Dengan perasaan dukacita dan hampa dimaklumkan bahawa beberapa program Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pra-perkhidmatan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) bagi tahun 2010 akan ditangguhkan.
Makluman ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling KPM (KP(BB)700-1/9 Jilid4(16) yang bertarikh 10 Disember 2009. (rujuk: http://www.moe.gov.my)
Dengan keluarnya pekeliling ini, ia bermakna hajat dan hasrat saya untuk memohon biasiswa KPM bagi pengajian sarjana sepenuh masa tahun depan tidak kesampaian... sedih... sedih... apa tidaknya umur dah semakin hampir mencecah 40 tahun iaitu had umur maksima untuk mendapatkan tajaan kerajaan.
Hajat untuk menyambung pengajian di peringkat Phd juga mungkin perlu difikirkan semula...
Sama-samalah kita berdoa agar kegawatan ekonomi ini cepat pulih, seterusnya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Harapan kepada pihak yang menentukan dasar pemberian biasiswa ini agar mempertimbangkan semula had umur maksima tersebut... naikkan lah lagi hingga ke 45 tahun (untuk kedoktoran) dan 43 tahun (untuk sarjana). Semoga lebih ramai lagi yang akan memperolehi manfaat.
Konstruktif : murid membina pengetahuannya sendiri atau konsep secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Kaedah ini dapat dilakukan dengan:
Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian.
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog.
Menggalakkan soalan / idea oleh murid-murid.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Teori Kecerdasan Pelbagai : Pembelajaran secara teori kecerdasan pelbagai adalah mengaplikasikan kecenderungan murid sebagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melihat perkaitan tajuk yang ditetapkan.
Contoh :
Mengajar tajuk adab dengan cara bernasyid.
Bersyair atau sajak untuk tajuk tokoh-tokoh dalam pendidikan Islam.
Koperatif : Pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan yang memerlukan kerjasama murid sama ada melalui perbincangan, sumbang saran, soal jawab dan sebagainya. Ia dapat dijalankan dengan:
Guru memberi panduan.
Murid berbincang dalam kumpulan di bawah pengawasan guru.
Murid merumuskan hasil perbincangan.
Kontekstual : Pengajaran secara kontekstual dengan menghubungkaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman murid yang dilalui atau kaitan tajuk dengan alam atau mata pelajaran lain.
Contohnya: 1. Adab dengan guru (tingkatan 1) dengan pengalaman murid belajar dalam kelas. 2. Kebesaran Allah dengan kejadian siang dan malam (sains/geografi).
Guru disarankan membawa situasi sebenar di dalam diri murid supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Kolaboratif : Guru memberi panduan menjalankan tugasan kerja yang akan dihasilkan. Murid-murid bersoal jawab terhadap tugasan. Ini dapat dijalankan melalui:
Murid menghasilkan tugasan / kerja tanpa dipantau oleh guru.
Hasil kerja dinilai oleh guru serta diberikan markah atau gred tertentu.
Guru mencatat dan memberi komentar atau teguran dalam hasil kerja.
Kajian Masa Depan : Pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kreativiti guru yang mengaplikasikan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan. Contohnya, sebagai rangsangan kepada murid untuk berfikir seperti berwudhuk dengan menggunakan segelas air.
Kaedah / teknik :
Menulis sepucuk surat kepada rakan.
Bersoal jawab.
Membuat andaian / hipotesis.
Jibril Kaedah ini mengambil contoh peristiwa yang berlaku di dalam gua Hirak ketika wahyu pertama diturunkan iaitu mengaplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah, iaitu:
Guru membuat bacaan contoh dan murid mendengar.
Murid membaca, guru mendengar dan membetulkan bacaan yang salah.
Mengulang-ulang bacaan.
Penekanan terhadap pendekatan secara lemah lembut, sentuhan untuk menghilangkan rasa takut / gementar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Masteri Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran, sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Ia berfokus kepada penguasaan murid dan keberkesanan yang ditentukan oleh masa bagi murid menguasai dan pembelajaran berkualiti.
Ciri-ciri pembelajaran tersebut ialah:
Saya amat2 bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan yang comel dan sihat. Puteri ketiga dan anak keempat ini telah dilahirkan pada 23 November 2009 jam 8.27 pagi di Klinik Pakar Wanita Sheela, Klang. Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah apabila dewasa nanti, Insya Allah.
Mendengar dengan baik (good listening) adalah suatu aspek yang amat penting dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian besar dari apa yang harus dipelajari terkandung di dalam ucapan dan pengajaran lisan; bukan dari nota-nota atau pun buku rujukan.
Terdapat perbezaan yang sangat besar dan jelas di antara mendengar melalui deria telinga (hearing) dan mendengar melalui hati (listening)
Berikut adalah sedikit tips dan panduan buat pelajar tentang cara-cara untuk menjadi pendengar yang baik:
1. Bersedia Untuk Mendengar. Setiap kali hadir ke kelas, siap sediakan diri anda untuk mendengar. Pastikan anda menyempurnakan setiap latihan dan bacaan yang diberi. Semak nota-nota yang anda buat pada kelas-kelas sebelumnya; ini adalah untuk memudahkan anda memahami topik yang sedang diajar pada kelas semasa.
2. Attitud Untuk Mendengar. Atitud anda merupakan sesuatu yang amat penting. Pengaruhi diri anda sendiri; yakin bahawa topik yang sedang anda pelajari itu adalah amat menarik dan bermanfaat untuk diri anda. Bayangkan tentang bagaimana anda boleh mempraktikkan ilmu yang sedang anda pelajari itu. Dengan ini, anda akan menjadi lebih berminat dan teruja untuk mendalami ilmu yang sedang diajar oleh guru/tutor. Di samping itu, hormati diri anda sendiri dengan menyedari bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pelajar untuk cuba mempelajari dan mendalami sehabis baik tentang ilmu yang sedang diajar. Perasaan ingin berputus asa adalah normal; anda hanya perlu mengabaikan perasaan yang menewaskan itu.
3. Mendengar Dengan Tujuan. Pastikan apa yang anda mahu pelajari dan apa yang anda harap untuk pelajari dari sesuatu kelas. Beri perhatian pada perkara-perkara tersebut sewaktu guru/tutor anda mengajar.
4. Mendengar Dengan Fikiran Terbuka. Buka fikiran anda. Bersedia untuk menerima ilmu yang sedang disampaikan. Adalah sesuatu yang baik untuk bertanya;jangan malu atau bimbang dianggap “tunjuk pandai” oleh rakan-rakan. Pembelajaran adalah satu proses dua hala; ianya akan menjadi sia-sia tanpa komunikasi dari kedua belah pihak.
Jika anda adalah seorang pelajar yang pemalu dan agak/amat sukar untuk mengikis perasaan malu anda untuk bertanya, tetapkan niat dan hati anda bahawa anda bertanya kerana mahu menuntut ilmu dan berjaya (dan seterusnya menyenangkan hati ibu bapa anda), anda tidak sedikit pun berniat untuk berlagak bijak. Berani untuk malu adalah salah satu dari ciri-ciri orang yang berjaya.
Latihtubi.com merupakan satu sistem pembelajaran secara online yang membolehkan pelajar menjawab set-set soalan latihan secara online dengan mudah, pantas dan berkesan. Sistem ini direka khas supaya memudahkan pelajar menjawab soalan latihan secara digital dan interaktif. Latihtubi.com mengandungi pelbagai bentuk jenis soalan yang menyerupai bentuk soalan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri untuk menjawab ujian dan peperiksaan yang sebenar. Setiap soalan mempunyai susun atur yang kemas untuk keselesaan pelajar.
Kelebihan LatihTubi.comSistem ini adalah alternatif kepada sistem yang sedia ada di mana pelajar menjawab set-set soalan di buku-buku latihan dan kemudian menyemak jawapan sendiri. Dengan sistem LatihTubi.com ini, pelajar dapat menjimatkan masa kerana jawapan akan disemak dan markah akan diberikan terus oleh sistem setelah selesai menjawab set soalan.
Ketika saya masih bertugas di SBPI Rawang sahabat karib saya Cikgu Esa Abd Samad (..ini bukan YB Bagan Pinang tapi kaunselor) ada menyatakan hasrat untuk menulis satu buku panduan untuk menghadiri temuduga khusus untuk pelajar-pelajar SBPI Rawang yang akan menamatkan zaman persekolahannya di sini.
Nampak gaya.. hasrat tersebut masih belum kesampaian.
Menurut beliau, kebolehan akademik semata-mata masih belum boleh menjamin kejayaan seseorang pelajar untuk berjaya dalam satu-satu sesi temuduga.
Seseorang calon temuduga harus mempersiapkan diri mereka dari segenap aspek termasuklah IQ, EQ dan Intelek. Sehingga kini beliau masih membuat kajian tentang perkara ini.
Walau bagaimanapun, kini sudah terdapat di pasaran sebuah panduan khas untuk menghadiri temuduga tulisan saudara Jamaluddin Bahari.
Dalam bukunya, beliau antara lain menjelaskan mengapa ramai calon yang ditemuduga gagal dalam sesi temuduga mereka. Antaranya ialah:
90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya
Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel
Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.
Seterusnya beliau telah memberikan beberapa teknik rahsia beliau untuk berjaya dalam temuduga berdasarkan:
Pengalaman sendiri lebih daripada 100 orang dan mereka yang telah lulus temuduga dan kini bekerja di sektor awam di pelbagai kementerian dan juga jabatan kerajaan.
Rahsia yang didedahkan sendiri oleh bekas-bekas panel penemuduga berdasarkan pengalaman mereka sendiri ketika menemuduga calon.
Kajian terperinci beliau selama 7 bulan mengenai bagaimana untuk lulus temuduga.
dan 'rahsia yang sebenarnya' iaitu rahsia yang dibongkarkan sendiri oleh seorang "otai" ataupun pakar yang mana kerjanya adalah sebagai penceramah dalam kursus dan bengkel buat para panel penemuduga selama beberapa tahun sehinggalah masa ini.
... dan banyak lagi lah
Memang tak rugi untuk dapatkan e-book ini. Sangat sesuai untuk mereka yang akan menamatkan zaman persekolahan, kolej, universiti dan juga mereka yang baru kehilangan pekerjaan.
Al-Hamdulillah setelah 5 hari melakukan tugasan rasmi di Kelantan dan Pahang, kini saya telah selamat pulang ke rumah. Di Kelantan saya telah berpeluang melawat beberapa buah sekolah agama kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Hasil dari lawatan tersebut saya telah dapat membuat rumusan bahawa sekolah-sekolah tersebut amat dhaif dari segi fizikal dan prasarana. Bangunan-bangunan sekolah ini telah usang dan tidak lagi sesuai digunakan. Kebersihan dan keceriaannya juga agak kurang terjaga sehinggakan sawang labah-labah banyak bergayutan di kelas-kelas dan juga pejabat pengetua. Saya rasa mereka perlu juga mengambil berat soal kebersihan ini kerana ia merupakan sebahagian dari tuntutan agama. Tak guna rasanya jika kita belajar ilmu agama tinggi-tinggi tetapi soal asas iaitu kebersihan terabai.
Pemandangan salah sebuah sekolah agama di Kelantan... perlukan banyak bantuan kewangan.
Walau bagaimanapun, kekuatan yang terdapat di sekolah-sekolah ini ialah pada kemahiran guru-gurunya. Mereka sentiasa komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan P&P walaupun dalam keadaan persekitaran yang kurang kondusif.
Bagi pelajar-pelajarnya pula saya rasa tiada bezanya dengan pelajar di tempat-tempat lain. Masalah disiplin perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. Apa yang saya nak katakan ialah saya telah terserempak gelagat beberapa orang pelajar sekolah agama ini yang merokok di luar kawasan sekolah dengan lengkap berpakaian uniform sekolah tanpa rasa segan dan malu.
Antara pelajar-pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran
Melihat kepada keadaan di sekolah-sekolah ini saya termenung sejenak dan terlintas di fikiran saya tentang betapa bertuahnya bekas-bekas pelajar saya di SBPI Rawang. Di SBPI Rawang segala-galanya tersedia dengan begitu sempurna dan baik sekali, jauh berbeza dengan sekolah-sekolah YIK di Kelantan.
Maka bersyukurlah kepada Allah Taala kerana telah memberikan kesempatan belajar di tempat yang sempurna. Berakhlaklah dengan akhlak yang baik, patuhilah disiplin dan hormatilah guru-guru.
Saya rasa terkilan juga kerana berita yang sempat saya terima dua tiga hari lalu menyatakan terdapat satu kes disiplin yang boleh menyebabkan pelajar terbabit di buang sekolah. Kes kecurian kamera Nikon D80 milik seorang pelajar di asrama juga amat mengecewakan saya. Sepintarian sepatutnya bersyukur lebih-lebih lagi dengan kehadiran pengetua baru yang lebih memahami jiwa mereka.
Sempat meninjau di pekan Rantau Panjang. Agak sepi tanpa kehadiran orang luar untuk membeli belah di sini. Berbeza keadaannya 20 tahun dahulu. Mungkin harga barangan di sini yang agak tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan bebas cukai yang lain seperti Padang Besar, Wang Kelian, dan Wakaf Che Yeh. Peniaga-peniaga sepatutnya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang terhadap orang luar kerana sebenarnya diri mereka sendiri yang akan rugi.
Inilah partner kerja saya ke Pantai Timur Us Rafidi... begitu asyik menikmati gulai ikan patin Temerloh. Pehhh!! memang power! terutamanya bila dicampur dengan sambal belacan campur tempoyak. Yang tak sedap ialah ada yang mengatakan ikan patin di Temerloh ni sebenornya dibeli dari penternak ikan patin cina di Ipoh yang menggunakan najis sebagai sumber makanannya... gluppp!! Orang Temerloh!! betul ke cerita ni? Kalau betul insaflah kerana perbuatan ini telah menganiayakan saudara-saudara seagama anda..!!
Dalam perjalanan pulang menuju Kuantan, kami sempat lalu di satu kawasan yang kalau tak silap namanya ialah Sg Ruan. Punyalah banyak durian kat sini.. kalau nak beli tak boleh beli kira biji mesti kena beli kira bakul. So kami pun hidu baunya sahaja dari dalam Honda City Us Rafidi. Walaupun kereta ni kedap asap dan bau tapi bau durian yang begitu banyak dan kuat menyebabkan ia dapat menembusi dinding kereta... telan air liur jee.
Akhirnya kami sampai ke Felda Lembah Klau, kat sini barulah kami jumpa satu gerai buah-buahan kepunyaan seorang mak cik yang berumur dalam lingkungan 50 an. Ada beberapa biji durian, dokong dan salak. Kami terus berhenti dan bertanya ttg durian yang ada kat situ.
Wauu!! D24 sekilo cuma RM3! Belah sebiji yang saiznya sederhana besar. Setelah ditimbang ia berharga RM4.50. Mana dapat harga macam ni kat KL! Kami balun sampai puas. Mak Cik ni memang best, dia belah lagi sebiji durian ... free! Akhirnya kami tewas dengan penangan D24. Durian2 lain yang telah dibelah kami dah tak larat nak habiskan.. tinggalkan begitu sahaja.
Dengan mata yang dah berat mengantuk dan cuaca yang agak panas kami meneruskan perjalanan menuju Kuantan merentasi kawasan felda yang amat luas. 4 jam selepas itu barulah kami sampai di Kuantan. Perjalanan hari tu memang jauh tapi berbaloi-baloi!
Aidil Fitri tahun ini disambut dengan sederhana sekali. Di saat inilah kami terasa kehilangan arwah Kak Nor yang telah kembali ke rahmatullah dua tahun lepas. Bagi Nek Jarah jelas kelihatan raut kesedihan di wajahnya kerana bukan sahaja tidak dapat bersama dengan arwah tetapi juga dengan anak-anak arwah yang kali ini menyambut Aidil Fitri bersama ibu tiri 'baru' di Melaka. Semoga kesedihannya tidak berpanjangan. Itulah ketentuan Ilahi.. Insya Allah kita akan dapat bersama semula di syurga nanti... Insya Allah.
Di kesempatan ini kami ingin memohon kemaafan kepada semua saudara mara dan sahabat handai serta pengunjung blog ini seandainya terdapat salah silap yang telah kami lakukan. Semoga ikatan silaturrahim ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Suasana Ramadan tahun ni amat berbeza dengan tahun-tahun lepas.. ya memang pasti ia amat berbeza kerana setelah 6 tahun menyambutnya di SBPI Rawang kini aku mula bertukar angin di tempat kerja baru bersama dengan rakan-rakan baru.
Yang paling mengujakan ialah majlis khatam al-Quran dan iftar bersama anak-anak yatim dari Asrama Damai Kuang yang diadakan pada 15 September bersamaan 25 Ramadhan 1430H.
Majlis bermula lebih kurang pukul 5.15 ptg dan berakhir setelah solat sunat tarawikh jam 9.30 malam.
Penat memang penat tapi berbaloi juga terutamanya bila dapat contact baru dengan Saudara Amin Idris.. siapa Amin Idris ni ya? klik sini.
Antara kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadan ialah:
1. Rasulullah memperbanyakkan ibadah.
كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إذَا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله وجد، وشد المئزر
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya."
2. Adanya Lailatul Qadr. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr (Lailatul Qadr)." - surah Al-Qadr: 1
Menurut Ibn Abbas: Allah menurunkan Al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
Bila Lailatul Qadr?
Nabi s.a.w. bersabda:
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam sepuluh terakhir Ramadan." - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الآواخر
Maksudnya: "Carilah Lailatul Qadr pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir."
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis-hadis yang menceritakan tentang Lailatul Qadr berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan malam sepuluh terakhir Ramadan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam hadis riwayat At-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadr, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:
Dari segi bahasa puasa bererti menahan diri daripada sesuatu.
Dari segi syarak puasa bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Dalil Kewajipan Puasa:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa" - maksud surah al-Baqarah: 183
Syarat Wajib Puasa:
Islam - puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
Baligh - tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur.
Berakal - orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
Sihat - orang yang sakit / uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
Bermukim - musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada' puasa selepas bulan Ramadan.
Suci - suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
Syarat Sah Puasa:
Islam
Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
Suci daripada haid dan nifas
Apabila nyata masuknya bulan Ramadan
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga terbuka.
Muntah dengan sengaja.
Keluar haid dan nifas.
Gila.
Murtad.
Mengeluarkan mani dengan sengaja.
Bersetubuh pada siang Ramadan.
Perkara-perkara Sunat Ketika Berpuasa
Menyegerakan berbuka puasa.
Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain.
Kalung Ener-G Rafa dihasilkan dengan penggabungan lebih dari 30 jenis mineral 100% semulajadi. Dengan menggunakan teknologi dari Korea, ianya dipanaskan sehingga 1,600 darjah celsius disusuli dengan proses penyejukkan yang perlahan. Kalung Ener-G Rafa berkemampuan membebaskan Infra Merah Jauh (FIR) dan mengandungi 2000 ion negatif per cm3. Struktur dalaman unik Kalung Ener-G Rafa mampu mengumpul, menfokus dan membebaskan tenaga bagi mengimbangkan fizikal, mental dan kerohanian.
Rawatan Perubatan dengan Sinaran Infra Merah Jauh
1. Mengelakkan Kanser: Sel kanser adalah lemah di bawah suhu yang tinggi, pengeluaran darah adalah nyata, dan jumlah hematosil tisu kanser adalah kecil dan sukar untuk membebaskan haba. Enzim yang melawan hidrogen cyanide juga tidak mencukupi. Haba radiasi yang dihasilkan sinaran infra merah adalah efektif kerana ianya bertindak di bawah suhu yang dibenarkan dan tidak merosakkan kitar sel yang normal. Dengan penghasilan enzim oleh sinaran infra merah dan pembaikan hematosil, anda bebas dari simtom pengeluaran darah berlebihan.
2. Nod Limpa: Oleh kerana limpa mengandungi tahap keasidan tinggi akibat konsentrasi ion hidrogen yang rendah, ianya akan merangsangkan saraf, menyebabkan pelbagai stres yang datang bersama kesakitan yang tajam serta paralisis untuk seseorang yang keletihan. Untuk melawannya, sinaran infra merah berjarak gelombang 7-30u sampai ke lapisan hipodermik yang dalam oleh getaran simpatetik, penyerapan serta kuasa penembusan yang mendalam. Oleh itu, apabila suhu di lapisan dalam hipodermik meningkat, perkembangan kapilari dan peralihan darah dapat ditingkatkan.
3. Gastritis, prostat membesar dan hemoroid: Bagi rawatan hemoroid, pemeriksaan selama 30 minit dilakukan pada dubur dan pelvis dengan menggunakan kusyen berbentuk 'donut' bersama peralatan terapi infra merah.
4. Ketidakseimbangan menopos: Apabila fungsi ovari menurun, pengeluaran estrogen akan berkurangan dan rombakan berlaku dalam equilibrium hormon di antara kelenjar endoktrin yang mengawal fungsi seks. Apabila pembebasan estrogen berkurangan, ketidakseimbangan berlaku di saraf dan perfungsian darah di hipotalamus; lantas pengendahan pergerakkan darah akan berlaku. Fungsi metabolisme kelenjar pituitari akan berubah dan jumlah hormon perangsan rongga dalam darah atau air kencing akan meningkat.
5. Herpis zoster: Sungguhpun kuman penyakit dikategori sebagai virus, akan tetapi fakta ini masih belum dapat disahkan. Virus penyakit menyerap masuk ke kulit dan saraf, menyebabkan penghasilan lecetan air kecil di kawasan di mana saraf berleluasa dan ianya disusun dalam bentuk kelompok yang berkumpulan. Simtom yang paling buruk ialah ketidakseimbangan mata. Biasanya ia akan mengambil masa 15 hari untuk sembuh. Walau bagaimanapun, ada yang mengambil masa yang lebih lama sehingga beberapa bulan.
6. Sindrom Raynaud dan Lumbago: Pelbagai tekanan dan penyakit adalah penyebab lumbago. Sinaran infra merah mempunyai kesan pemanasan yang memanaskan dalaman tubuh manusia, menggalakkan pengaliran darah, serta meredakan saluran darah tersumbat. Dengan ini, sindrom raynaud dan lumbago menjadi mudah untuk dirawati.
7. Lukoria: Tiada terapi lain yang menyerlah lebih dari terapi fizikal infra merah untuk pengecutan rahim. Di hospital, sinar infra merah digunakan selepas bayi dilahirkan. Kesan yang baik dapat dilihat untuk lukoria apabila sinaran infra merah digunakan secara berterusan. 7 ke 8 minit setiap sesi adalah baik dan setelah menerima rawatan tersebut, anda akan dapat melihat kesegaran dan peningkatan daya seks dan setelah menerima rawatan tersebut anda akan dapat melihat kesegaran dan peningkatan daya seks.
Perkara ni dah lama saya dengar, tapi belum nampak buktinya... semalam, seorang pengirim e-mail yang saya tak kenali telah mengirim satu e-mail yang agak mengejutkan. Lihatlah sendiri apa yang beliau temui:
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
Saya baru sahaja dapat e-mail ini dua tiga hari lepas dari seorang sahabat. Kalau betul apa yang dikatakan Al-Hamdulillah.. sesungguhnya Allah berhak memberikan petunjukNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki:
Subhanallah.. kami dah dapat lagu ni last year lagi and the fan for Allayarham Mikail...Aruah juga baik dengan Yusuf Islam.. Rumors reason of death due to sabotaj pihak2 Kristian & Yahudi kerana Aruah ingin nyanyi lagu ni masa Konsert kat London nanti..Waallahualam... Al-fatihah...Semoga roh nya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..
Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson. Assalamualaikum..
MICHAEL JACKSON IS SINGING FOR ALLAH SWT. LIVING IN BAHRAIN , MICHAEL JACKSON HAS GONE THROUGH AN AMAZING TRANSFORMATION. HE SINGS "Du'aa" WITH A PERFECT ARABIC PRONUNCIATION AND THE WORDS, TUNE AND STYLE ARE VERY APPROPRIATE.
Gives Thanks to Allah" was sung by Michael Jackson. Here are the lyrics:
Give thanks to Allah, For the moon and the stars Prays in all day full, What is and what was Take hold of your iman Don't give in to shaytan Oh you who believe please give thanks to Allah. Allahu ghafur Allahu rahim Allahu yuhibbu'l-muhsinin, Wa-khaliqhuna Wa-raziqhuna Wa -huwa `Ala kull ah-sha'in qadir Allah is Ghafur Allah is Rahim Allah is the one who loves the muhsinin, He is our creator He is our sustainer And he is the one who has power over all.
Al-Hamdulillah kerana akhirnya dasar PPSMI dimansuhkan.. tahniah kepada para pejuang Bahasa Melayu yang sanggup menghadapi pelbagai halangan dan cabaran terutamanya kepada para sasterawan negara, tokoh-tokoh bahasa, cendekiawan, guru-guru dan semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan 'survival' Bahasa Melayu.
Ucapan tahniah juga kepada Menteri Pelajaran serta anggota kabinet kerana berani membuat keputusan yang agak berat ini. Pastinya selepas ini orang yang paling lantang mengkritik kerajaan ialah Tun Dr Mahathir. ... pedulikan dia. Nampaknya dia masih belum dapat mempelajari cara bagaimana orang Jepun dapat memajukan bangsa mereka tanpa perlu pandai cakap 'ong putih' walaupun dulu Dasar Pandang Ke Timur adalah dasar yang beliau pelopori. Nasib baik juga dia tak suruh kita belajar sains dan matematik guna bahasa Jepun atau Jerman. Kalau tak, naya semua cikgu sains dan matematik terpaksa belajar bahasa Jepun atau Jerman.. macam manalah rupa agaknya citratanjung cakap Jepun kat kelas? he he he
* Selepas ni cikgu-cikgu PPSMI kenalah bersedia untuk kehilangan elaun PPSMI...
Al-Hamdulillah, pada hari ini saya masih dianugerahkan dengan kesihatan yang baik oleh Allah SWT walau pun terasa sedikit keletihan kerana perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang boleh tahan juga teruknya. Al-maklumlah kereta manual.. terasa semakin mengeras betis sebelah kiri kerana banyak sangat 'menekan' cluth.
Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang telah mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan saya di tempat kerja yang baru... syukran syukran.. arigato gozaimasu.
Ucapan syukur juga sebab sehingga hari ini saya masih mampu menulis dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada. Taklah banyak sangat, tapi sekiranya ia dapat disampaikan kepada orang lain untuk dimanfaatkan bersama hati saya akan berasa tenang sekali. Walaupun pengunjung blog ini tidak begitu ramai tetapi puratanya adalah seramai 60 orang seminggu. Dengan jumlah ini saya kira ia adalah satu wadah dakwah yang berkesan. Jika saya nak ceramah di tempat-tempat seperti masjid dan surau sudah pasti jumlah pendengarnya jauh lebih rendah. Itu pun kalau saya mampu. Dengan kekangan masa seperti sekarang ini saya pasti tidak boleh melakukannya.
Beberapa hari lalu saya mendapat respon dari seorang pembaca blog ini yang tidak setuju dengan pendapat saya tentang penggunaan kemenyan ketika melakukan rawatan (rujuk Post 1 feb. 2009). Hukum asal penggunaan kemenyan memang tidak salah atau harus. Yang menjadi kesalahan ialah apabila kemenyan tersebut dipuja dan diperasap (lazimnya) pada setiap malam Jumaat atau malam Selasa dengan menyeru nama yang tertentu untuk sesuatu tujuan jahat (rujuk Prof. Dato' Dr Harun Din, Seminar Kebangsaan Al-Qur'an dan Isu-Isu Semasa bertajuk Al-Qur'an, "Jin dan Sihir; 1994).
Persoalannya ialah bagi manusia biasa atau orang kebanyakan yang tidak mengetahui sama ada kemenyan tersebut diseru dengan nama-nama tertentu (sudah tentunya nama-nama jin) atau tidak. Dalam Islam sekiranya tidak 'pasti' dengan sesuatu perkara sama ada halal atau haram maka ia tergolong dalam perkara 'syubhah' atau 'samar-samar'. Perkara-perkara ini disarankan agar kita meninggalkannya untuk mengelakkan dari terjerumus ke dalam perbuatan dosa. Hal ini samalah dengan persoalan sama ada kita boleh mengkhadamkan jin atau tidak, atau pun bersahabat dengan jin Islam. Hukum asalnya ialah harus sekiranya jin tersebut benar-benar Islam. Tetapi oleh kerana untuk memastikan sama ada jin tersebut benar-benar Islam atau tidak (jin adalah makhluk yang paling kuat sifat bohongnya) maka para ulamak menyimpulkan agar kita menjauhi dari bersahabat dengan jin. Ini adalah jalan yang paling selamat! terutamanya bagi orang kebanyakan yang sedikit ilmu agamanya.
Selain itu, saya tidak pernah menemui kaedah rawatan Islam yang menggunakan kemenyan untuk merawat. Guru-guru saya seperti Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin tidak pernah menyarankan penggunaan kemenyan ketika sesi rawatan. Begitu juga tokoh perubatan Islam tersohor dari Mesir seperti Sheikh Wahid Abdul Salam Bali juga tidak pernah menulis dalam buku-bukunya tentang penggunaan kemenyan. *Kalau tanya bomoh-bomoh atau dukun-dukun pasti mereka tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Dalam kaedah rawatan Islam juga tiada konsep 'menolak' untuk merawat pesakit disebabkan sihir yang dikenakan terhadap seseorang itu amat kuat. Kaedah rawatan Islam adalah kaedah doa dengan memohon kepada Allah SWT untuk mengatasi sesuatu masalah atau penyakit. Tidak kiralah berapa kuat jin sihir yang digunakan jika Allah SWT menghendaki ia sembuh maka sembuhlah ia. Jika tidak maka tidak sembuhlah ia. Konsep tawakal amat ditekankan di sini. Jika sesuatu sihir itu berjaya mencapai matlamatnya di dunia ini ia sebenarnya bukanlah kejayaan yang sebenar, kerana Allah SWT sebenarnya ingin menurunkan lagi darjat si pensihir tersebut ke dalam jurang yang lebih dalam di neraka dan ingin mengangkat darjat mangsa sihir tersebut ke makam yang lebih tinggi di dalam syurga dengan syarat ia tetap kekal bertawakal kepada Allah SWT.
Seterusnya ialah tentang penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan 'Ruqyah'. Memang benar ayat-ayat Al-Quran adalah rahmat, bukan sahaja terhadap jin dan manusia bahkan terhadap seluruh makhluk yang terdapat di alam maya ini. Sekiranya kita yakin dan patuh terhadap ayat-ayat tersebut maka ia akan memberi kebahagiaan dan ketenangan kepada kita. Tetapi sekiranya kita bersikap menentang dan melawan maka ayat-ayat ini akan terasa menyusahkan dan merimaskan. Iblis, syaitan dan jin kafir amat benci dengan ayat-ayat Al-Quran lantaran sikap mereka yang kufur, justeru Allah Taala menjadikan ayat-ayat ini sebagai 'sebab' kepada 'musabab'nya syaitan-syaitan dan jin-jin ini untuk merasa 'kepanasan' dan 'kegelisahan'. Konsep 'sebab musabab' ini ada dihuraikan dalam ilmu Mantiq, sebagaimana api adalah 'sebab' kepada 'musabab' kepanasan. Sebab musabab adalah fitrah alam semula jadi. Semuanya berlaku adalah dengan kehendak Allah. Dalam keadaan-keadaan tertentu fitrah ini boleh jadi tidak berlaku, contohnya ialah api yang tidak membakar Nabi Ibrahim dan pisau yang tidak lut terhadap Nabi Ismail.
Bagi jin-jin yang beragama Islam, ayat-ayat ini tidak menyebabkan mereka kepanasan bahkan ia boleh menjadi senjata terhadap jin-jin kafir. Pengalaman dari sahabat-sahabat saya yang telah mengislamkan jin yang telah merasuk seseorang, mereka telah mengajarkan 'manzil-manzil' tertentu iaitu ayat-ayat Al-Quran tertentu kepada jin-jin Islam ini untuk menentang kembali jin kafir yang telah memperalatkan mereka. Kaedah ini juga turut digunakan oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali. Dalam hal ini, tidak timbul persoalan kita menganggap ayat-ayat tersebut berkuasa tetapi ia merupakan sebab yang dijadikan oleh Allah untuk mendatangkan kesan kesakitan terhadap jin-jin kafir ini, sebagaimana Allah menjadikan pisau sebab yang membolehkan kita memotong sesuatu benda.
Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengajian, pengamatan dan pengalaman. Sekiranya tidak bersetuju terpulanglah kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya saya telah menyampaikan dan berusaha untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara seIslam saya dari sebarang tipu daya jin dan syaitan. Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam jihad menentang iblis dan syaitan.. Amiin
Hari ni dah masuk dua hari saya masuk office baru di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran sebagai Penolong Pengarah. Alahai.. canggung juga rasanya jadi 'orang baru'. Nasib baik semua warga LPM kelihatan mesra dan sedia membantu jika diperlukan.
Hari Jumaat lepas (29/6/09) merupakan hari terakhir saya berkhidmat di SBPI Rawang. Perkhidmatan saya di Sepintar selama lebih 6 tahun 4 bulan telah memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan yang berguna sebagai warga pendidik.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Sa'adah bt Othman (pengetua), Ust Kamilen (Penolong Kanan), Ust Mus (PK Ko), Kak Mai (PK HEM), Kak Shima, dan ramai lagi sahabat-sahabat yang telah membantu dan menemani sepanjang saya berada di Sepintar.
Sedih juga nak tinggalkan Sepintar yang banyak meninggalkan memori pahit dan manis, tapi apa kan daya kerana adat dunia menyatakan setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
Yang paling sedih nak ditinggalkan ialah anak-anak didik saya kelas 1JF, 2JM dan 2JF. Terus terang saya katakan 'you all' memang murid terbaik saya dan saya rasa 'enjoy' semasa mengajar anda semua. Walaupun saya kadang-kadang agak gila2 sikit semasa dalam kelas tapi anda semua tak pernah menunjukkan rasa benci. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan, insya Allah. Untuk Marina dan Najihah (1JF) teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa, anda pasti akan sampai di puncak kejayaan suatu hari nanti.
Untuk bekas2 pelajar saya yang lain saya ucapkan 'good luck' dalam pelajaran anda. Jadilah insan yang beriman dan berilmu, mudah-mudahan berjaya di dunia dan akhirat.
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada semua guru-guruku)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa Jika hari ini seorang raja menaiki takhta Jika hari ini seorang presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat Menjadi kenangan di akhir hayat
Dr Usman Awang 1979
*marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah guru-guru kita yang telah kembali ke Rahmatullah.
Rupa-rupanya Islam mengharamkan babi bukanlah kerana suka-suka. Walaupun rasanya amat enak (menurut mereka yang pernah menikmatinya) tetapi di sebaliknya ia mengandungi ancaman yang amat dahsyat terhadap kehidupan manusia. Beberapa serangan virus selesema sebelum ini telah menceritakan segala-galanya tentang keburukan babi. Menurut Dr Danial Zainal Abidin, pengarang buku 'Quran Saintifik' ada dinyatakan seperti berikut:
Babi menjadi punca pelbagai penyakit, antaranya ialah anthrax, ascaris suum, botulism, brucella suis, cryptosporidiosis, entamoeba polecki, erysipelothrix shusiopathiae, flavobacterium group IIb-like bacteria, influenza, leptospirosis, pasteurella aerogenes, pasteurella multocida, salmonella cholerae-suis, salmonellosis, sarcosporidiosis, streptococcus dysgalactiae (group L), streptococcus mileeri, streptococcus suis type 2 (group R), swine vesicular disease, taenia solium, trichinella spiralis, yersinia enterocolitica dan yersinia pseudotuberculosis.
Kajian yang dibuat oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D., F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.) dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara penyakit-penyakit ini ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh leptospirosis. Ia menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Hal ini dinyatakan di dalam artikel bertajuk Of Pigs, Primates, and Plagues: A Layperson's Guide to the Problems With Animal-to-Human Organ Transplants (1998) di www.mrmcmed.org/pigs.html.
Jangkitan kuman virus influenza pada tahun 1918 membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenar berjumlah 40 juta orang. Virus ini, besar kemungkinan datang daripada babi-babi di Amerika, menjangkiti tentera-tentera Amerika pada perang dunia pertam. Tentera-tentera ini kemudiannya menyebabkan jangkitan berlaku di negara-negara lain sehingga terjadinya epidemik. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, wabak ini berpunca daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. Hal ini dilaporkan di dalam The Civil Abolitionist, New Pig Virus Capable of Infecting Humans, New York (1998), di www.linkny.com/~civitas/page56.html.
Alix Fano, pengarang buku terkenal Lethal Laws-Animal Testing, Human Health and Environmental Policy (Zed Books Ltd, UK, 1997), merangkap pengarah Medical Research Modernisation Committee mengesahkan babi mampu mengubah kuman-kuman virus yang menyerangnya menjadi lebih berbahaya dari masa ke semasa. Hal yang sama dilaporkan dalam laman web rasmi Centers for Disease Control and Prevention (America) di www.cdc.gov/flu/aboout/fluviruses.html.
Pada bulan Mac 1997, ahli-ahli sains Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERV daripada babi. Virus ini membiak dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia. Ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan mudah menjangkiti orang lain. Pada bulan November 1997, Dr Robin Weiss dari Chester Beatty Laboratory, London, mengesahkan kewujudan virus PERV dalam babi. Penemuan ini menyebabkan kerajaan Britain mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan organ daripada babi kepada manusia.
Pada bulan Ogos 1997, pakar-pakar sains dari Australia menemui satu lagi virus baru yang menjangkiti babi sebelum menyerang manusia. Virus ini berbahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui sebelum ini. Ia dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. Hal ini dilaporkan di Mercola.com dalam artikel bertajuk New Pig Virus Can Infect Humans (1998).
Selain itu, virus daripada keluarga HIV juga wujud dalam babi dibawa oleh DNAnya dan ia tidak dapat dipisahkan. Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virus dari Institut Kajian Kanser, London, berkata, "Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi adalah babi mempunyai kuman retrovirus yang dapat menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh DNAnya. Retrovirus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV".
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan berkenaan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'takungan yang mampu mengubah kuman kepada bentuk yang berbahaya'. Mengikut kajian tersebut, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia tiba-tiba bertukar menjadi kuman berbahaya yang mampu menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel dalam babi. Hal ini dilaporkan di dalam The Detroit News Online pada 20 Oktober 1998.
Hal yang sama juga dinyatakan oleh Dr Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison. Beliau berkata, virus sentiasa berubah kepada bentuk yang lain dan babi adalah satu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain itu. Yang membimbangkan adalah sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan daripada virus-virus ini. Hal ini dilaporkan di www.news.wisc.edu/chancellor/yourworld.
Pada tahun 2004 wabak selesema burung menyerang beberapa buah negara di Asia. Lebih kurang 100 juta burung, ayam, itik dan yang seumpamanya mati ataupun dibunuh kesan daripada wabak ini. Pada bulan Ogos 2004, China mengumumkan penemuan virus penyebab selesema burung, termasuk daripada spesis H5N1 dalam babi. Virus ini membunuh 27 orang di Vietnam dan Thailand pada awal tahun 2004. Penemuan ini menyebabkan pegawai kanan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengarahkan negara-negara yang diserang wabak ini memantau babi-babi. Ini kerana disebabkan babi yang mampu menjadi satu takungan yang mengubah virus menjadi lebih berbahaya dari sebelumnya. Hal dilaporkan di www.body1.com/news.
Kemampuan babi menerima pelbagai jenis virus dan mengubahnya kepada bentuk baru yang lebih berbahaya memang membimbangkan ramai pakar. Sehubungan dengan ini Profesor Malik Peiris, seorang pakar dalam bidang mikrobiologi di Universiti Hong Kong berkata, "Jika anda mengambil virus daripada manusia dan memasukkannya ke dalam ayam ataupun burung, ia tidak akan membiak. Demikian juga jika anda memasukkan virus burung ke dalam manusia ia jiga tidak akan membiak. Sebaliknya jika kedua-dua virus ini anda masukkan ke dalam babi ia akan membiak dengan mudah sekali. Justeru, lahirlah pandangan yang mengatakan bahawa babi adalah takungan kepada virus daripada manusia dan burung (sehingga melahirkan virus baru yang membunuh:"
Secara umumnya sejak tahun 1997 ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus berbahaya keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini seperti Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS dan H3N2 Swine Flu Virus dan termasuklah H1N1.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" - Surah Al-A'raf:179