CUTI SEKOLAH
>> Wednesday, August 27, 2008
16/8/2008 hingga 24/8/2008 adalah tarikh cuti sekolah pertengahan semesta kedua. Peluang sebegini biasanya tidak akan dilepaskan begitu sahaja tanpa pulang ke kampung.
Tahun ini saya membawa satu-satunya anak lelaki saya (Iskandar Zulqarnain- 7 tahun) pulang ke kampung untuk memancing ikan di parit di hadapan rumah toknya. Mini joran yang digunakan adalah hadiah dari saya sempena kejayaannya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.
Seronok saya tengok dia dapat menaikkan 3 ekor ikan lundu bersaiz sederhana.
Di parit di hadapan rumah bapa saya inilah saya mula belajar memancing ketika kecil dahulu. Bezanya ketika itu saya hanya menggunakan sebatang buluh sebagai joran.
Memori masa lampau teringat kembali...
Iskandar yang pakai baju belang tu.. baru saja dapat seekor ikan.
Yang meriba anak tu isteri saya dan yang berbaju biru kakak ipar saya.. mereka turut merasai kedamaian suasana kampung.
Ini abang saya. Dia gaya je lebih.. ikan tak pernah dapat pun!
2 comments:
aku sajer jer tak tunjuk skills aku tul-tul pasal yg ada kat parit tu cuma anak ikan, bagi le dia peluang membesar skit....bila nak pi tasik puteri
sajer jer taknak tunjuk skills..bila nak mancing kat tasik petri
Post a Comment