Modul-modul Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
>> Saturday, December 5, 2009
Konstruktif :
murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Kaedah ini dapat dilakukan dengan:
- Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian.
- Menggalakkan murid bertanya dan berdialog.
- Menggalakkan soalan / idea oleh murid-murid.
- Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Pembelajaran secara teori kecerdasan pelbagai adalah mengaplikasikan kecenderungan murid sebagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melihat perkaitan tajuk yang ditetapkan.
Contoh :
- Mengajar tajuk adab dengan cara bernasyid.
- Bersyair atau sajak untuk tajuk tokoh-tokoh dalam pendidikan Islam.
Pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan yang memerlukan kerjasama murid sama ada melalui perbincangan, sumbang saran, soal jawab dan sebagainya. Ia dapat dijalankan dengan:
- Guru memberi panduan.
- Murid berbincang dalam kumpulan di bawah pengawasan guru.
- Murid merumuskan hasil perbincangan.
Kontekstual :
Pengajaran secara kontekstual dengan menghubungkaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman murid yang dilalui atau kaitan tajuk dengan alam atau mata pelajaran lain.
Contohnya: 1. Adab dengan guru (tingkatan 1) dengan pengalaman murid belajar dalam kelas. 2. Kebesaran Allah dengan kejadian siang dan malam (sains/geografi).
Guru disarankan membawa situasi sebenar di dalam diri murid supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Kolaboratif :
Guru memberi panduan menjalankan tugasan kerja yang akan dihasilkan. Murid-murid bersoal jawab terhadap tugasan. Ini dapat dijalankan melalui:
- Murid menghasilkan tugasan / kerja tanpa dipantau oleh guru.
- Hasil kerja dinilai oleh guru serta diberikan markah atau gred tertentu.
- Guru mencatat dan memberi komentar atau teguran dalam hasil kerja.
Kajian Masa Depan :
Pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kreativiti guru yang mengaplikasikan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan. Contohnya, sebagai rangsangan kepada murid untuk berfikir seperti berwudhuk dengan menggunakan segelas air.
Kaedah / teknik :
- Menulis sepucuk surat kepada rakan.
- Bersoal jawab.
- Membuat andaian / hipotesis.
Kaedah ini mengambil contoh peristiwa yang berlaku di dalam gua Hirak ketika wahyu pertama diturunkan iaitu mengaplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah, iaitu:
- Guru membuat bacaan contoh dan murid mendengar.
- Murid membaca, guru mendengar dan membetulkan bacaan yang salah.
- Mengulang-ulang bacaan.
- Penekanan terhadap pendekatan secara lemah lembut, sentuhan untuk menghilangkan rasa takut / gementar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Masteri
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran, sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Ia berfokus kepada penguasaan murid dan keberkesanan yang ditentukan oleh masa bagi murid menguasai dan pembelajaran berkualiti.
Ciri-ciri pembelajaran tersebut ialah:
- Hasil pembelajaran yang dihasratkan.
- Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
- Penilaian formatif dan sumatif.
- Pemulihan/Pengayaan.