Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Ini... Kalau Ada Kesempatan Sila Berkunjung Lagi

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Bersama Anak-anak Yatim

>> Thursday, September 17, 2009














Suasana Ramadan tahun ni amat berbeza dengan tahun-tahun lepas.. ya memang pasti ia amat berbeza kerana setelah 6 tahun menyambutnya di SBPI Rawang kini aku mula bertukar angin di tempat kerja baru bersama dengan rakan-rakan baru.

Yang paling mengujakan ialah majlis khatam al-Quran dan iftar bersama anak-anak yatim dari Asrama Damai Kuang yang diadakan pada 15 September bersamaan 25 Ramadhan 1430H.


Majlis bermula lebih kurang pukul 5.15 ptg dan berakhir setelah solat sunat tarawikh jam 9.30 malam.

Penat memang penat tapi berbaloi juga terutamanya bila dapat contact baru dengan Saudara Amin Idris.. siapa Amin Idris ni ya? klik sini.


Read more...

Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadan

>> Monday, September 7, 2009

Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadan ialah:

1. Rasulullah memperbanyakkan ibadah.

كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إذَا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله وجد، وشد المئزر
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya."
2. Adanya Lailatul Qadr. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr (Lailatul Qadr)." - surah Al-Qadr: 1
Menurut Ibn Abbas: Allah menurunkan Al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
Bila Lailatul Qadr?
Nabi s.a.w. bersabda:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam sepuluh terakhir Ramadan." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الآواخر
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir."
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis-hadis yang menceritakan tentang Lailatul Qadr berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam hadis riwayat At-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadr, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:
اللهم إنك عفوّ كريم تحب الغفو فاعف عني
************
والله أعلم بالصواب

Read more...

Ulangkaji Ramadan

>> Monday, August 24, 2009

Makna Puasa:

  • Dari segi bahasa puasa bererti menahan diri daripada sesuatu.
  • Dari segi syarak puasa bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.

Dalil Kewajipan Puasa:



"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa" - maksud surah al-Baqarah: 183

Syarat Wajib Puasa:
  1. Islam - puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
  2. Baligh - tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
  3. Berakal - orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
  4. Sihat - orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
  5. Bermukim - musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada' puasa selepas bulan Ramadan.
  6. Suci - suci daripada haid dan nifas bagi wanita.

Syarat Sah Puasa:
  1. Islam
  2. Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
  3. Suci daripada haid dan nifas
  4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadan

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
  1. Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
  2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga terbuka.
  3. Muntah dengan sengaja.
  4. Keluar haid dan nifas.
  5. Gila.
  6. Murtad.
  7. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  8. Bersetubuh pada siang Ramadan.

Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa
  • Menyegerakan berbuka puasa.
  • Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
  • Membaca doa sekurang-kurangnya

اللهمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

  • Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat.
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan.
  • Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
  • Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat.
  • Mandi junub lebih, sebelum masuknya waktu subuh.

Read more...

Salam Ramadan Dari Kami Sekeluarga

ucapan ramadan 1430H

Read more...

Komen / Pertanyaan





Form View Counter

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP