Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

>> Sunday, July 12, 2009

Saya baru sahaja dapat e-mail ini dua tiga hari lepas dari seorang sahabat. Kalau betul apa yang dikatakan Al-Hamdulillah.. sesungguhnya Allah berhak memberikan petunjukNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki:

Subhanallah.. kami dah dapat lagu ni last year lagi and the fan for Allayarham Mikail...Aruah juga baik dengan Yusuf Islam..

Rumors reason of death due to sabotaj pihak2 Kristian & Yahudi kerana Aruah ingin nyanyi lagu ni masa Konsert kat London nanti..Waallahualam...
Al-fatihah...Semoga roh nya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..

Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson.
Assalamualaikum..


MICHAEL JACKSON IS SINGING FOR ALLAH SWT. LIVING IN BAHRAIN , MICHAEL JACKSON HAS GONE THROUGH AN AMAZING TRANSFORMATION. HE SINGS "Du'aa" WITH A PERFECT ARABIC PRONUNCIATION AND THE WORDS, TUNE AND STYLE ARE VERY APPROPRIATE.

Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson.
Here are the lyrics:

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't give in to shaytan
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu ghafur
Allahu rahim
Allahu yuhibbu'l-muhsinin,
Wa-khaliqhuna
Wa-raziqhuna
Wa -huwa `Ala kull ah-sha'in qadir
Allah is Ghafur
Allah is Rahim
Allah is the one who loves the muhsinin,
He is our creator
He is our sustainer
And he is the one who has power over all.

Allahu Akbar!


Read more...

الحمد لله

>> Thursday, July 9, 2009

Al-Hamdulillah kerana akhirnya dasar PPSMI dimansuhkan.. tahniah kepada para pejuang Bahasa Melayu yang sanggup menghadapi pelbagai halangan dan cabaran terutamanya kepada para sasterawan negara, tokoh-tokoh bahasa, cendekiawan, guru-guru dan semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan 'survival' Bahasa Melayu.


Ucapan tahniah juga kepada Menteri Pelajaran serta anggota kabinet kerana berani membuat keputusan yang agak berat ini. Pastinya selepas ini orang yang paling lantang mengkritik kerajaan ialah Tun Dr Mahathir. ... pedulikan dia. Nampaknya dia masih belum dapat mempelajari cara bagaimana orang Jepun dapat memajukan bangsa mereka tanpa perlu pandai cakap 'ong putih' walaupun dulu Dasar Pandang Ke Timur adalah dasar yang beliau pelopori. Nasib baik juga dia tak suruh kita belajar sains dan matematik guna bahasa Jepun atau Jerman. Kalau tak, naya semua cikgu sains dan matematik terpaksa belajar bahasa Jepun atau Jerman.. macam manalah rupa agaknya citratanjung cakap Jepun kat kelas? he he he

* Selepas ni cikgu-cikgu PPSMI kenalah bersedia untuk kehilangan elaun PPSMI...


Read more...

>> Thursday, June 18, 2009

Al-Hamdulillah, pada hari ini saya masih dianugerahkan dengan kesihatan yang baik oleh Allah SWT walau pun terasa sedikit keletihan kerana perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang boleh tahan juga teruknya. Al-maklumlah kereta manual.. terasa semakin mengeras betis sebelah kiri kerana banyak sangat 'menekan' cluth.

Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang telah mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan saya di tempat kerja yang baru... syukran syukran.. arigato gozaimasu.

Ucapan syukur juga sebab sehingga hari ini saya masih mampu menulis dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada. Taklah banyak sangat, tapi sekiranya ia dapat disampaikan kepada orang lain untuk dimanfaatkan bersama hati saya akan berasa tenang sekali. Walaupun pengunjung blog ini tidak begitu ramai tetapi puratanya adalah seramai 60 orang seminggu. Dengan jumlah ini saya kira ia adalah satu wadah dakwah yang berkesan. Jika saya nak ceramah di tempat-tempat seperti masjid dan surau sudah pasti jumlah pendengarnya jauh lebih rendah. Itu pun kalau saya mampu. Dengan kekangan masa seperti sekarang ini saya pasti tidak boleh melakukannya.

Beberapa hari lalu saya mendapat respon dari seorang pembaca blog ini yang tidak setuju dengan pendapat saya tentang penggunaan kemenyan ketika melakukan rawatan (rujuk Post 1 feb. 2009). Hukum asal penggunaan kemenyan memang tidak salah atau harus. Yang menjadi kesalahan ialah apabila kemenyan tersebut dipuja dan diperasap (lazimnya) pada setiap malam Jumaat atau malam Selasa dengan menyeru nama yang tertentu untuk sesuatu tujuan jahat (rujuk Prof. Dato' Dr Harun Din, Seminar Kebangsaan Al-Qur'an dan Isu-Isu Semasa bertajuk Al-Qur'an, "Jin dan Sihir; 1994).

Persoalannya ialah bagi manusia biasa atau orang kebanyakan yang tidak mengetahui sama ada kemenyan tersebut diseru dengan nama-nama tertentu (sudah tentunya nama-nama jin) atau tidak. Dalam Islam sekiranya tidak 'pasti' dengan sesuatu perkara sama ada halal atau haram maka ia tergolong dalam perkara 'syubhah' atau 'samar-samar'. Perkara-perkara ini disarankan agar kita meninggalkannya untuk mengelakkan dari terjerumus ke dalam perbuatan dosa. Hal ini samalah dengan persoalan sama ada kita boleh mengkhadamkan jin atau tidak, atau pun bersahabat dengan jin Islam. Hukum asalnya ialah harus sekiranya jin tersebut benar-benar Islam. Tetapi oleh kerana untuk memastikan sama ada jin tersebut benar-benar Islam atau tidak (jin adalah makhluk yang paling kuat sifat bohongnya) maka para ulamak menyimpulkan agar kita menjauhi dari bersahabat dengan jin. Ini adalah jalan yang paling selamat! terutamanya bagi orang kebanyakan yang sedikit ilmu agamanya.

Selain itu, saya tidak pernah menemui kaedah rawatan Islam yang menggunakan kemenyan untuk merawat. Guru-guru saya seperti Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin tidak pernah menyarankan penggunaan kemenyan ketika sesi rawatan. Begitu juga tokoh perubatan Islam tersohor dari Mesir seperti Sheikh Wahid Abdul Salam Bali juga tidak pernah menulis dalam buku-bukunya tentang penggunaan kemenyan. *Kalau tanya bomoh-bomoh atau dukun-dukun pasti mereka tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Dalam kaedah rawatan Islam juga tiada konsep 'menolak' untuk merawat pesakit disebabkan sihir yang dikenakan terhadap seseorang itu amat kuat. Kaedah rawatan Islam adalah kaedah doa dengan memohon kepada Allah SWT untuk mengatasi sesuatu masalah atau penyakit. Tidak kiralah berapa kuat jin sihir yang digunakan jika Allah SWT menghendaki ia sembuh maka sembuhlah ia. Jika tidak maka tidak sembuhlah ia. Konsep tawakal amat ditekankan di sini. Jika sesuatu sihir itu berjaya mencapai matlamatnya di dunia ini ia sebenarnya bukanlah kejayaan yang sebenar, kerana Allah SWT sebenarnya ingin menurunkan lagi darjat si pensihir tersebut ke dalam jurang yang lebih dalam di neraka dan ingin mengangkat darjat mangsa sihir tersebut ke makam yang lebih tinggi di dalam syurga dengan syarat ia tetap kekal bertawakal kepada Allah SWT.

Seterusnya ialah tentang penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan 'Ruqyah'. Memang benar ayat-ayat Al-Quran adalah rahmat, bukan sahaja terhadap jin dan manusia bahkan terhadap seluruh makhluk yang terdapat di alam maya ini. Sekiranya kita yakin dan patuh terhadap ayat-ayat tersebut maka ia akan memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada kita. Tetapi sekiranya kita bersikap menentang dan melawan maka ayat-ayat ini akan terasa menyusahkan dan merimaskan. Iblis, syaitan dan jin kafir amat benci dengan ayat-ayat Al-Quran lantaran sikap mereka yang kufur, justeru Allah Taala menjadikan ayat-ayat ini sebagai 'sebab' kepada 'musabab'nya syaitan-syaitan dan jin-jin ini untuk merasa 'kepanasan' dan 'kegelisahan'. Konsep 'sebab musabab' ini ada dihuraikan dalam ilmu Mantiq, sebagaimana api adalah 'sebab' kepada 'musabab' kepanasan. Sebab musabab adalah fitrah alam semula jadi. Semuanya berlaku adalah dengan kehendak Allah. Dalam keadaan-keadaan tertentu fitrah ini boleh jadi tidak berlaku, contohnya ialah api yang tidak membakar Nabi Ibrahim dan pisau yang tidak lut terhadap Nabi Ismail.

Bagi jin-jin yang beragama Islam, ayat-ayat ini tidak menyebabkan mereka kepanasan bahkan ia boleh menjadi senjata terhadap jin-jin kafir. Pengalaman dari sahabat-sahabat saya yang telah mengislamkan jin yang telah merasuk seseorang, mereka telah mengajarkan 'manzil-manzil' tertentu iaitu ayat-ayat Al-Quran tertentu kepada jin-jin Islam ini untuk menentang kembali jin kafir yang telah memperalatkan mereka. Kaedah ini juga turut digunakan oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali. Dalam hal ini, tidak timbul persoalan kita menganggap ayat-ayat tersebut berkuasa tetapi ia merupakan sebab yang dijadikan oleh Allah untuk mendatangkan kesan kesakitan terhadap jin-jin kafir ini, sebagaimana Allah menjadikan pisau sebab yang membolehkan kita memotong sesuatu benda.

Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengajian, pengamatan dan pengalaman. Sekiranya tidak bersetuju terpulanglah kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya saya telah menyampaikan dan berusaha untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara seIslam saya dari sebarang tipu daya jin dan syaitan. Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam jihad menentang iblis dan syaitan.. Amiin

Read more...

Selamat Tinggal SEPINTAR

>> Tuesday, June 2, 2009


Hari ni dah masuk dua hari saya masuk office baru di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran sebagai Penolong Pengarah. Alahai.. canggung juga rasanya jadi 'orang baru'. Nasib baik semua warga LPM kelihatan mesra dan sedia membantu jika diperlukan.

Hari Jumaat lepas (29/6/09) merupakan hari terakhir saya berkhidmat di SBPI Rawang. Perkhidmatan saya di Sepintar selama lebih 6 tahun 4 bulan telah memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan yang berguna sebagai warga pendidik.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Sa'adah bt Othman (pengetua), Ust Kamilen (Penolong Kanan), Ust Mus (PK Ko), Kak Mai (PK HEM), Kak Shima, dan ramai lagi sahabat-sahabat yang telah membantu dan menemani sepanjang saya berada di Sepintar.

Sedih juga nak tinggalkan Sepintar yang banyak meninggalkan memori pahit dan manis, tapi apa kan daya kerana adat dunia menyatakan setiap yang bertemu pasti akan berpisah.

Yang paling sedih nak ditinggalkan ialah anak-anak didik saya kelas 1JF, 2JM dan 2JF. Terus terang saya katakan 'you all' memang murid terbaik saya dan saya rasa 'enjoy' semasa mengajar anda semua. Walaupun saya kadang-kadang agak gila2 sikit semasa dalam kelas tapi anda semua tak pernah menunjukkan rasa benci. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan, insya Allah. Untuk Marina dan Najihah (1JF) teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa, anda pasti akan sampai di puncak kejayaan suatu hari nanti.

Untuk bekas2 pelajar saya yang lain saya ucapkan 'good luck' dalam pelajaran anda. Jadilah insan yang beriman dan berilmu, mudah-mudahan berjaya di dunia dan akhirat.

Bye bye Sepintar... aku pasti akan merinduimu.


Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP