Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

>> Sunday, October 16, 2011

Read more...

Saya Kembali...

>> Tuesday, October 11, 2011

Sudah agak lama saya tak update blog ni.. namun ia tak bermakna saya dah berhenti dari menulis, cuma kekangan masa yang tidak mengizinkan saya untuk duduk di hadapan laptop dalam jangka masa yang lama.


Semasa Ramadan yg lalu saya telah diuji oleh Allah SWT dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan terutamanya 10 hari terakhir Ramadan. Ketika itu badan rasa seperti demam.. menggigil, sakit-sakit sendi,  pening kepala dan kadang-kadang migrain tetapi suhu badan tidak panas menyebabkan doktor tidak mengatakan bahawa saya demam. Ketika itu saya hanya mampu untuk bangun selepas pukul 1:00 pg untuk solat Isyak dan Tarawikh semampunya kerana ubat yang dimakan selepas berbuka puasa hanya memberi kesan selepas 4 ke 5 jam selepas itu. Nampaknya fadhilat dan kelebihan 10 malam terakhir Ramadan tidak dapat direbut sepenuhnya.

Eidul Fitri: pengumuman PM memberi setengah bonus setengah bulan gaji benar-benar tidak dijangka dan amat melegakan. Sedikit sebanyak ia telah dapat membantu meringankan beban membuat persiapan hari raya yang semakin lama semakin tinggi kosnya. Harga ayam ketika itu RM8.50 sekilo jauh lebih mahal berbanding tahun lalu (dalam lingkungan RM6.50/kg). Inilah isu utama ketika ini.. dan mungkin isu kos sara hidup serta beban ekonomi rakyat ini yang akan menjadi penentu kemenangan/kekalahan BN dalam PRU yang akan datang ini.

Selepas raya terpaksa out station di pantai timur selama 2 minggu berturut-turut atas urusan rasmi tugas. Amat meletihkan kerana jarak yang jauh ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang masih kurang memuaskan.


Red Kingdom Solutions: Ini adalah nama perniagaan yang didaftarkan atas nama adik saya. Ini saya kira sebagai bantuan saya kepadanya untuk mengisi masa yang banyak terluang di rumah. Red Kingdom Solutions adalah perniagaan percetakan terutamanya offset dan inkjet printing. Offset printing secara mudahnya ialah percetakan kertas seperti bizcard, poster, flyers, kad kahwin dsb. Manakala Inkjet ialah percetakan seperti membuat banner, bunting, backdrop dsb yang menggunakan material tarpaulin.

Jadi sekarang ni agak sibuk sedikit dengan beberapa urusan penting untuk setup syarikat ni.. mudah-mudahan satu hari nanti ia akan berkembang maju menjadi sebuah syarikat yang besar dan disegani. Saya akan cerita lanjut tentang Red Kingdom Solutions kemudian hari.

Antara backrop yang telah sempurna disiapkan kepada pelanggan


Banner iklan

Bizcard

Bagi sesiapa yang ingin maklumat lanjut tentang servis printing boleh menghubungi saya. Diskaun sehingga 10% akan diberikan!

Jumpa lagi.

Read more...

Amalan Di Nisfu Sya'ban

>> Thursday, July 14, 2011

Antara amalan yang boleh dilakukan ketika Nifu Sya'ban ialah menghidupkan malam dengan membaca surah Yasin 3 kali dan berdoa supaya panjang umur, murah rezeki dan tetapkan iman.

Walau bagaimanapun terdapat khilafiah dalam perkara ni, maknanya tidak semua ulamak berpendapat sedemikian cuma kita tidak boleh beriktikad bahawa hanya malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.

Di bulan ni juga kita digalakkan berpuasa sunat kecuali pada hari syak iaitu 30hb Sya'ban.

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus)

Read more...

Pendakwah atau Pendak'wang'

>> Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah kini kita akan menghampiri setengah Sya'ban dan tak lama lagi akan menempuh bulan yang penuh keberkatan bulan Ramadan.


Mengimbas kenangan saya menyambut Ramadan di Lembaga Peperiksaan ... diam tak diam dah masuk Ramadan ke tiga saya di sini.

Satu kenangan yang tak dpt dilupakan hingga sekarang ialah ketika kami (Unit Agama) dipertanggungjawabkan untuk mengadakan satu ceramah sempena menyambut Nuzul Quran. Kami telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menjemput seorang penceramah terkenal yang selalu muncul di kaca TV.. (tak payah sebutlah namanya di sini.. tak baik mendedahkan keaiban orang lain).

Nak dijadikan cerita, si 'ustaz' ni adalah kawan sepengajian Abey saya di Unit ni ketika mengaji di Mesir dahulu. Menurut Abey dia memang seorang yang baik dan peramah dan dia rasa tak ada masalah untuk menghubungi dan menjemputnya untuk memberikan ceramah melihat kepada hubungannya sebelum ini.

Dipendekkan cerita, Abey telah dapat menghubunginya dan telah bersetuju dengan undangan tersebut dengan sedikit adjustment memandangkan dia juga ada sesi rakaman dengan sebuah stesyen televisyen. Maka kami pun telah mengadakan promosi yang bolehlah dikatakan agak besar-besaran.. kad jemputan, flyers dan poster di mana-mana dengan menyebut bahawa seorang personaliti pendakwah terkenal akan hadir menyampaikan ceramahnya.

Masa tinggal sehari, tiba-tiba si ustaz ni menghubungi Abey dan menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir kerana memenuhi sesi rakaman dengan stesen TV tersebut. Apa lagi, Abey pun macam nak luruh jantungnya kerana memikirkan siapa yang akan jadi pengganti.. Masa tak sampai sehari! semua orang dah teruja untuk hadir mendengar ceramah dari seorang personaliti terkenal.. nak ganti siapa?

Abey pun telefon sana sini mencari pengganti.. tetapi malang masa telah suntuk dan tak ada siapa pun yang sanggup. Mujur ada seorang motivator muda yang sedang meningkat naik namanya sudi untuk hadir .. (terima kasih Sdr Amin Idris)

Itulah satu hakikat yang terpaksa kami lalui.

Rupa-rupanya kerenah pendakwah-pendakwah popular ni kebanyakannya sama sahaja.

Pernah berlaku seorang pendakwah terkenal yang telah bersetuju dengan jemputan sebuah masjid telah membatalkan kehadirannya semata-mata memenuhi undangan dari negara Brunei. Maklumlah kalau kerajaan Brunei yang jemput pasti yang 'masyuuk' juga lebih lumayan dan mewah!!

Pengajarannya: Apabila seseorang telah dikaburi dengan wang ringgit maka prinsip asal untuk berdakwah sanggup ditolak ketepi. Bahkan sanggup mungkir janji. Apa yang dikata dalam ceramah berbeza sekali di luar ceramah.. isyh isyh

Bertaubatlah kerana orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya (tahu bahawa mungkir janji itu sebahagian sifat munafik tetapi masih mungkir janji) maka balasannya lebih pedih dari orang jahil yang melakukan kesalahan yang sama.

Semoga Ramadan kali ini tidak lagi berlku perkar sedemikian.

* tidak semua pendakwah terkenal bersikap sedemikian, mungkin hanya segelintir yang telah terlupa dan terlalai. Sama-samalah kita ingat mengingati.

Read more...

Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus

>> Tuesday, April 26, 2011

Allah SWT telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah atau pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkannya. Justeru, jika ada pemimpin pasti akan ada yang dipimpin sebagaimana seorang raja yang memimpin rakyatnya (ada raja sebagai pemimpin dan ada rakyat sebagai yang dipimpin).

Dalam hal ini, manusia telah diberi tugas untuk memimpin makhluk-makhluk lain yang turut menghuni dunia ini. Makhluk-makhluk tersebut adalah seperti binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, sungai-sungai dan juga makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin dan syaitan. Oleh itu, memang terdapat contact antara manusia dan jin atas fitrah manusia sebagai pemimpin dan jin sebagai yang dipimpin.

Hakikat kewujudan jin dan syaitan memang tidak dapat disangkal lagi kerana banyak terdapat nas-nas sama ada dari Al-Quran atau Hadis-hadis yang menyatakan tentang kewujudannya (rujuk post saya sebelum ini). Oleh kerana ia turut menghuni dunia ini maka ia telah tertakluk di bawah prinsip naungan kepimpinan manusia.

Manusia yang menyedari hakikat ini tidak akan berasa lemah bila berhadapan dengan makhluk-makhluk halus ini. Bahkan sesetengah manusia yang benar-benar faham kedudukannya di kalangan makhluk jin boleh menundukkan mereka dengan begitu mudah sekali. Nama besar seperti Sheikh Wahid Abd Salam Bali adalah individu yang digeruni namanya di kalangan masyarakat jin.

Fenomena jin gentar atau takut kepada manusia-manusia yang tertentu menunjukkan adanya contact antara kedua-dua makhluk ini. Cuma yang berbeza adalah cara contact itu berlaku. Ada antaranya melalui kaedah bunyi,  rasa, pengelihatan, mimpi dan sebagainya.

Dr Amran Kasimin banyak menyatakan tentang fenomena hubungan antara jin dan manusia melalui buku-bukunya tentang jin dan sihir. Di mana beliau menyatakan bahawa manusia boleh melihat makhluk halus khususnya jin dalam beberapa keadaan berikut:

  1. Sakit: manusia yang sakit dan pernah atau sedang dirasuk oleh jin mampu untuk melihat makhluk tersebut. Definisi sakit di sini termasuklah mereka yang memiliki saka sama ada disedari atau tidak disedari.
  2. Mempelajari ilmu sihir: mereka yang memang niat mempelajari sihir sememangnya mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan terutamanya jin atau syaitan yang diseru untuk bersekongkol dengannya.
  3. Anak-anak kecil: usia semuda ini di mana kekuatan rohnya masih ditahap yang paling lemah memang mudah untuk diganggu oleh jin. Dalam keadaan-keadaan tertentu gangguan tersebut akan menyebabkan anak-anak kecil ini terlihat makhluk-makhluk ini dalam keadaan rupanya yang menakutkan.
  4. Orang-orang soleh: sesetengah manusia yang mempunyai kekuatan roh yang amat tinggi hasil daripada amal ibadah dan taqarrub ilallah juga mampu untuk melihat makhluk jin atau syaitan. Kebolehan ini bukanlah satu kekurangan sebagaimana manusia dalam kategori sakit tetapi ia adalah satu anugerah Allah terhadap hambaNya. Kemampuan golongan ini untuk melihat makhluk halus merupakan senjata yang ampuh untuk menundukkannya.
  5. Mukjizat: golongan nabi dan rasul memang tidak dapat dinafikan memiliki kelebihan ini. Kemuncak zaman rasul memerintah jin adalah pada zaman nabi Sulaiman a.s.  Baginda mampu untuk memerintahkan ketua jin yang paling kuat iaitu Ifrit dalam banyak perkara. 
Jelaslah kepada kita bahawa manusia sememang mempunyai kemampuan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan jin dan syaitan. Dan memang itulah yang dilakukan oleh para ahli sihir (bahasa kita selalu dipanggil bomoh atau pawang) untuk memiliki kekuatan mereka.

Perjanjian antara keduanya akan dilakukan di mana si bomoh akan menunaikan tuntutan jin untuk melakukan perbuatan syirik dan si jin pula akan menurut perintah si bomoh untuk melakukan perkara-perkara yang mencarik adat. Semakin tinggi atau besar syirik yang dilakukan oleh si bomoh maka akan bertambahlah kekuatan sihirnya. Terdapat kes di negara jiran kita di mana seorang bomoh itu telah menjadikan Al-Quran sebagai selipar untuk ke tandas dan sanggup membunuh manusia lain untuk dijadikan sebagai persembahan kepada jin tersebut.

Akibatnya jin akan merasa seronok dengan kekufuran manusia tersebut seterusnya akan menjanjikan sesuatu kehebatan kepadanya. Kita manusia biasa yang terdesak selalunya bertemu dengan bomoh ini untuk meminta bantuan iaitu dengan orang yang telah syirik besar terhadap Tuhannya. Kita selalu terperangkap di sini. Inilah tipu daya syaitan.

Tentang persoalan dialog B, ia memang jelas tidak tepat kerana mempercayai kewujudan perbomohan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya tidak menyebabkan syirik kerana banyak dinyatakan dalam Al-Quran dalil tentang kewujudan ilmu sihir atau perbomohan. Yang menjadi syirik ialah jika kita pergi kepada bomoh ini dan tunduk melaksanakan apa yang diperintahkan olehnya seperti membuat persembahanan hidangan tertentu di tempat-tempat tertentu dengan niat untuk menjamu makhluk halus tertentu dengan harapan makhluk-makhluk ini akan memberi bantuan.

Sekiranya dialog ini disebut dalam lakonan terdapat pendapat yang berbeza mengenainya. Ada yang mengharuskan demi untuk tujuan pendidikan dan ada juga yang tidak mengharuskan.

Wallahua'lam.

Read more...

Komen Tentang Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus dan Gangguannya Menurut Islam

Seorang pembaca blog ini telah menulis komen dengan agak panjang lebar tentang post saya sebelum ini yang bertajuk: Kepercayaan Terhadap Kewujudan Makhluk Halus Dan Gangguannya Menurut Islam.
Saya akan respon pada post saya yang seterusnya.

Sila ikuti komennya:

assalamualaikum..sy tertarik dgn komen johnensem terutama pada ayat ‘tp untuk melihat, berhubung dengan makhluk ini sama sekali saya tidak percaya...pada pendapat saya kepercayaan boleh berhubung atau melihat dengan makhluk ini lah yang dikatakan amalan khurafat dan syirik’.
Sy x pasti,sama ada/mgkin johnensem mmpunyai maksud yg lain yg tidak dihuraikan scara mndalam krn ayat itu kelihatan trlalu umum. Tp izinkan sy mmberi pndapat.

Pndapat sy, manusia bole melihat/berhubung dgn makhluk halus melalui kadedah/peristiwa tertntu dan itu boleh terjadi dgn kehendak Allah juga.dan ini perlu dipercayai. Ia x semestinya khurafat/syirik. Yg mnjadikannya khurafat/syirik ialah cara/tujuan/kaedah ia berlaku. Jika kita skadar mngatakan ‘tidak percaya’ tnpa huraian jelas, ia seakan2 terlalu umum dan bole mnjadi salah maksud. Disini sy pastekan 1 artkel dr 1 website dimana Sumbernya : Buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus; Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. :

Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu Rasulullah SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia dapati berada dalam masyarakat seperti manusia tetapi penuh dengan keganjilan.

Khurafah dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntu dia dibalas bunuh. Khurafah dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadlan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukan hujah dan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (Bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita (Bunian) tetapi membunuh musuh di alamnya". Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Rasulullah, ramai para sahabat mempertikaikannya. Rasulullah SAW berkata :-


Ertinya : "Khurafah (bercakap) benar... [1]

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya Khurafat. Asal istilah Khurafat itu adalah kisah benar daripada individu yang bernama Khurafah.
--------
Rasulullah sndiri mengakui manusia boleh melihat/berhubung dgn makhluk halus, jd mengapa harus kita menafikannya?

Begitu juga dgn peranan perawat2 alternatif islam. Dlm usaha mngubati pesakit yg trkna gngguan jin/syaitan, ada msnya berlaku perhubungan komunikasi dgn mkhluk halus. Dan tntulah kaedah rwtan tu x khurafat/syirik.

Yg mnjadikannya perbuatan itu syirik adalah sprti amalan2 perbomohan yg memohon pertolongan jin/syaitan, berdmping dgn mkhluk halus utk mndpt faedah. Ini barulah perhubungan yg salah dan mmbawa syirik.

Kdg2 smasa mnonton lakonan tv, ada 2 dialog yg sering kita dgr :

A: apa kata kita bomoh/santaukan dia?
B: eh, jgn percaya bnda camtu, syirik!!

Atau

A: agaknya, dia kena bomoh/santau tak?
B: eh, jgn percaya bnda camtu, syirik!!

Ada prbezaan bsr kat dialog tu. Yg pertama, si A mmg ptt ditegur sbb dia bercadang melakukan kerja syirik. Tp yg kedua, si A xnmpak pun mahu melakukan kerja syirik. Yg si A maksudkan, dia percaya amalan perbomohan/sntau /ilmu hitam tu mmg wujud dan bole mnggangu manusia. Jd kalau bole ustaz2 huraikan, apa hukum dialog si B dlm situasi kedua?kalau dlm lakonan pula bgaimana..

10q..

Read more...

Membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam Ting. 1 Hingga 5 Tidak Sampai 3 Minit!!

>> Thursday, March 17, 2011

Membina rancangan pengajaran harian (RPH) bagi guru-guru bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan bertambahnya beban guru dari semasa ke semasa menyebabkan kebanyakan guru tidak mampu menyediakan satu perancangan yang teliti untuk setiap P&P mereka.

Akibatnya, kebanyakan guru mengajar tanpa RPH. Mengajar tanpa RPH seolah-olah seperti berjalan tanpa lampu di waktu malam. Guru tidak mempunyai fokus dan pelajar pula akan mudah merasa bosan serta sukar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru tersebut.

Melihat keadaan ini, saya dan seorang sahabat lama saya yang kini menetap di Sabah telah membangunkan sebuah perisian bagaimana seorang guru pendidikan Islam (Sekolah Menengah) dapat membina sebuah RPH yang lengkap hanya dengan beberapa klik sahaja. Saksikan video di bawah:



Perisian atau aplikasi Rancangan Pengajaran Pendidikan Islam v1.0.0 di atas dihasilkan adalah untuk membantu memudahkan para guru pendidikan Islam tingkatan satu hingga lima dalam penyediaan rancangan pengajaran harian dengan lebih mudah dan cepat.

Walau bagaimanapun, semua bahan yang terdapat dalam aplikasi ini hanya merupakan cadangan penyediaan rancangan pengajaran harian, pengguna boleh menggunakan terus cadangan tersebut atau mengubah suai mengikut kesesuaian pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi ini menyediakan template rancangan pengajaran tingkatan satu hingga tingkatan lima mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Berapa Kos Untuk Mendapatkan Perisian Ini?

Harga untuk mendapatkan perisian ini ialah sebanyak RM20 untuk setiap tingkatan. Sekiranya anda hanya ingin RPH tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja anda hanya perlu membayar sebanyak RM60 (tawaran harga ini telah tamat sehingga 29 Februari 2012).

Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang membeli satu set lengkap tingkatan 1 hingga 5 anda akan mendapat diskaun 50% iaitu RM50 bagi kesemua tingkatan. Promosi ini hanya sah sehingga 30 April 2011. Kini harganya telah meningkat menjadi RM60. Tawaran harga ini juga tidak kekal lama, mungkin hingga 31 Mei 2011.

Kini harganya telah meningkat menjadi RM70 (bermula 1 Mac 2012) untuk kelima-lima tingkatan. Sampai bila harga ni? mungkin hingga sampai hujung tahun 2012.

Adakah Berbaloi Membeli Software Ini?

... Memang berbaloi!

Cuba bayangkan berapa banyak masa yang anda boleh jimatkan, anda tidak lagi perlu bersusah payah memerah otak dan tenaga untuk merangka RPH anda. Anda hanya perlu lihat dan edit ikut keperluan anda.

Cuba bayangkan usaha yang telah dicurahkan oleh kami untuk membina software ini bermula dari menulis kandungan RPH itu sendiri dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sehinggalah membuat programing agar ia mudah digunakan oleh orang lain.

Cuba bayangkan berapa kos yang perlu anda keluarkan untuk mengupah seorang programmer untuk membina perisian ini... ? sudah pasti kos untuk mengupah seorang programmer akan menelan berlanja ribuan ringgit!

Harga yang sepatutnya kami letak untuk perisian ini ialah tidak kurang dari RM3 ribu! Tetapi kami telah menurunkannya serendah mungkin sehingga tidak mencecah RM100 kerana kami juga melihat usaha ini sebagai amal jariah kami membantu sesama GPI. Harga yang diletakkan itu hanya memadai untuk menampung kos pengurusan dan sedikit duit kopi setelah penat menghasilkannya.

Bagaimana Untuk Membeli?

1. Anda hanya perlu bank-in duit di akaun ini:  1474-0004685-20-5 CIMB atau 112017468796 Maybank atas nama Mohd Nazri Takuan.
2. SMS kepada saya (010-7949175) maklumat anda (nama penuh, tarikh & masa bank-in, jumlah RM, tingkatan yang dibeli) atau email kepada saya nazritakuan@yahoo.com.my
3. Perisian ini akan dihantar melalui email.

CEPAT ORDER SEKARANG!! HARGANYA AKAN MENINGKAT LAGI!

Read more...

Buku Perubatan Islam oleh DR Haron Din

>> Saturday, March 5, 2011


Buku ini bertajuk Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat Dan Doa-doa Mustajab. Ia adalah sebuah buku hasil tulisan Dato' Dr Haron Din yang terbaru. Ia amat ringkas tetapi padat untuk dijadikan panduan umat Islam dalam menangani pelbagai masalah penyakit terutamanya yang berpunca dari gangguan makhluk halus.

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din memang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya dalam bidang perubatan Islam. Banyak buku-buku berkaitan yang telah diterbitkan oleh beliau dan telah dijadikan rujukan utama terutamanya oleh pelajar-pelajar perubatan Islam di Darus Syfa', Bangi. Buku ini adalah antara yang terbaru dan mengandungi gabungan kedua-dua asas sepuluh pertama dan kedua (kedua-dua asas ini adalah asas ilmu utama yang diajar di Darus Syifa).

Buku ini kecil dan padat serta mudah dibawa ke mana-mana. Turut termuat di dalamnya ialah amanat dan nasihat tuan guru kepada sesiapa yang ingin mengamalkan perubatan Islam.

Bagi saya buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh semua umat Islam sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak terduga seterusnya dapat mengelakkan kita dari meminta bantuan bomoh atau dukun yang menggunakan ilmu sihir. Lazimnya bomoh atau dukun ini tidak akan mengaku bahawa mereka mengamalkan ilmu sihir atau meminta bantuan jin tetapi pada hakikatnya itulah yang sebenarnya.

Jadi, melalui buku ini kita akan dibimbing dan diajar cara yang betul serta kaedah-kaedah untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma'thur sebagai cara rawatan yang bersih dan jauh dari unsur-unsur syirik, Insya Allah.

Harga buku ini adalah sebanyak RM15, boleh didapati di kedai-kedai buku dan boleh juga dibeli melalui pos dengan harga yang sama + kos pos sebanyak RM2.50 = RM17.50

Kepada sesiapa yang ingin membeli buku ini bolehlah bank-in duit ke dalam akaun Maybank 112017468796 dan sahkan pembelian tersebut dengan mengisi borang di bawah. Isikan ruang komen dengan maklumat bank-in seperti jumlah, tarikh dan masa. 

Read more...

MEMORI BERSAMA SHEIKH2 DARI AL-AZHAR AL-SYARIF

>> Thursday, January 20, 2011

Memori bersama sheikh2 dari Al-Azhar Al-Syarif di pulau mutiara pada 4-9 Januari 2011 bersempena lawatan kerja mereka ke Lembaga Peperiksaan, KPM.

Di Taman Herba Batu Feringgi




Merasai kesegaran udara di dalam feri Pulau Pinang

Mungkin masjid di sini tidak seindah masjid di Mesir tetapi keunikan masjid yang 
terapung di atas air ini tetap menarik perhatian mereka

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP