Pertandingan Memancing SBPI Rawang
>> Tuesday, July 29, 2008
Sempena sambutan Hari Temumesra Pelanggan pada 19 Julai 2008 satu pertandingan memancing telah diadakan terbuka kepada ibu bapa dan keluarga pelajar-pelajar Sepintar. Guru yang bertanggungjawab dengan pertandingan ini ialah Azwan Samingan (sir). Azwan ni memang kaki pancing, sebut saja nak turun mancing pasti dia join. Pernah satu masa (lepas waktu sekolah) dia turun kat kolam belakang sekolah (lokasi pertandingan memancing Sepintar), umpan tak ada, yang ada cuma sebiji donut yang dibeli di kantin sekolah.. lempaarr jugak. Dapat jugak seekor, tak la besar sangat cuma rohu 1kg lebih.
Dengan pengalaman yang luas ini, pihak PIBG telah melantik beliau jadi setiausaha pertandingan. Tapi ye lah, dia ni banyak pengalaman memancing bukan buat pertandingan memancing, maka dia pun carilah supplier ikan kolam untuk menambahkan lagi koleksi ikan dalam kolam ini. Cari punya cari dapat lebih kurang 100kg rohu dan patin. Beberapa hari sebelum pertandingan ikan-ikan ni dilepaskan, banyak juga yang mati, tapi tak serius.
Pada hari pertandingan, ramai parent yang kaki pancing join. Start je pertandingan, naik seekor haruan lbh kurang 300gm. Haruan adalah ikan asal kolam, bukan import. Setelah hampir setengah jam pertandingan, ikan haruan tadi masih mendahului. Bermacam-macam umpan dah guna, ikan masih tak berkenan. Tak lama lepas tu seorang pelajar dpt naik kan rohu kecik 500gm.. pakai koyan je!! otai2 yang pakai kelengkapan canggih ni masih termangu-mangu mengenangkan nasib. Aku pun termasuk juga dalam golongan ni.. sabar je le. Setelah hampir dua jam, rohu tadi masih di hadapan. Aku pun mula bungkus peralatan, balik dan tak nak tengok acara penyampaian hadiah. Mungkin salah timing masukkan ikan-ikan ni, sebab nampak kelibat ikan rohu dalam keadaan tak tentu arah, letakkan umpan depan muka dia pun buat selamba je.
Apa-apa pun tahniah kepada Azwan kerana sempurna juga pertandingan ni dan pulang modal. Bagi aku ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara guru dengan keluarga pelajar. Semasa memancing tu lah kami bersembang dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
0 comments:
Post a Comment