Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus

>> Tuesday, April 26, 2011

Allah SWT telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah atau pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkannya. Justeru, jika ada pemimpin pasti akan ada yang dipimpin sebagaimana seorang raja yang memimpin rakyatnya (ada raja sebagai pemimpin dan ada rakyat sebagai yang dipimpin).

Dalam hal ini, manusia telah diberi tugas untuk memimpin makhluk-makhluk lain yang turut menghuni dunia ini. Makhluk-makhluk tersebut adalah seperti binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, sungai-sungai dan juga makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin dan syaitan. Oleh itu, memang terdapat contact antara manusia dan jin atas fitrah manusia sebagai pemimpin dan jin sebagai yang dipimpin.

Hakikat kewujudan jin dan syaitan memang tidak dapat disangkal lagi kerana banyak terdapat nas-nas sama ada dari Al-Quran atau Hadis-hadis yang menyatakan tentang kewujudannya (rujuk post saya sebelum ini). Oleh kerana ia turut menghuni dunia ini maka ia telah tertakluk di bawah prinsip naungan kepimpinan manusia.

Manusia yang menyedari hakikat ini tidak akan berasa lemah bila berhadapan dengan makhluk-makhluk halus ini. Bahkan sesetengah manusia yang benar-benar faham kedudukannya di kalangan makhluk jin boleh menundukkan mereka dengan begitu mudah sekali. Nama besar seperti Sheikh Wahid Abd Salam Bali adalah individu yang digeruni namanya di kalangan masyarakat jin.

Fenomena jin gentar atau takut kepada manusia-manusia yang tertentu menunjukkan adanya contact antara kedua-dua makhluk ini. Cuma yang berbeza adalah cara contact itu berlaku. Ada antaranya melalui kaedah bunyi,  rasa, pengelihatan, mimpi dan sebagainya.

Dr Amran Kasimin banyak menyatakan tentang fenomena hubungan antara jin dan manusia melalui buku-bukunya tentang jin dan sihir. Di mana beliau menyatakan bahawa manusia boleh melihat makhluk halus khususnya jin dalam beberapa keadaan berikut:

  1. Sakit: manusia yang sakit dan pernah atau sedang dirasuk oleh jin mampu untuk melihat makhluk tersebut. Definisi sakit di sini termasuklah mereka yang memiliki saka sama ada disedari atau tidak disedari.
  2. Mempelajari ilmu sihir: mereka yang memang niat mempelajari sihir sememangnya mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan terutamanya jin atau syaitan yang diseru untuk bersekongkol dengannya.
  3. Anak-anak kecil: usia semuda ini di mana kekuatan rohnya masih ditahap yang paling lemah memang mudah untuk diganggu oleh jin. Dalam keadaan-keadaan tertentu gangguan tersebut akan menyebabkan anak-anak kecil ini terlihat makhluk-makhluk ini dalam keadaan rupanya yang menakutkan.
  4. Orang-orang soleh: sesetengah manusia yang mempunyai kekuatan roh yang amat tinggi hasil daripada amal ibadah dan taqarrub ilallah juga mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan. Kebolehan ini bukanlah satu kekurangan sebagaimana manusia dalam kategori sakit tetapi ia adalah satu anugerah Allah terhadap hambaNya. Kemampuan golongan ini untuk melihat makhluk halus merupakan senjata yang ampuh untuk menundukkannya.
  5. Mukjizat: golongan nabi dan rasul memang tidak dapat dinafikan memiliki kelebihan ini. Kemuncak zaman rasul memerintah jin adalah pada zaman nabi Sulaiman a.s.  Baginda mampu untuk memerintahkan ketua jin yang paling kuat iaitu Ifrit dalam banyak perkara. 
Jelaslah kepada kita bahawa manusia sememang mempunyai kemampuan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan jin dan syaitan. Dan memang itulah yang dilakukan oleh para ahli sihir (bahasa kita selalu dipanggil bomoh atau pawang) untuk memiliki kekuatan mereka.

Perjanjian antara keduanya akan dilakukan di mana si bomoh akan menunaikan tuntutan jin untuk melakukan perbuatan syirik dan si jin pula akan menurut perintah si bomoh untuk melakukan perkara-perkara yang mencarik adat. Semakin tinggi atau besar syirik yang dilakukan oleh si bomoh maka akan bertambahlah kekuatan sihirnya. Terdapat kes di negara jiran kita di mana seorang bomoh itu telah menjadikan Al-Quran sebagai selipar untuk ke tandas dan sanggup membunuh manusia lain untuk dijadikan sebagai persembahan kepada jin tersebut.

Akibatnya jin akan merasa seronok dengan kekufuran manusia tersebut seterusnya akan menjanjikan sesuatu kehebatan kepadanya. Kita manusia biasa yang terdesak selalunya bertemu dengan bomoh ini untuk meminta bantuan iaitu dengan orang yang telah syirik besar terhadap Tuhannya. Kita selalu terperangkap di sini. Inilah tipu daya syaitan.

Tentang persoalan dialog B, ia memang jelas tidak tepat kerana mempercayai kewujudan perbomohan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya tidak menyebabkan syirik kerana banyak dinyatakan dalam Al-Quran dalil tentang kewujudan ilmu sihir atau perbomohan. Yang menjadi syirik ialah jika kita pergi kepada bomoh ini dan tunduk melaksanakan apa yang diperintahkan olehnya seperti membuat persembahanan hidangan tertentu di tempat-tempat tertentu dengan niat untuk menjamu makhluk halus tertentu dengan harapan makhluk-makhluk ini akan memberi bantuan.

Sekiranya dialog ini disebut dalam lakonan terdapat pendapat yang berbeza mengenainya. Ada yang mengharuskan demi untuk tujuan pendidikan dan ada juga yang tidak mengharuskan.

Wallahua'lam.

Read more...

Komen Tentang Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus dan Gangguannya Menurut Islam

Seorang pembaca blog ini telah menulis komen dengan agak panjang lebar tentang post saya sebelum ini yang bertajuk: Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus Dan Gangguannya Menurut Islam.
Saya akan respon pada post saya yang seterusnya.

Sila ikuti komennya:

assalamualaikum..sy tertarik dgn komen johnensem terutama pada ayat ‘tp untuk melihat, berhubung dengan makhluk ini sama sekali saya tidak percaya...pada pendapat saya kepercayaan boleh berhubung atau melihat dengan makhluk ini lah yang dikatakan amalan khurafat dan syirik’.
Sy x pasti,sama ada/mgkin johnensem mmpunyai maksud yg lain yg tidak dihuraikan scara mndalam krn ayat itu kelihatan trlalu umum. Tp izinkan sy mmberi pndapat.

Pndapat sy, manusia bole melihat/berhubung dgn makhluk halus melalui kadedah/peristiwa tertntu dan itu boleh terjadi dgn kehendak Allah juga.dan ini perlu dipercayai. Ia x semestinya khurafat/syirik. Yg mnjadikannya khurafat/syirik ialah cara/tujuan/kaedah ia berlaku. Jika kita skadar mngatakan ‘tidak percaya’ tnpa huraian jelas, ia seakan2 terlalu umum dan bole mnjadi salah maksud. Disini sy pastekan 1 artkel dr 1 website dimana Sumbernya : Buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus; Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. :

Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu Rasulullah SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia dapati berada dalam masyarakat seperti manusia tetapi penuh dengan keganjilan.

Khurafah dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntu dia dibalas bunuh. Khurafah dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadlan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukan hujah dan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (Bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita (Bunian) tetapi membunuh musuh di alamnya". Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Rasulullah, ramai para sahabat mempertikaikannya. Rasulullah SAW berkata :-


Ertinya : "Khurafah (bercakap) benar... [1]

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya Khurafat. Asal istilah Khurafat itu adalah kisah benar daripada individu yang bernama Khurafah.
--------
Rasulullah sndiri mengakui manusia boleh melihat/berhubung dgn makhluk halus, jd mengapa harus kita menafikannya?

Begitu juga dgn peranan perawat2 alternatif islam. Dlm usaha mngubati pesakit yg trkna gngguan jin/syaitan, ada msnya berlaku perhubungan komunikasi dgn mkhluk halus. Dan tntulah kaedah rwtan tu x khurafat/syirik.

Yg mnjadikannya perbuatan itu syirik adalah sprti amalan2 perbomohan yg memohon pertolongan jin/syaitan, berdmping dgn mkhluk halus utk mndpt faedah. Ini barulah perhubungan yg salah dan mmbawa syirik.

Kdg2 smasa mnonton lakonan tv, ada 2 dialog yg sering kita dgr :

A: apa kata kita bomoh/santaukan dia?
B: eh, jgn percaya bnda camtu, syirik!!

Atau

A: agaknya, dia kena bomoh/santau tak?
B: eh, jgn percaya bnda camtu, syirik!!

Ada prbezaan bsr kat dialog tu. Yg pertama, si A mmg ptt ditegur sbb dia bercadang melakukan kerja syirik. Tp yg kedua, si A xnmpak pun mahu melakukan kerja syirik. Yg si A maksudkan, dia percaya amalan perbomohan/sntau /ilmu hitam tu mmg wujud dan bole mnggangu manusia. Jd kalau bole ustaz2 huraikan, apa hukum dialog si B dlm situasi kedua?kalau dlm lakonan pula bgaimana..

10q..

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP