan ingin berputus asa adalah normal; anda hanya perlu mengabaikan perasaan yang menewaskan itu.
3. Mendengar Dengan Tujuan. Pastikan apa yang anda mahu pelajari dan apa yang anda harap untuk pelajari dari sesuatu kelas. Beri perhatian pada perkara-perkara tersebut sewaktu guru/tutor anda mengajar.
4. Mendengar Dengan Fikiran Terbuka. Buka fikiran anda. Bersedia untuk menerima ilmu yang sedang disampaikan. Adalah sesuatu yang baik untuk bertanya;jangan malu atau bimbang dianggap “tunjuk pandai” oleh rakan-rakan. Pembelajaran adalah satu proses dua hala; ianya akan menjadi sia-sia tanpa komunikasi dari kedua belah pihak.
Jika anda adalah seorang pelajar yang pemalu dan agak/amat sukar untuk mengikis perasaan malu anda untuk bertanya, tetapkan niat dan hati anda bahawa anda bertanya kerana mahu menuntut ilmu dan berjaya (dan seterusnya menyenangkan hati ibu bapa anda), anda tidak sedikit pun berniat untuk berlagak bijak. Berani untuk malu adalah salah satu dari ciri-ciri orang yang berjaya.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - Surah Al-A'raf:179