Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

PELUANG KURSUS ICT DENGAN HARGA YANG AMAT BERPATUTAN!

>> Sunday, July 13, 2008

Pihak Jawatankuasa Perkembangan Staf SBPI Rawang akan menganjurkan beberapa siri kursus ICT kepada warga SBPI Rawang dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Antara kursus yang akan diadakan ialah;

1. Kursus Asas Membina Blog Peribadi (satu hari) - Yuran RM50.
2. Kursus Grafik (Asas Photoshop) (satu hari) - Yuran RM50.
3. Kursus Fotografi Digital (kesinambungan Kursus Grafik - satu hari) - Yuran RM50.
4. Kursus Asas SuntinganVideo (Studio 9 - satu hari) - Yuran RM50.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Ust. Nazri (012-2462151) e-mail: nazritakuan@yahoo.com.my

Read more...

Kursus Aplikasi ICT dalam P&P

Akhirnya sempurna juga siri Kursus Aplikasi ICT dalam P&P pada 11/7/08 yang lalu. Kursus yang diadakan pada 13, 20 Jun (petang Jumaat) dan diakhiri pada 11/7/08 adalah kesinambungan kursus yang sama yang pernah dianjurkan oleh PPD Gombak tahun lepas.

Kursus selama 6 jam ini telah memberi pendedahan kepada guru-guru SBPI Rawang berkenaan penggunaan Mod ICT dalam P&P secara sistematik dan betul. Walaupun secara rasminya ia diadakan hanya selama 6 jam tetapi sebenarnya ia telah berlangsung selama sebulan kerana bimbingan sentiasa diberikan kepada peserta menerusi talian internet terutamanya penggunaan e-mail, seperti penghantaran nota kursus, semakan tugasan dan pembetulan.

Mudah-mudahan ia dapat memberi banyak manfaat kepada guru. Hanya inilah sahaja yang termampu saya sumbangkan kepada sekolah selaku Jurulatih Utama ICT Daerah Gombak.








Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP