Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

HATI-HATI DENGAN 'SMS" INI!!!

>> Saturday, March 7, 2009

Tiga hari lepas saya dapat satu 'sms' kononnya dari Ambank. SMS tersebut tertulis "Ambank:Pelanggan yang dihormati, pada 2/10/08 anda telah berbelanja credit card anda di IOI Mall sbyk RM4862, kod belanja: CR653A, sila urus byrn dengan cepat. tel: 03-86590243".

Saya sebagai 'bekas' pemegang kad kredit Ambank pasti berasa 'cuak' kerana kad kredit yang telah saya tutup tahun lepas masih mengenakan 'caj', lebih2 lagi pembelian tersebut tidak pernah saya lakukan. Ditakuti Ambank masih gagal menutup akaun saya memandangkan servis mereka sebelum ini pun tidak memuaskan hati saya. Lantas saya pun membuat panggilan ke nombor yang terdapat dalam sms tersebut.

Mungkin Allah ingin menyelamatkan saya kali ini, nombor yang saya dail itu mengalami gangguan menyebabkan saya tidak dapat mendengar jawapan. Saya mencuba beberapa kali tetapi masih gagal menyebabkan saya membuat panggilan pula ke hotline Ambank. Saya hanya dapat meninggalkan no telefon saya supaya mereka dapat follow up kerana semua operator masih sibuk melayan panggilan.

Dipendekkan cerita, saya membuat panggilan semula ke no dalam sms tersebut. Kali ini talian berada dalam keadaan baik dan saya dapat bercakap. Setelah disemak mereka mengatakan bahawa rekod memang menunjukkan saya telah membuat pembelian tersebut. Saya cuba menafikannya tetapi mereka hanya saya menyuruh saya supaya membuat panggilan ke no 03-86590126 (kononnya Pusat Pengurusan Kad Palsu Ambank).

Maka segala-galanya akan 'dikorek' sebaik sahaja saya membuat panggilan ke nombor ini. Dengan alasan untuk tujuan siasatan saya dikehendaki bekerjasama dengan memberi segala maklumat kewangan saya kepada mereka termasuklah no kad ATM, Credit Card, Pinjaman, Akaun, jumlah simpanan, baki kredit dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya jika terdapat akaun tambahan atau pinjaman yang tidak dinyatakan tadi maka ia akan dianggap sebagai kegiatan mengklon atau penipuan. Mereka juga akan melarang kita dari bercerita kepada sesiapa pun dengan alasan supaya siasatan tersebut akan terganggu. Tempoh siasatan yang dijanjikan adalah selama 3 hari.

Mujurlah selepas beberapa jam kemudian pihak Ambank yang sebenar telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa sms tersebut adalah sindiket penipuan dan menasihatkan saya supaya membuat laporan polis. Cuba bayangkan sekiranya pihak Ambank yang sebenar tidak menghubungi saya, pasti sampai sekarang saya masih berada dalam keadaan tertipu dan hanya berdiam diri sehinggalah berlaku 'malapetaka' terhadap akaun-akaun bank saya.

Jadi berhatilah-hatilah semua! SMS ini telah menyusahkan saya kerana terpaksa buat laporan polis dan terpaksa menukar kad2 bank yang saya ada. Yaa Ampuuuunn!!

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP