Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus
>> Tuesday, April 26, 2011
Allah SWT telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah atau pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkannya. Justeru, jika ada pemimpin pasti akan ada yang dipimpin sebagaimana seorang raja yang memimpin rakyatnya (ada raja sebagai pemimpin dan ada rakyat sebagai yang dipimpin).
Dalam hal ini, manusia telah diberi tugas untuk memimpin makhluk-makhluk lain yang turut menghuni dunia ini. Makhluk-makhluk tersebut adalah seperti binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, sungai-sungai dan juga makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin dan syaitan. Oleh itu, memang terdapat contact antara manusia dan jin atas fitrah manusia sebagai pemimpin dan jin sebagai yang dipimpin.
Hakikat kewujudan jin dan syaitan memang tidak dapat disangkal lagi kerana banyak terdapat nas-nas sama ada dari Al-Quran atau Hadis-hadis yang menyatakan tentang kewujudannya (rujuk post saya sebelum ini). Oleh kerana ia turut menghuni dunia ini maka ia telah tertakluk di bawah prinsip naungan kepimpinan manusia.
Manusia yang menyedari hakikat ini tidak akan berasa lemah bila berhadapan dengan makhluk-makhluk halus ini. Bahkan sesetengah manusia yang benar-benar faham kedudukannya di kalangan makhluk jin boleh menundukkan mereka dengan begitu mudah sekali. Nama besar seperti Sheikh Wahid Abd Salam Bali adalah individu yang digeruni namanya di kalangan masyarakat jin.
Fenomena jin gentar atau takut kepada manusia-manusia yang tertentu menunjukkan adanya contact antara kedua-dua makhluk ini. Cuma yang berbeza adalah cara contact itu berlaku. Ada antaranya melalui kaedah bunyi, rasa, pengelihatan, mimpi dan sebagainya.
Dr Amran Kasimin banyak menyatakan tentang fenomena hubungan antara jin dan manusia melalui buku-bukunya tentang jin dan sihir. Di mana beliau menyatakan bahawa manusia boleh melihat makhluk halus khususnya jin dalam beberapa keadaan berikut:
- Sakit: manusia yang sakit dan pernah atau sedang dirasuk oleh jin mampu untuk melihat makhluk tersebut. Definisi sakit di sini termasuklah mereka yang memiliki saka sama ada disedari atau tidak disedari.
- Mempelajari ilmu sihir: mereka yang memang niat mempelajari sihir sememangnya mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan terutamanya jin atau syaitan yang diseru untuk bersekongkol dengannya.
- Anak-anak kecil: usia semuda ini di mana kekuatan rohnya masih ditahap yang paling lemah memang mudah untuk diganggu oleh jin. Dalam keadaan-keadaan tertentu gangguan tersebut akan menyebabkan anak-anak kecil ini terlihat makhluk-makhluk ini dalam keadaan rupanya yang menakutkan.
- Orang-orang soleh: sesetengah manusia yang mempunyai kekuatan roh yang amat tinggi hasil daripada amal ibadah dan taqarrub ilallah juga mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan. Kebolehan ini bukanlah satu kekurangan sebagaimana manusia dalam kategori sakit tetapi ia adalah satu anugerah Allah terhadap hambaNya. Kemampuan golongan ini untuk melihat makhluk halus merupakan senjata yang ampuh untuk menundukkannya.
- Mukjizat: golongan nabi dan rasul memang tidak dapat dinafikan memiliki kelebihan ini. Kemuncak zaman rasul memerintah jin adalah pada zaman nabi Sulaiman a.s. Baginda mampu untuk memerintahkan ketua jin yang paling kuat iaitu Ifrit dalam banyak perkara.
Perjanjian antara keduanya akan dilakukan di mana si bomoh akan menunaikan tuntutan jin untuk melakukan perbuatan syirik dan si jin pula akan menurut perintah si bomoh untuk melakukan perkara-perkara yang mencarik adat. Semakin tinggi atau besar syirik yang dilakukan oleh si bomoh maka akan bertambahlah kekuatan sihirnya. Terdapat kes di negara jiran kita di mana seorang bomoh itu telah menjadikan Al-Quran sebagai selipar untuk ke tandas dan sanggup membunuh manusia lain untuk dijadikan sebagai persembahan kepada jin tersebut.
Akibatnya jin akan merasa seronok dengan kekufuran manusia tersebut seterusnya akan menjanjikan sesuatu kehebatan kepadanya. Kita manusia biasa yang terdesak selalunya bertemu dengan bomoh ini untuk meminta bantuan iaitu dengan orang yang telah syirik besar terhadap Tuhannya. Kita selalu terperangkap di sini. Inilah tipu daya syaitan.
Tentang persoalan dialog B, ia memang jelas tidak tepat kerana mempercayai kewujudan perbomohan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya tidak menyebabkan syirik kerana banyak dinyatakan dalam Al-Quran dalil tentang kewujudan ilmu sihir atau perbomohan. Yang menjadi syirik ialah jika kita pergi kepada bomoh ini dan tunduk melaksanakan apa yang diperintahkan olehnya seperti membuat persembahanan hidangan tertentu di tempat-tempat tertentu dengan niat untuk menjamu makhluk halus tertentu dengan harapan makhluk-makhluk ini akan memberi bantuan.
Sekiranya dialog ini disebut dalam lakonan terdapat pendapat yang berbeza mengenainya. Ada yang mengharuskan demi untuk tujuan pendidikan dan ada juga yang tidak mengharuskan.
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment