Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Sekitar Festival Jawi & Khat Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan

>> Thursday, October 4, 2007


Kali pertama dapat ambik gambar Seri Perdana dan Masjid Putra, Putra Jaya.







Hari Jumaat, 28 September 2007 saya telah dijemput untuk menghadiri perasmian Karnival Jawi dan Khat Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putra Jaya.
Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamudin Hussin. Turut hadir pada program tersebut ialah YB Dato' Seri Dr Rais bin Yatim (Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan).
Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah mengetengahkan isu tulisan jawi yang semakin dilupakan. Menurut beliau keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana tulisan jawi merupakan simbol jati diri masyarakat Melayu itu sendiri. Justeru itu, langkah-langkah pro-aktif perlu diambil agar generasi muda masa kini terutamanya pelajar-pelajar sekolah kembali mengenali dan mencintai tulisan jawi. Antara langkah yang telah diambil ialah pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara. Ternyata program j-QAF kini semakin menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Komen: Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang sangat penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi. Program j-QAF ternyata berkesan kerana pendekatannya yang lebih kepada peer coaching telah membangkitkan kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar. j-QAF adalah lambang kebangkitan golongan agama di zaman Pak Lah di mana keadaan ini tidak pernah termimpi berlaku di zaman Tun Dr Mahathir. Apa yang saya nampak di zaman Tun Dr Mahathir golongan agama telah ditekan dan dihenyak dengan begitu teruk sekali. Lulusan-lulusan agama juga begitu sukar mendapat pekerjaan di zaman Tun.





0 comments:

Post a Comment

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP