Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Kursus Aplikasi ICT dalam P&P

>> Sunday, July 13, 2008

Akhirnya sempurna juga siri Kursus Aplikasi ICT dalam P&P pada 11/7/08 yang lalu. Kursus yang diadakan pada 13, 20 Jun (petang Jumaat) dan diakhiri pada 11/7/08 adalah kesinambungan kursus yang sama yang pernah dianjurkan oleh PPD Gombak tahun lepas.

Kursus selama 6 jam ini telah memberi pendedahan kepada guru-guru SBPI Rawang berkenaan penggunaan Mod ICT dalam P&P secara sistematik dan betul. Walaupun secara rasminya ia diadakan hanya selama 6 jam tetapi sebenarnya ia telah berlangsung selama sebulan kerana bimbingan sentiasa diberikan kepada peserta menerusi talian internet terutamanya penggunaan e-mail, seperti penghantaran nota kursus, semakan tugasan dan pembetulan.

Mudah-mudahan ia dapat memberi banyak manfaat kepada guru. Hanya inilah sahaja yang termampu saya sumbangkan kepada sekolah selaku Jurulatih Utama ICT Daerah Gombak.








0 comments:

Post a Comment

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP