Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Tips Perjalanan Ke Sabah

>> Tuesday, July 17, 2012

Pada kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman perjalanan ke bumi Borneo iaitu Sabah.

Tanggungjawab saya di Kementerian Pelajaran Malaysia telah membolehkan saya mengembara ke banyak tempat termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi rasanya bagus juga kalau saya kongsikan serba sedikit info dan catatan pengalaman perjalanan tersebut. Mudah-mudahan ia dapat memberi panduan kepada sesiapa yang ingin memulakan perjalanan tetapi tak tahu bagaimana caranya. Dalam post kali ini InsyaAllah saya akan beri tips perjalanan yang paling rendah kosnya khususnya bagi sesiapa yang tak berapa nak cukup bajet tapi ingin nak berjalan ke tempat orang.

Jika dari KL kita mesti menggunakan perkhidmatan udara untuk ke Sabah, kalau dulu mungkin kita juga boleh menggunakan perkhidmatan feri Malaysia tetapi perkhidmatan ini telah lama dihentikan dan suka atau tidak kita terpaksa menggunakan perkhidmatan udara. So, kalau nak cari tambang murah kapal terbang pastilah Air Asia akan menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, kalau tak kena gaya tambang Air Asia juga akan melambung tinggi hampir sama harga dengan MAS terutamanya jika booking tarikh yang terlalu hampir dengan tarikh penerbangan. Sebaik-baiknya buatlah booking 6 bulan hingga 10 bulan sebelum tarikh penerbangan dan jangan lupa mendaftar sebagai ahli di AirAsia.com untuk sentiasa mendapat update promosi.





Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu anda boleh cari teksi airport untuk menuju ke KK.. mahal sikitla tambangnya lebih kurang RM30.. tapi mana-mana teksi airport pun memang mahal kan? kalau nak murah lagi boleh guna teksi sapu tapi ada risikola.. bila eksiden sia-sia! cara yang terbaik dan selamat ialah beli kupon di kaunter dan ambil teksi di luar terminal.. tambang yang diberi di kaunter adalah tambang sebenar dan bukan tambang tipu. Tapi ingat, kalau flight sampai lewat selepas 12 malam tambang teksi akan melambung naik sekali ganda, jadi kalau boleh jangan cari flight malam sebab ditakuti akan delay hingga lewat malam.

Selesai di airport, sekarang kita cari tempat menginap. Ada banyak pilihan penginapan di KK.. dari yang mahal bertaraf 5 bintang hingga yang bertaraf bajet. Saya akan tunjukkan yang bertaraf sederhana yang pernah saya bermalam di dalamnya.. yang paling mudah ialah Hotel Imperial International Kota Kinabalu (3 bintang).


Standard Superior

Lokasinya lebih kurang 10 minit dari airport dan lokasinya juga amat strategik. Berada di tengah bandaraya KK bersebelahan Centre Point Kota Kinabalu dan 3 minit berjalan kaki ke pasar filipin yang amat popular dalam kalangan pelancong dari semenanjung terutamanya yang gemarkan barang-barang perhiasan berasaskan mutiara dan juga hasil laut yang dikeringkan seperti ikan, sotong dan udang kering. Harganya memang berpatutan! sediakan saja duitnya bah!. Kalau nak makan jalan kaki saja ke Centre Point, sebuah pusat beli belah yang moden dan lengkap.. ada food court di aras paling bawah. Anggaran harga untuk bilik standard superior ialah antara RM130 hingga RM160 (boleh semak harga di www.agoda.com). Tapi harus diingat bahawa hotel ini adalah antara hotel yang sering penuh jika kita lewat membuat tempahan, buatlah tempahan awal selewat-lewatnya sebelum 6 bulan. Sekiranya masih penuh, anda bolehla meninjau hotel-hotel yang berhampiran seperti Imperial Boutec Hotel Waterfront, Myne Hotel dan The Klagan Hotel (semua berharga di bawah RM160 tapi saya belum pernah mencuba).

Dari segi kepuasan bolehla tahan.. sesuai dengan harganya.

Satu lagi alternatif ialah di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman. Ada banyak hotel di kompleks ini antaranya ialah Tune Hotel (3 bintang), Courtyard Hotel (3 bintang), Novotel Hotel (4 bintang), Grand Borneo Hotel (4 bintang), Borneo Holiday Homes @ 1Borneo Tower B Condominium (3 bintang), 1 Borneo Tower B Service Condominiums (3 bintang) dan lain-lain. Semua saya belum cuba.. yang saya dah cuba ialah Sabah Apartment Tower B iaitu sebuah apartment 2 bilik yang sesuai untuk 2 keluarga dengan jumlah ahli seramai 6 orang. Harga untuk satu malam ialah lebih kurang RM285.00 tetapi jika booking dengan Agoda.com (on-line) hanya RM245. Antara kemudahan yang disediakan ialah peralatan dapur untuk memasak, airconditioner, kolam renang dan gym. Astro tak ada.. kalau nak juga kena caj RM10 sehari. Wifi juga tidak disediakan.







Kelebihan menginap di 1Borneo ialah kerana ia lengkap dengan semua kemudahan seperti shopping mall, bank, restoran dan lain-lain. Pendek kata semuanya ada dan tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan semua kemudahan. Lokasinya juga bersebelahan Universiti Malaysia Sabah. Perkhidmatan Shuttle Bus ke pusat bandar juga disediakan secara percuma.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP