Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Amalan Di Nisfu Sya'ban

>> Thursday, July 14, 2011

Antara amalan yang boleh dilakukan ketika Nifu Sya'ban ialah menghidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya panjang umur, murah rezeki dan tetapkan iman.

Walau bagaimanapun terdapat khilafiah dalam perkara ni, maknanya tidak semua ulamak berpendapat sedemikian cuma kita tidak boleh beriktikad bahawa hanya malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.

Di bulan ni juga kita digalakkan berpuasa sunat kecuali pada hari syak iaitu 30hb Sya'ban.

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus)

Read more...

Pendakwah atau Pendak'wang'

>> Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah kini kita akan menghampiri setengah Sya'ban dan tak lama lagi akan menempuh bulan yang penuh keberkatan bulan Ramadan.


Mengimbas kenangan saya menyambut Ramadan di Lembaga Peperiksaan ... diam tak diam dah masuk Ramadan ke tiga saya di sini.

Satu kenangan yang tak dpt dilupakan hingga sekarang ialah ketika kami (Unit Agama) dipertanggungjawabkan untuk mengadakan satu ceramah sempena menyambut Nuzul Quran. Kami telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menjemput seorang penceramah terkenal yang selalu muncul di kaca TV.. (tak payah sebutlah namanya di sini.. tak baik mendedahkan keaiban orang lain).

Nak dijadikan cerita, si 'ustaz' ni adalah kawan sepengajian Abey saya di Unit ni ketika mengaji di Mesir dahulu. Menurut Abey dia memang seorang yang baik dan peramah dan dia rasa tak ada masalah untuk menghubungi dan menjemputnya untuk memberikan ceramah melihat kepada hubungannya sebelum ini.

Dipendekkan cerita, Abey telah dapat menghubunginya dan telah bersetuju dengan undangan tersebut dengan sedikit adjustment memandangkan dia juga ada sesi rakaman dengan sebuah stesyen televisyen. Maka kami pun telah mengadakan promosi yang bolehlah dikatakan agak besar-besaran.. kad jemputan, flyers dan poster di mana-mana dengan menyebut bahawa seorang personaliti pendakwah terkenal akan hadir menyampaikan ceramahnya.

Masa tinggal sehari, tiba-tiba si ustaz ni menghubungi Abey dan menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir kerana memenuhi sesi rakaman dengan stesen TV tersebut. Apa lagi, Abey pun macam nak luruh jantungnya kerana memikirkan siapa yang akan jadi pengganti.. Masa tak sampai sehari! semua orang dah teruja untuk hadir mendengar ceramah dari seorang personaliti terkenal.. nak ganti siapa?

Abey pun telefon sana sini mencari pengganti.. tetapi malang masa telah suntuk dan tak ada siapa pun yang sanggup. Mujur ada seorang motivator muda yang sedang meningkat naik namanya sudi untuk hadir .. (terima kasih Sdr Amin Idris)

Itulah satu hakikat yang terpaksa kami lalui.

Rupa-rupanya kerenah pendakwah-pendakwah popular ni kebanyakannya sama sahaja.

Pernah berlaku seorang pendakwah terkenal yang telah bersetuju dengan jemputan sebuah masjid telah membatalkan kehadirannya semata-mata memenuhi undangan dari negara Brunei. Maklumlah kalau kerajaan Brunei yang jemput pasti yang 'masyuuk' juga lebih lumayan dan mewah!!

Pengajarannya: Apabila seseorang telah dikaburi dengan wang ringgit maka prinsip asal untuk berdakwah sanggup ditolak ketepi. Bahkan sanggup mungkir janji. Apa yang dikata dalam ceramah berbeza sekali di luar ceramah.. isyh isyh

Bertaubatlah kerana orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya (tahu bahawa mungkir janji itu sebahagian sifat munafik tetapi masih mungkir janji) maka balasannya lebih pedih dari orang jahil yang melakukan kesalahan yang sama.

Semoga Ramadan kali ini tidak lagi berlku perkar sedemikian.

* tidak semua pendakwah terkenal bersikap sedemikian, mungkin hanya segelintir yang telah terlupa dan terlalai. Sama-samalah kita ingat mengingati.

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP