Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Taman Botani Negara Shah Alam

>> Saturday, December 21, 2013

Cuti sekolah akhir tahun 2013 adalah masa yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti. Salah satu tempat menarik di lembah Klang yang boleh dikunjungi ialah Taman Botani Negara Shah Alam. Taman ini dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar Shah Alam.


Tiket yang dikenakan untuk masuk ke taman ini ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Taman ni berkonsepkan taman pertanian dan rekreasi dengan menyediakan banyak tempat-tempat menarik seperti taman pokok-pokok hiasan, taman haiwan, rumah iklim dan sebagainya.



Datang ke taman ni pada musim cuti sekolah kali ni menyaksikan agak banyak kekurangan berbanding 15 tahun yang lalu (kali terakhir berkunjung). Mungkin masih dalam proses pembinaan dan naik taraf. Tak tahu pula bila taman ini akan siap sepenuhnya.


Lokasi yang masih kekal seperti dulu ialah rumah iklim. Kami dapat masuk percuma tetapi kami tak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sebenar, kami hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan laluan tengah sahaja. Iklim ketika itu ialah musim salji dan ia disamakan dengan cuaca semasa di Jepun.



  


Lokasi lain yang terdapat di taman ini ialah taman haiwan, tetapi bilangan haiwan yang terdapat di sini amatlah sedikit. Taman haiwan ini hanya memiliki beberapa ekor kuda, burung merpati, burung kakak tua, burung merak dan rusa. Agak mengecewakan juga... tetapi oleh kerana niat kehadiran kami bukanlah semata-mata untuk melihat haiwan maka tak lah terasa sangat kekecewaan tersebut.



Aktiviti yang agak menyeronokkan di sini ialah aktiviti berbasikal. Basikal boleh disewa dengan kadar yang sederhana. Sewa untuk sebuah basikal yang agak baru ialah RM10 sejam dan untuk basikal yang agak lama kadar sewanya ialah RM5. Caj RM1 akan dikenakan untuk setiap sejam tambahan. Ok la tuu.. tapi kalau saya sekeluarga kos untuk sejam untuk 5 buah basikal lebih RM30... berbaloi tak?



Kesimpulannya, taman ini memang sangat sesuai untuk para pencinta alam dan pencinta aktiviti lasak kerana turut disediakan SkyWalker. Aktiviti ini perlu ditempah terlebih dahulu. Kunjungan ketika ini agak kurang memuaskan berbanding ketika 15 tahun yang lalu. Kami harap pihak pengurusan TBNSA dapat menyiapkan segera kerja-kerja penambaikan ini dalam kadar seberapa segera yang mungkin agar kegemilangan taman ini dahulu dapat dikembalikan. 


Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP