Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Semakin Banyak Filem @ Drama Seram Di Tayangkan Sekarang...

>> Tuesday, November 30, 2010

Akhir-akhir ni semakin banyak drama atau filem seram @ hantu ditayangkan sama ada di panggung wayang atau di kaca televisyen. Adakah ini sesuatu yang positif atau negatif?


Apa yang saya dapat perhatikan dari lambakkan cerita-cerita berunsur seram ini adalah akibat dari sambutan masyarakat yang amat menggalakkan. Justeru para produser berlumba-lumba untuk menerbitkan cerita sebegini. Masyarakat melayu secara umumnya memang menggemari cerita-cerita sebegini... pada satu ketika dulu majalah mastika begitu laris jualannya sehingga melebihi 100 ribu naskhah sebulan semata-mata kerana menonjolkan kisah-kisah seram atau misteri. Maka tidak hairanlah ramai produser filem atau drama yang ingin mengambil kesempatan semata-mata ingin mengaut keuntungan yang banyak.

Tidak salah untuk mengaut keuntungan tetapi janganlah sampai boleh menjejaskan akidah umat Islam. Dari pengamatan saya terhadap drama atau filem-filem ni ialah terdapatnya tokok tambah aksesori terhadap prinsip asas kewujudan makhluk jin dan syaitan. Kadang-kadang terdapat pengaruh dari filem seram cina dan Thailand yang amat diragui kebenarannya dan amat tidak sesuai dengan akidah umat Islam.

Saya tidak akan menghuraikan dengan lebih detail terhadap kepincangan-kepincangan tersebut tetapi anda rujuklah sendiri kepada mereka yang mahir dan diiktiraf dalam ilmu perubatan Islam. Saya juga pernah menulis post berkaitan perkara ini 2 tahun lalu (rujuk: http://mohdnazritakuan.blogspot.com/2008/08/kepercayaan-terhadap-kewujudan-makhluk.html) Saya juga menyeru agar pihak Kementerian Penerangan dan JAKIM memantau dengan lebih mendalam terhadap filem-filem dan drama sebegini ia tidak memberi kesan negatif terhadap akidah saudara-saudara Islam kita.

والله أعلم بالصواب

0 comments:

Post a Comment

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP