Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

>> Monday, January 5, 2009

Dalam kesempatan yang terhad ini saya menyeru kepada semua saudara seislam seluruh Malaysia untuk memboikot senarai barangan berikut kerana mereka terlibat menyokong Yahudi Laknatullah. Sesungguhnya setiap seringgit wang yang kita keluarkan untuk membeli barangan ini samalah dengan nilai sebutir peluru yang menembusi tubuh saudara-saudara kita di Palestin.







Sebenarnya ada banyak lagi produk yang kita perlu boikot, tapi ini sahaja yang sempat untuk kali ini, Insya Allah saya tambah lagi atau kunjungi sahaja laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sekurang-kurangnya inilah tindakan yang mampu kita buat untuk membantu saudara kita di Palestin.

Read more...

Bahasa Jiwa Bangsa

Hj Abdul Rani bin Wahab berkata..

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Sejarah menunjukkan bangsa-bangsa besar yang maju mempelajari ilmu dalam bahasa asing tetapi tidak menggunakan bahasa tersebut ke dalam tamadun mereka. Iklan

Penemuan arkeologi menunjukkan Tamadun Indus mendalami ilmu pengetahuan mereka dari Tamadun Mesopotamia tetapi mereka membangunkan tamadun mereka dengan bahasa mereka. Buktinya penemuan transkripsi tulisan mereka sendiri yang belum boleh dibaca oleh pakar-pakar masa kini.

Ketika tradisi keilmuan Islam berkembang, orang-orang Eropah yang dalam zaman kegelapan telah pergi ke pusat-pusat keilmuan Islam untuk mendapatkan ilmu.

Mereka kembali ke tanah air mereka hingga membawa kepada kemunculan revolusi Eropah. Bangsa Eropah tidak menggunakan bahasa Arab tetapi mereka mengadaptasi mengikut keperluan semasa.

Dalam era moden, Jepun yang tewas kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk menuntut ilmu di Amerika Syarikat.

Mereka kembali ke tanah air mereka dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Tidak lama selepas kekalahan itu, mereka datang kembali ke Asia Tenggara, malah ke seluruh dunia dengan kuasa ekonomi dan yang kuat akibat peningkatan ilmu pengetahuan.

Persoalannya sekarang.

Bahasa menunjukkan bangsa, bagaimana hendak dikatakan bangsa Melayu akan wujud lagi suatu masa nanti kalau bahasanya sudah tiada. Buktinya surat khabar jawi telah menjadi akhbar sisipan seminggu sekali selepas kira-kira 30 tahun ia ditinggalkan dari arus perdana pendidikan.

Kemungkinan senario ini terhadap surat khabar Bahasa Melayu akan terjadi tetapi berdasarkan keadaan semasa, tempoh 30 tahun adalah terlalu lewat untuk melihat buktinya.

Penghormatan bangsa lain terhadap orang Melayu.

Analogi yang mudah, suatu masa dahulu, ketika sebelum perlaksanaan SPM pensijilan terbuka, pelajar-pelajar bukan Melayu akan cuba meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kerana keperluan kredit untuk mendapatkan gred 1 ataupun gred 2 dalam SPM.

Tetapi apabila pensijilan terbuka, calon-calon hanya perlu lulus dalam Bahasa Melayu untuk mendapatkan kelulusan dalam SPM. Selain itu mereka juga perlu meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu untuk menguasai mata pelajaran lain. Siapakah yang berani mengatakan penghormatan itu semakin meningkat pada hari ini?

Kaitan dengan agama Islam. Bahasa jiwa bangsa. Umumnya di Malaysia orang Melayu masih lagi sinonim dengan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan maksud yang hampir sama. Bangsa ini telah terdidik dengan ruh Islamnya sejak ratusan tahun dahulu.

Istilah-istilah dalam Bahasa Melayu banyak berkaitan dan berasal dari hal-hal keagamaan. Secara tak langsung apabila istilah-istilah tersebut ditinggalkan, lama-kelamaan amalan agama juga turut terjejas.

Buktinya, salah satu elemen penting dalam Bahasa Melayu ialah tulisan jawi. Apabila tulisan jawi tidak digunakan maka banyak istilah-istilah agama menjadi tidak tepat sebutan dan maknanya jika ditulis dalam tulisan rumi.

Perbandingan dengan bangsa lain.

Bangsa lain tidak sedikit pun mau berganjak dari mempertahankan bahasa mereka. Malahan mereka menggerakkan di setiap ruang yang ada. Mereka pertahankan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah jenis kebangsaan dalam bahasa ibunda mereka.

Mereka usahakan untuk meletak walaupun sepatah perkataan di atas sebatang jalan. Buktinya mereka tegakkan papan tanda dalam bahasa mereka apabila berkuasa walaupun dalam ruang yang terbatas.

Hj Abdul Rani bin Wahab
Setiausaha Kehormat
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis

Dipetik dari: Harakahdaily.net

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP