Buku Perubatan Islam oleh DR Haron Din
>> Saturday, March 5, 2011
Buku ini bertajuk Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat Dan Doa-doa Mustajab. Ia adalah sebuah buku hasil tulisan Dato' Dr Haron Din yang terbaru. Ia amat ringkas tetapi padat untuk dijadikan panduan umat Islam dalam menangani pelbagai masalah penyakit terutamanya yang berpunca dari gangguan makhluk halus.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din memang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya dalam bidang perubatan Islam. Banyak buku-buku berkaitan yang telah diterbitkan oleh beliau dan telah dijadikan rujukan utama terutamanya oleh pelajar-pelajar perubatan Islam di Darus Syfa', Bangi. Buku ini adalah antara yang terbaru dan mengandungi gabungan kedua-dua asas sepuluh pertama dan kedua (kedua-dua asas ini adalah asas ilmu utama yang diajar di Darus Syifa).
Buku ini kecil dan padat serta mudah dibawa ke mana-mana. Turut termuat di dalamnya ialah amanat dan nasihat tuan guru kepada sesiapa yang ingin mengamalkan perubatan Islam.
Bagi saya buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh semua umat Islam sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak terduga seterusnya dapat mengelakkan kita dari meminta bantuan bomoh atau dukun yang menggunakan ilmu sihir. Lazimnya bomoh atau dukun ini tidak akan mengaku bahawa mereka mengamalkan ilmu sihir atau meminta bantuan jin tetapi pada hakikatnya itulah yang sebenarnya.
Jadi, melalui buku ini kita akan dibimbing dan diajar cara yang betul serta kaedah-kaedah untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma'thur sebagai cara rawatan yang bersih dan jauh dari unsur-unsur syirik, Insya Allah.
Harga buku ini adalah sebanyak RM15, boleh didapati di kedai-kedai buku dan boleh juga dibeli melalui pos dengan harga yang sama + kos pos sebanyak RM2.50 = RM17.50
Kepada sesiapa yang ingin membeli buku ini bolehlah bank-in duit ke dalam akaun Maybank 112017468796 dan sahkan pembelian tersebut dengan mengisi borang di bawah. Isikan ruang komen dengan maklumat bank-in seperti jumlah, tarikh dan masa.
1 comments:
Assalamualaikum,
nak tanya ni... buku Tuan Guru yang terbaru ( ada 5 version ) ada maklumat tentangnya? bagaimana nak mendapatkannya, sebab ramai yang bertanya kan . Terima kasih
Post a Comment