Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan
>> Tuesday, October 12, 2010
Sejak kebelakangan ini trend mencari duit tambahan telah menjadi semakin popular memandangkan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika setakat bergaji antara RM3500 hingga RM5000 sebulan dan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur kita akan menghadapi masalah kewangan yang teruk sekiranya kita tidak bijak menguruskannya.
Justeru ramailah yang membuat kerja-kerja sambilan seperti berniaga pasar malam, berniaga pisang goreng, mengambil upah menjahit, membuat kerja-kerja sambilan seperti di stesen-stesen minyak, seven eleven dan sebagainya. Namun kesemuanya ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Berniaga pasar malam atau berniaga pisang goreng memerlukan komitmen yang amat tinggi sama ada dari segi masa atau modal. Modal untuk mula berniaga pasar malam busuk-busuk pun tak kurang 15 - 20k. Begitu juga dengan komitmen masa.
Dulu saya pernah berjinak-jinak berniaga burger selepas tamat pangajian di UKM sekitar tahun 98.. fuuhh amat meletihkan sekali. Pukul 8 pagi hingga 5 petang saya kerja di pejabat, selepas sampai di rumah sekitar jam 6 petang kena bersiap-siap untuk buka warung burger. Sebelum maghrib bisnes dah start hingga pukul 12 malam, lepas tu kena kemas-kemas barang dan balik rumah untuk kira berapa keuntungan hari tersebut. Sekitar jam 2.30 pagi baru boleh tidur. Esoknya seawal 6 pagi dah kena bangun untuk bersiap pergi ke pejabat. Rutin sebegini memang amat meletihkan dan saya tak dapat bertahan lama.. selepas 3 bulan saya terpaksa tutup bisnes.
Jika nak berniaga burger yang serba ringkas tu pun kita akan merasa kelelahannya apa lagi bisnes yang lebih besar seperti berniaga pasar malam atau bekerja sambilan di tempat-tempat tertentu. Masa bersama keluarga juga akan menjadi semakin sedikit dan akhirnya kita akan menjadi hamba masa dan wang. Masa hidup kita akan habis semata-mata hanya untuk bekerja dan mencari wang. Yang lebih malang lagi ialah kita sibuk bekerja mencari wang tetapi hasil yang diharapkan masih tidak tercapai, kerja siang dan malam tetapi income masih tidak mencukupi.
Ketika saya menjual burger dulu teknologi internet masih terlalu baru. Tidak ramai yang mahir menggunakan internet, apatah lagi untuk berniaga di internet. Apa yang terlintas di fikiran saya tentang perniagaan adalah perniagaan konvensional yang terpaksa digerakkan secara offline. Nama-nama besar Internet Marketer seperti Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Ammar Zahar, Gobala Krishnan dan lain-lain lagi masih belum muncul. Tetapi kini trend bisnes internet sudah menjadi tidak asing lagi di Malaysia. Maka sering kita dengar tentang mereka yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan hanya dengan duduk di hadapan komputer di rumah. Ramai yang teruja untuk melakukannya dan ramai yang telah berjaya, tetapi tidak kurang juga yang gagal.
Mengikut kajian, 90% orang yang cuba melakukan bisnes internet ini akan mengalami kegagalan bahkan tidak berjaya memperolehi walau sesen pun di internet. Lebih malang lagi bagi mereka yang tertipu dengan menyertai Scam akibat terpedaya dengan slogan manis seperti 'Duduk Diam Dapat Duit' (4D). Mentaliti orang kita memang begitu, malas nak berusaha tetapi nakkan keuntungan berlipat ganda dalam masa yang singkat. Model-model bisnes internet yang tulen memang banyak antaranya seperti affiliate, dropship, adsene atau pay per click dan sebagainya.
Kesemua model-model tersebut tidak boleh dilakukan begitu sahaja tanpa ilmu yang mantap. Terlalu banyak istilah yang perlu difahami dan kesemuanya perlu dipelajari secara berguru. Tetapi, sekali anda menguasai ilmu ini anda akan merasai erti kebebasan... kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Ketika itu anda akan melihat orang lain terpaksa memerah keringat untuk memenuhkan akaun bank mereka sedangkan anda telah memilikinya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menggunakannya. Ketika itu anda akan melihat orang lain terpaksa keluar rumah awal pagi untuk ke pejabat sedangkan anda hanya berkain palekat sambil menghadap komputer atau laptop sambil menghirup secawan kopi.
Kuncinya adalah ilmu...
Carilah ilmu mengenainya...
Tetapi kini, ada satu lagi jenis bisnes yang lebih mudah. Bagi saya bisnes ni adalah bisnes yang paling mudah pernah saya jumpa gabungan antara bisnes internet dengan bisnes konvensional. Saya baru cuba bisnes ni 3 hari dan saya perhatikan perkembangannya amat menggalakkan sekali. Saya percaya dalam masa yang singkat ia akan menjadi satu fenomena dan sesiapa yang tidak merebutnya sekarang pasti akan merasa kerugian.
Saya tak akan bercerita lebih panjang di sini. Anda boleh klik di sini untuk tahu lebih lanjut. Cuma apa yang hendak saya highlight di sini ialah peluang mencari rezeki yang halal memang wujud di mana-mana. Walaupun kita hidup di dunia ni hanya sementara tetapi keperluan kehidupan ketika masih hidup ini janganlah diabaikan. Carilah kehidupan yang baik dan sempurna, tempat tinggal yang baik, kenderaan yang baik, isteri yang baik, dan anak-anak yang baik. Insya Allah, dengan hasil pendapatan yang mantap bolehlah kita menumpukan minda kita kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti beribadat kepada Allah dengan hati yang lebih tenang.
Tetapi satu perkara yang perlu diingat harta kekayaan bukanlah segala-galanya. Semuanya akan hancur dan musnah bila tiba masanya nanti. Oleh itu jadikanlah harta hanya sebagai wasilah untuk mencari kesempurnaan di akhirat kelak. Janganlah kita terlalu obses dengan kekayaan sehingga sanggup melanggar pantang larang Allah. Entah esok atau lusa kita akan pergi menemui Tuhan dengan meninggalkan segala-gala yang kita miliki di dunia ini. Wassalam, jumpa lagi.. Read more...
Raya dan Kegembiraan Ahli Syurga
>> Thursday, September 30, 2010
Al-Hamdulillah kita telah sempurna menunaikan ibadat puasa Ramadan tahun ini. Semoga amalan kita diterima di sisi Allah SWT.
Pada hari jumaat minggu pertama bulan Syawal saya telah berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Istac (International Institute of Islamic Thought and Civilization) Jalan Duta berhampiran dengan pejabat saya di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta.
Sebenarnya saya mula berjinak-jinak solat Jumaat di Istac bermula pada bulan Ramadan yang lalu. Kali pertama solat Jumaat di Istac khutbah jumaat telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Othman El-Muhammadi. Inilah kali pertama saya dapat bersemuka dengan beliau secara live. Sebelum ini saya hanya mengenali beliau di kaca TV sahaja.
Anyway saya masih belum dapat berbual dengan beliau sehinggalah selepas raya, barulah saya diperkenalkan dengan beliau oleh kawan lama saya (Syamsul Amri). Apa yang menyentuh perasaan saya pada khutbah jumaat hari tu ialah konsep menyambut hari raya yang jarang difahami oleh kebanyakan orang.
Kebanyakan kita hanya memahami Aidilfitri hanyalah semata-mata tamatnya Ramadan serta kembali ke tabiat asal makan di siang hari tanpa merenung perubahan diri yg berlaku hasil dari tarbiah Ramadan. Beliau juga menjelaskan bahawa Aidil Fitri memiliki ciri-ciri suasana ketika di syurga nanti.. jika di Aidil Fitri kita saling ziarah menziarahi sesama sanak saudara dan sahabat handai, berpakaian baru, bergembira dan sebagainya maka itulah suasana di syurga nanti.
Di syurga nanti kita akan saling ziarah menziarahi sesama ahli keluarga dan sahabat handai dengan suasana penuh keceriaan.. tiada kedukaan.. tiada kelelahan.. tiada kesukaran.. semua keluarga berkumpul (insyaAllah) termasuk mereka yg tidak dapat bersama-sama ketika berhari raya di dunia kerana telah pergi terlebih dahulu.. dan semuanya berlaku tanpa pengakhiran.. maknanya kegemberiaan tersebut akan kekal selama-lamanya. Jika hari raya di dunia hanya berlaku beberapa hari sahaja tetapi hari raya di syurga adalah selama-lamanya.
Itulah kegembiraan dan kejayaan yang sebenar dan sejati, tetapi hakikat ini tidak disedari atau sengaja tidak ambil endah oleh manusia. Justeru, mereka lalai dengan keseronokan dunia yang hanya seketika ini.
InsyaAllah kita akan beroleh kejayaan tersebut.. kejayaan yang hakiki.. kegembiraan ketika menemui Tuhan Rabbul Jalil
Salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan kejayaan tersebut ialah dengan mendampingi ulamak.. jadikanlah ulamak sebagai role model atau idola kita.. Pelajarilah sesuatu dari mereka..insyaAllah kita akan memperolehi sinar yang sebenar. Sinar yang akan menunjukkan kita jalan kejayaan.
Rasanya masih belum puas saya berbual dengan Us Othman ini.. InsyaAllah saya akan ke sana lagi nanti..
Wassalam.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Read more...
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
>> Monday, July 19, 2010
1. Hijrah Pertama - Hijrah ke Habsyah (Ethiopia): Pihak musyrikin Mekah telah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan isterinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Israk dan Mikraj: bermaksud Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT seterusnya menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam. Terdapat perbezaan pandangan ulama tentang tarikh berlakunya peristiwa ini. Sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rabiul Akhir, sebahagian ulama mengatakan pada 17 Rabiul Awal, sebahagian ulama mengatakan pada 29 Ramadan, sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada selain tarikh-tarikh di atas. Menurut Chalil (1999) sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj Kassim Bahali mengatakan ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 Rabiul Awal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekali pun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya peristiwa ini juga terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'thah, sebahagian yang lain berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'thah, sebahagian yang lain berpendapat pada tahun sebelum Nabi berhijrah ke Thaif, dan sebahagian yang lain berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah. Walau bagaimanapun terdapat seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad yang telah mencatatkan dalam kitabnya 'At-Tobaqatil Qubra' mengatakan bahawa berlakunya Israk dan Mikraj ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah.
3. Perang Tabuk: Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera ROM telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitumaqdis: Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam yang terkenal iaitu Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat 27 Rejab 583H dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitulmaqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH: Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Di antara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

