Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadan
>> Monday, September 7, 2009
Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadan ialah:
1. Rasulullah memperbanyakkan ibadah.
كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إذَا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله وجد، وشد المئزر
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya."
2. Adanya Lailatul Qadr. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr (Lailatul Qadr)." - surah Al-Qadr: 1
Menurut Ibn Abbas: Allah menurunkan Al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
Bila Lailatul Qadr?
Nabi s.a.w. bersabda:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam sepuluh terakhir Ramadan." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الآواخر
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir."
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis-hadis yang menceritakan tentang Lailatul Qadr berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam hadis riwayat At-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadr, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:
اللهم إنك عفوّ كريم تحب الغفو فاعف عني
************
والله أعلم بالصواب
0 comments:
Post a Comment