Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Kursus Grafik Adobe Photoshop CS2

>> Wednesday, February 25, 2009

Kursus Photoshop ni telah diadakan pada hari Sabtu 21/2/09. Syabas dan Tahniah kepada guru-guru yang dapat menyertai kursus ini dengan jayanya. Jika di luar, kursus yang seumpama ini berharga lebih kurang RM250 tetapi di Sepintar ia diadakan dengan PERCUMA.. bagi makan lagi.

Saya sebagai tenaga pengajar berasa amat bangga dan kagum melihat kesungguhan cikgu-cikgu ni menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer terutamanya dalam perisian Photoshop. Bukan senang nak menguasai kemahiran ni jika tidak diiringi dengan keazaman yang kuat... SYABAASS!!

Kita jumpa lagi dalam siri-siri kursus yang akan datang.





Read more...

Lagi lagi PPSMI

>> Sunday, February 22, 2009


Kebelakangan ini hangat lagi tentang isu PPSMI di media, TV3 terutamanya nampak begitu menonjol sekali dalam isu ini.... (seperti biasala.. nak jadi hero)
Dalam temuramah di radio-radio juga banyak menampilkan pendapat orang ramai tentang isu ini. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Bagi yang menyokong kebanyakannya menggunakan hujah bahawa PPSMI telah banyak membantu penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak mereka.
Bagi saya, pokok persoalannya bukanlah tentang penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris tetapi tentang hidup matinya bahasa Melayu itu sendiri. Kalau setakat nak menguasai Bahasa Inggeris sebenarnya bukanlah susah sangat. Kita boleh adakan satu tahun kelas pengajian bahasa Inggeris intensif kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Wujudkan sebuah kawasan khas yang 100% menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar yang berada di kawasan ini dilarang sama sekali menggunakan bahasa lain selain bahasa Inggeris. sehinggakan makcik yang jual pisang goreng pun kena 'speaking' juga. Saya yakin selepas tempoh tersebut semua pelajar-pelajar ini akan 'begitu fasih' berbahasa Inggeris termasuklah fasih dengan 'slang' dan idiomatiknya sekali.
Jika pelajar melayu yang tidak ada asas bahasa Jepun boleh menguasai bahasa Jepun (selepas tempoh kursus intensif) untuk belajar di Jepun, kenapa tidak dengan bahasa Inggeris yang sememangnya telah dipelajari sejak di sekolah rendah lagi?
Kesimpulannya, tidak perlulah kita mengenepikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita. Gunakanlah bahasa kita sendiri. Kalau nak belajar bahasa Inggeris belajarlah di negara yang penduduknya memang berbahasa Inggeris. Bila balik nanti terjemahkanlah banyak buku bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.
Kepada bekas murid-murid saya yang sekarang sedang menuntut ilmu di luar negara belajarlah bersungguh-sungguh dan bila balik nanti perturunkanlah segala ilmu yang ada ke dalam gedung khazanah ilmu kita, rajin-rajinlah menterjemahkan buku asing ke dalam bahasa kita sendiri agar saudara-saudara kita yang tidak berpeluang belajar di luar negara turut mendapat faedahnya.

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP