Ulangkaji Ramadan
>> Monday, August 24, 2009
Makna Puasa:
- Dari segi bahasa puasa bererti menahan diri daripada sesuatu.
- Dari segi syarak puasa bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Dalil Kewajipan Puasa:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa" - maksud surah al-Baqarah: 183
Syarat Wajib Puasa:
- Islam - puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
- Baligh - tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
- Berakal - orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
- Sihat - orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
- Bermukim - musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada' puasa selepas bulan Ramadan.
- Suci - suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
Syarat Sah Puasa:
- Islam
- Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
- Suci daripada haid dan nifas
- Apabila nyata masuknya bulan Ramadan
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
- Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
- Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga terbuka.
- Muntah dengan sengaja.
- Keluar haid dan nifas.
- Gila.
- Murtad.
- Mengeluarkan mani dengan sengaja.
- Bersetubuh pada siang Ramadan.
Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa
- Menyegerakan berbuka puasa.
- Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
- Membaca doa sekurang-kurangnya
اللهمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
- Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
- Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
- Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.
- Mandi junub lebih, sebelum masuknya waktu subuh.
0 comments:
Post a Comment