Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Memperkenalkan Latihtubi.com

>> Monday, October 12, 2009

Apakah LatihTubi.com?

Latihtubi.com merupakan satu sistem pembelajaran secara online yang membolehkan pelajar menjawab set-set soalan latihan secara online dengan mudah, pantas dan berkesan. Sistem ini direka khas supaya memudahkan pelajar menjawab soalan latihan secara digital dan interaktif. Latihtubi.com mengandungi pelbagai bentuk jenis soalan yang menyerupai bentuk soalan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri untuk menjawab ujian dan peperiksaan yang sebenar. Setiap soalan mempunyai susun atur yang kemas untuk keselesaan pelajar.

Kelebihan LatihTubi.comSistem ini adalah alternatif kepada sistem yang sedia ada di mana pelajar menjawab set-set soalan di buku-buku latihan dan kemudian menyemak jawapan sendiri. Dengan sistem LatihTubi.com ini, pelajar dapat menjimatkan masa kerana jawapan akan disemak dan markah akan diberikan terus oleh sistem setelah selesai menjawab set soalan.

Baca selanjutnya...

Read more...

Tips Untuk Menghadiri Temuduga JPA

Ketika saya masih bertugas di SBPI Rawang sahabat karib saya Cikgu Esa Abd Samad (..ini bukan YB Bagan Pinang tapi kaunselor) ada menyatakan hasrat untuk menulis satu buku panduan untuk menghadiri temuduga khusus untuk pelajar-pelajar SBPI Rawang yang akan menamatkan zaman persekolahannya di sini.
Nampak gaya.. hasrat tersebut masih belum kesampaian.
Menurut beliau, kebolehan akademik semata-mata masih belum boleh menjamin kejayaan seseorang pelajar untuk berjaya dalam satu-satu sesi temuduga.
Seseorang calon temuduga harus mempersiapkan diri mereka dari segenap aspek termasuklah IQ, EQ dan Intelek. Sehingga kini beliau masih membuat kajian tentang perkara ini.

Walau bagaimanapun, kini sudah terdapat di pasaran sebuah panduan khas untuk menghadiri temuduga tulisan saudara Jamaluddin Bahari.
Dalam bukunya, beliau antara lain menjelaskan mengapa ramai calon yang ditemuduga gagal dalam sesi temuduga mereka. Antaranya ialah:

  1. 90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya
  2. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
  3. Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel
  4. Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.
Seterusnya beliau telah memberikan beberapa teknik rahsia beliau untuk berjaya dalam temuduga berdasarkan:
  • Pengalaman sendiri lebih daripada 100 orang dan mereka yang telah lulus temuduga dan kini bekerja di sektor awam di pelbagai kementerian dan juga jabatan kerajaan.
  • Rahsia yang didedahkan sendiri oleh bekas-bekas panel penemuduga berdasarkan pengalaman mereka sendiri ketika menemuduga calon.
  • Kajian terperinci beliau selama 7 bulan mengenai bagaimana untuk lulus temuduga.
  • dan 'rahsia yang sebenarnya' iaitu rahsia yang dibongkarkan sendiri oleh seorang "otai" ataupun pakar yang mana kerjanya adalah sebagai penceramah dalam kursus dan bengkel buat para panel penemuduga selama beberapa tahun sehinggalah masa ini.

... dan banyak lagi lah

Memang tak rugi untuk dapatkan e-book ini. Sangat sesuai untuk mereka yang akan menamatkan zaman persekolahan, kolej, universiti dan juga mereka yang baru kehilangan pekerjaan.

Untuk maklumat lanjut, klik kat sini >>> kliks

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP