Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

PENANGGUHAN PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

>> Tuesday, December 22, 2009

Dengan perasaan dukacita dan hampa dimaklumkan bahawa beberapa program Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pra-perkhidmatan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) bagi tahun 2010 akan ditangguhkan.

Makluman ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling KPM (KP(BB)700-1/9 Jilid4(16) yang bertarikh 10 Disember 2009. (rujuk: http://www.moe.gov.my)

Dengan keluarnya pekeliling ini, ia bermakna hajat dan hasrat saya untuk memohon biasiswa KPM bagi pengajian sarjana sepenuh masa tahun depan tidak kesampaian... sedih... sedih... apa tidaknya umur dah semakin hampir mencecah 40 tahun iaitu had umur maksima untuk mendapatkan tajaan kerajaan.

Hajat untuk menyambung pengajian di peringkat Phd juga mungkin perlu difikirkan semula...

Sama-samalah kita berdoa agar kegawatan ekonomi ini cepat pulih, seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Harapan kepada pihak yang menentukan dasar pemberian biasiswa ini agar mempertimbangkan semula had umur maksima tersebut... naikkan lah lagi hingga ke 45 tahun (untuk kedoktoran) dan 43 tahun (untuk sarjana). Semoga lebih ramai lagi yang akan memperolehi manfaat.

0 comments:

Post a Comment

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP